Zizan Razak Masih Belum Puas Hati Dengan Mutu Lakonan

Hiburan

Zizan Razak Masih Belum Puas Hati Dengan Mutu Lakonan

Secara jujur, daripada drama dan filem lakonan Zizan Razak yang Abang Nara pernah tonton, kebanyakan watak yang diberikan kepadanya adalah lebih kurang sama. Jenis yang buat-buat lawak sambil berlagak serius. Mungkin pengarah melihat kekuatan dan daya tarikan Zizan pada watak sebegitu. Tak boleh salahkan Zizan juga. Orang dah offer tak kan nak tolak kan? Namun rasa tidak puas hati dengan lakonannya sendiri haruslah dipuji.

zizan razak

Advertisement

Kata Zizan:-

Saya belum puas. Walaupun sudah memainkan peranan utama dalam 15 filem,tetapi sebenarnya saya belum puas dan pencapaian itu perlu penambahbaikan bagi memastikan filem yang dilakonkan lebih berkualiti dan mendapat tempat di hati peminat.

zizan razak

Zizan Razak bakal muncul dengan filem terbarunya iaitu Polis Evo di mana dia akan bergandingan dengan Shaheizy Sam, AC Mizal, Nora Danish dan ramai lagi. Watak yang dibawakan ialah Inspektor Sani. Apa pun, semoga suatu hari nanti ada naskhah yang baik buat Zizan di mana dia dapat menunjukkan bakat serta mutu lakonan yang terbaik. Sumber Harian Metro.

P.S: Ditelan eskalator hidup-hidup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...