Zizan Razak Letak Syarat Tidak Mahu Berlakon Dengan Kamal Adli?

Hiburan

Zizan Razak Letak Syarat Tidak Mahu Berlakon Dengan Kamal Adli?

Hubungan rapat Emma Maembong dan Kamal Adli sekarang ini mencetuskan pelbagai spekulasi, malah Kamal juga pernah didakwa sebagai penyebab percintaan beliau bersama Zizan Razak putus di tengah jalan.

Advertisement

Kamal juga ada menyatakan hubungan beliau dan Zizan baik-baik sahaja tetapi menurut Kak Pora daripada Bpop Berita Harian, Zizan sudah mula meletakkan syarat tidak mahu bergandingan dengan Kamal dalam mana-mana produksi.

Walaubagaimanapun, Kak Pora juga menjelaskan khabar angin itu belum tentu kesahihannya lagi tetapi beliau berharap perkara tersebut tidak akan terjadi.

Agak tidak profesional sebenarnya jika Zizan Razak betul-betul enggan  berlakon bersama Kamal. Takkan lah masih tidak boleh lupakan perkara yang lalu sedangkan anda juga pernah berkata bakal berkahwin tidak lama lagi. Harap Zizan dapat menjawab persoalan ini dan menjelaskan perkara sebenar.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...