Zizan Razak Nafi Zizan Mart Sudah Gulung Tikar

Hiburan

Zizan Razak Nafi Zizan Mart Sudah Gulung Tikar

Baru-baru ini, ada tersebar khabar angin bahawa kedai serbaneka milik Zizan Razak yang dikenali dengan nama Zizan Mart  yang dibuka sekitar tahun lepas di Kelantan telah ditutup sepenuhnya. Pelbagai persoalan dan spekulasi yang tercetus.

Advertisement

Namun, Zizan menafikan perkara berkenaan dan memberitahu Zizan Mart ditutup untuk sementara waktu sahaja ekoran isu dalaman.

Jika ada yang cakap Zizan Mart terus tutup, perkara itu tidak benar sama sekali. Penutupan kedai serbaneka Zizan Mart hanyalah bersifat sementara sahaja.

Saya memohon maaf kerana saya tidak boleh mendedahkan faktor Zizan Mart ditutup buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

Saya baru sahaja pulang dari Thailand untuk menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 dan saya akan berjumpa pihak pengurusan Zizan Mart untuk menyelesaikan isu yang timbul dalam kadar segera.

Perniagaan mana yang tidak akan diuji dengan masalah bukan? Harapnya Zizan akan dapat menangani isu dalam tersebut dan Zizan Mart boleh beroperasi seperti biasa semula.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...