Written by Bella | April 14th, 2015

Sebelum ini, beberapa pihak media telah melaporkan bahawa pelawak terkenal Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang gadis daripada Terengganu telah menjadi bualan ramai beberapa hari lepas. Berita tersebut nyata mengejutkan orang ramai dan menganggap tindakan beliau adalah kerana ingin menutup kontroversi.

Mengakui bakal berkahwin pada tahun ini, Zizan bagaimanapun menyatakan beliau masih belum pulang ke kampung untuk berbincang tarikh perkahwinan yang sesuai sekaligus menafikan berita berkahwin pada Jun ini.

Zizan yang baru sahaja sebulan mengenali gadis tersebut berharap perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar dan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya nanti.

Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda.

Berbicara soal beliau yang sebelum ini mahu memenangi semula hati Emma Maembong, Zizan akhirnya sudah menerima hakikat jodoh mereka sudah berakhir dan mendoakan yang terbaik buat Emma kerana percaya beliau mempunyai bakat untuk terus maju dalam industri lakonan.

Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri.

Kami rasa mungkin perkahwinan Zizan Razak ini merupakan hasrat orang tuanya yang tidak ingin lagi melihat beliau merana dalam percintaan. Kata orang, cinta selepas kahwin itu lebih manis. Kenangan yang dahulu biarlah ia berlalu.

Sumber Berita: Harian Metro

26 responses to Zizan Razak Nafi Kahwin Bulan Jun Ini

  1. bluberry says:

    poyo..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    zizan ni dah pajak blog BN ni ker? asyik citer dier ajer……………

    0

    0
  3. Anonymous says:

    poyo jugak

    0

    0
  4. anon says:

    poyo jugakkkkk

    0

    0
  5. sila jadi matang says:

    Akhbar ahad lepas, memang statement Zizan kahwin lagi 2 bulan. Siapa yg tipu, akhbar or zizan?….

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Dlm rancangan Ini Malam Kita Punya, Zizan cakap nak kahwin tahun ni.

    Tiba-tiba wartawan keluar cerita Zizan kahwin bulan Jun.

    Salah wartawan atau Zizan?

    0

    0
  7. Jenab says:

    Jenab kompius! mana yg betul?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    smpai 3 4 cerita ko di up kan dalam sehari
    dr ksian…jd nyampah la pulekkkkkkkkk

    0

    0
  9. semek says:

    Jgn lak kawen sebab frust…kesian bini..rebound je rupanya.

    0

    0
  10. mimi mazola says:

    Meluatla ngn dia nih

    0

    0
  11. Anonymous says:

    bkn die ke ckp 2 bln lg nk nikah??so,klu ikut perkiraan btl laa bln jun??ke wartawan y bangang x reti kire…hahaha…ape2 laa jijan oii….asik spin je keje ko…

    0

    0
  12. diva says:

    nexttttttttttttttt…bosan la citer ko nih zizan…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    ko nak kawin, tapi duk sebut nama emma lagi tu, dah kenapa? Nara, tak de citer lain dah ke, harap2 penutup mlm ni citer lain lak

    0

    0
  14. huda says:

    zizan jgn sebut nama emma. kesian bakal bini. silap2 x jadi kahwin sbb takut jadi rebound..

    pk dulu. doakan emma tu bagus tp dahla.. stop komen pasal emma.

    0

    0
  15. sakit mata says:

    Tak habis2 citer mangkuk tingakt 2 orang ni..dah dah..bosan…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    poyo la lu zizang….mcm baguzz jer aku tngok ko skrg klau kuar tv aku tngok ko terjerit2, terlompat2,terkinja2 mcm budak 3 suku…dulu aku tngok ko ok jer nmpak naif skrg poyossss lebih…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    biasala manusia dulu susah miskin nmpak baik budi pekerti bila dah kaya dia pnya berlagak makaii mcm diala paling hebat….rilekla brader cool sikit…..lama2 org myampah tengok

    0

    0
  18. Anonymous says:

    aku pn pelik dgn penduduk malaysia entah apa yg best kt ko zizang…nk kata berlakon tkdela best sangat,tkde pn mninggal kan kesan….nak kata ko pandai melawak tkde pun aku tngok ko kalah gak gan zero…ko mmg tkde talentla zizang sbg pelawak tau pelakon..aku rasa ko famous hnya cite2 kontroversi budak tadika ko jew

    0

    0
  19. aku sebatang kara says:

    zizan is good, mungkin tersasar sikit. he can always be better, we never know. dont judge. rebound skali pun kalau dah jodoh, tetap jodoh. 3 perkara rezeki jodoh n mati…all is HIS plan.

    0

    0
  20. pro emma says:

    Zizan tak sesuai utk emma.biar frust skrg dr frust slps kawin . Insyaallah emma dpt yg terbaik.zizan tu mmg prgai playboy.nanti isteri dia pun akn tersiksa.

    0

    0