Written by Bella | June 15th, 2015

Sebelum  ini,  ramai yang tertanya adakah perkahwinan Zizan Razak bersama pasangan Nor Edura Diana ditangguhkan kerana ada ura-ura yang mengatakan pasangan ini bakal berkahwin pad bulan Jun tetapi sehingga kini persiapan masih belum dilakukan.

Malah, Zizan  pernah memberikan kenyataan bahawa perbincangan masih dibuat oleh kedua-dua pihak keluarga bagi menentukan hala tuju perkahwinan tersebut.

Terus diasak dengan pelbagai persoalan, Zizan dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro  tanggal 13 Jun lepas memberitahu beliau mempunyai alasan peribadi yang melibatkan pelbagai pihak untuk tidak bercerita tentang majlis kahwin beliau dan meminta agar orang ramai menghormati situasi beliau sekarang.

Saya minta maaf tak dapat komen apa-apa tentang itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut. Tunggulah bila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang.

Berita mengenai  perkahwinan Zizan Razak mendapat perhatian ramai kerana beliau mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Nur Edura sejurus selepas hubungan cinta bersama Emma Maembong putus di tengah jalan. Malah, bapa kepada Zizan mengesahkan bahawa anaknya itu pernah membawa Nur Edura untuk bertemu dengannya dan mempunyai hasrat untuk memperisterikan wanita tersebut. Ada pihak yang mengatakan Zizan sudah lama menjalinkan hubungan bersama Nur Edura sewaktu beliau masih lagi bergelar kekasih kepada Emma.

Jika ada jodoh Zizan Razak bersama Nur Edora pasti perancangan mereka untuk bergelar suami isteri akan terlaksana juga. Hal perkahwinan ini tidak boleh dibawa main-main dan kita harus meneliti setiap perkara dengan baik sebelum membuat keputusan untuk  meneruskan niat untuk berumah tangga.

Sumber Berita: Harian Metro

9 responses to Zizan Razak Tangguhkan Perkahwinan?

  1. Tina says:

    Tak phm aku kisah zizan ni. Bcinta bagai nak rak dgn si Emma last2 putus trus nak kwin ngan org lain. Klau aku la jdi edura tu aku takmau weh kwin dgn zizan, dah sah2 kau tu rebound je. Hati zizan pun tak rawat betul2 lgi pstu trus nak move on dgn org lain. Ni samada kes :

    a) heartbroken sgt so nak cpt2 move on. Jgn nanti dah kwin 2,3 thn bru ko sedar hati ko takde kat bini sdri (kalau bukan cinta sbenar lah).

    b) KECUALI KALAU zizan ni spesies laki mcm laki poziah gous. Bcinta bgai nak rak ngan ramona tpi dlm diam dok sedap tekel fouziah (dah lama curang dlm diam). Skali kantoi trus kelam kabut nak cpt2 kawin sbb nak cover kisah curang diri sdri.

    Yg mana satu kah awak zizan?

    0

    0
    • HLive says:

      Aku rasa B! Dah ada rumors org ckp yg zizan time bcinta ngan Emma dah ada spare part yg lain. So skali tak jadi dia boleh trus move on ngan pmpuan tu.. Sian kat Emma la sbb kes nye sbijik cam kes ramona zamzam kena ngan zhaf.
      Laki2 jnis ni smpai masa dierang kena balik bru tau langit tggi rendah.
      Sedap2 je buat naya pmpuan pastu sedap2 je nak blah trus kawin ngan pmpuan lain.
      Tpi ntah knape aku tak rase vibe perampas kat edura tpi sgt kuat kat Fouziah!

      0

      0
    • Ct Liza says:

      Fouziah dgn zhaf mmg ‘lucky bitch & bastard’.
      1. Zhaf playbuaya tu mmg time kapel dgn ramona zamzam dah try tekel fouziah.
      2. Lepas kantoi ngan ramona, ramona senyap je, tak cite pun betul2 kat media sbb malas nak besar kan keadaan (lucky lagi)
      3. Lepas putus trus plan nak kawin ngan fouziah (fouziah mmg nak kat zhaf sbb byk duit katenya pdhal bapak zhaf tu yg kaya)
      4. Tnjuk gmbar konon sweet diabetes nak tnjuk kebahagiaan yg dikecapi (org buat slh mmg akan try hard to cover)

      0

      0
    • ash says:

      spesis perasan hensem, konon sekali ketik 10 yg dtg tau….
      nk yg lawa2 nk yg educated…
      konon nk tackle balik juliana evens kot, seb la juliana x layan

      0

      0
  2. melati says:

    Kawin jer gan Nasha Aziz tu Zizan kangkang….macam pinang di belah dua…dua2 poyos..hehe

    0

    0
  3. anon says:

    Aku rasa kanggaruuu tu lagi hensem dari Zizan

    0

    0
  4. melati says:

    Betol lah Kanggaruuuuu tu lagi Hensem….org Gilo jer yg minat Ziazan Kangkang ni..

    0

    0
  5. mashmallow says:

    Rasanya wartawan yang create crita zizan nak kawen bulan jun. Bukan keluar dari mulut dia. yg dia ckp dlm proses perbincangan lagi. Nara niiii

    0

    0
  6. Anonymous says:

    aku x minat dgn mamat nie…tapi kdg2 sian nengoknyer. bile wartawan wat story dia x komen…. masalah… bile komen dislah tafsir oleh pihak2 terbabit. ntah2 wartawan yg putar belit crite. aii….nielaa yg terpaksa dihadam bile juruskan dri ke dunia artis yg penuh kepalsuan nie kan….dlu dh glamer skang raselaaaa bile owg dh x diperlukan lgi. better try workhard on other things…ko pn dh da peminat setia.dowg msti bole beri galakan. then undur dri…kawin. hbis cite.

    0

    0