Written by Bella | October 31st, 2015

Semalam telah berlangsung pusingan akhir Super Spontan All Stars dimana Zizan Razak daripada kumpulan Silat Dongibab dinobatkan sebagai juara. Zizan telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Zizan sekaligus telah menumpaskan beberapa finalis lain termasuk Johan yang  merangkul gelaran Naib Juara dan memenangi wang tunai RM75,000.

Finalis lain termasuk, Achey yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000 diikuti Pak Yus dan Rahim yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.

Manakala Tauke, meduduki tempat keenam dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Tidak pernah menyangka beliau akan menjadi juara, Zizan ttidak dapat menahan sebak dan telah memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara serta turut mengalirkan air mata di bahu Johan dalam acara yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor.

Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas bersama.

Tahniah kami ucapkan kepada Zizan Razak, meskipun dilanda kontroversi beliau membuktikan masih lagi menghiburkan orang ramai.

Sumber Berita: Astro Gempak

14 responses to Zizan Razak Menang Super Spontan All Stars: Bawa Pulang Wang Tunai RM150,000

  1. Cik mas says:

    Zizan mmg layak

    0
    0
    • Anonymous says:

      Baguslah zizan..Tuhan dh beri peluang utk naik kembali..Diharap jgn ulangi lg memane prngai lama yg buruk tu…Jadikan semuanya pengajaran dn berusahalah menjadi lelaki yg lebih baik..Tahniah

      0
      0
  2. Lina says:

    Tahniah ler guna duit tu buat kahwin hikhik

    0
    0
  3. Haa says:

    Tahniah! Deserves it with all he’s going through…

    0
    0
  4. Me says:

    Next pls!

    0
    0
  5. . says:

    Masa dgn ema dulu tenggelam je tapi sekarang rezeki mncurah2

    0
    0
    • Anonymous says:

      haa kuar lg sorng yg bajet Tuhan ni..ilmu mne ko blajar yg rapat dgn skian2 bwk nsb malang? Smuanya dr Tuhan..msa ngn emma pun bnyk je rezeki dia…yg buat rezeki kurng adalah kesilapn sndiri atau ujian Tuhan, bkn sbb nsb manusia lain..

      0
      0
      • K says:

        setuju ngan anon 7.44…dulu pn zizan ada je rezki dlm bidang seni…takyah la nk menyalahkn ema bagai..zizan yg rosakkn nama dia sndri dlu dgn mcm2 hal..hrp dia brubah & kurangkn propa!

        0
        0
        • anon says:

          Tak setuju……masa dia dikaitkan dgn emma, zizan mmg menurun populariti dia blh jadi sb ramai yg tak suka kat emma… jadi tempias terkena kat zizan.. Bila lps berpisah baru naik balek…
          Dlm blog ni yg lps2, bila ade artikel psl emma, org selalu mengutuk dia. Tak tau kenapa org tak suka kat dia…

          0
          0
  6. staylio says:

    boringggg…..

    0
    0
  7. Gugurl says:

    Xbesh ah…zizan over je lebih..

    0
    0
  8. Anonymous says:

    ade x die buat lawak celah kangkang die tu???sori…aku xtgk pun super spontan ni…

    0
    0
  9. aku la.. says:

    membosankan..menjengkelkan..itulah zizanggg.. patut johan yang menanggg

    0
    0