Written by Bella | August 6th, 2015

Baru-baru ini, pelawak Zizan Razak katanya sengaja mahu mengelakkan diri daripada pihak media selepas meninggalkan majlis pelancaran program Akademi Fantasia 2015 awal.

Terus-terang, banyak juga wartawan yang dah terasa hati dengan sikap Zizan yang tiba-tiba melarikan diri. Mungkin kerana hendak elak daripada di tanya soal perkahwinan beliau?

Namun, Zizan menerusi Harian Metro telah tampil memohon maaf kepada pihak media dan menafikan bahawa beliau sengaja melarikan diri.  Zizan menjelaskan pada waktu itu beliau tidak berapa sihat dan sebenarnya sempat ditemu bual oleh seorang wartawan.

Saya tidak lari (daripada media) kerana waktu itu saya sempat ditemu bual seorang wartawan dan kebetulan dia tidak mahu bunyi bising jadi kami pergi ke bahagian belakang. Selesai ditemu bual saya bertanya kepada pengurus ada tak wartawan lain nak temu bual dan katanya tidak, jadi saya ambil keputusan untuk pulang saja.

Lagipun ketika itu keadaan kesihatan saya tidak berapa baik jadi saya pulang saja. Andai ada yang terasa dan berfikir saya cuba melarikan diri daripada ditemu ramah saya mohon maaf banyak-banyak.

Kami rasa ramai yang asyik menanti perkembangan terbaru mengenai perkahwinan beliau malah ada yang sudah naik jemu apabila Zizan asyik berdolak dalih tentang hal berkenaan. Walaubagaimanapun, pengalaman lalu mengajar pelawak tersebut untuk tidak terlalu mendedahkan hal peribadi kepada umum.

Pengalaman lalu mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Sebelum ini percintaan saya terlalu digembar-gemburkan dan akhirnya hubungan itu tidak kesampaian. Malah sebelum ini saya beritahu media bakal berkahwin kerana perkara itu semakin hampir, namun ia mengalami masalah dalam kalangan keluarga menyebabkan ia tertunda.

Justeru, selepas ini saya lebih selesa berdiam diri saja dan kalau boleh tidak mahu terlalu bercerita kisah peribadi kepada umum. Biarlah hal peribadi dan perkahwinan saya menjadi rahsia keluarga saja.

Kata orang-orang tua, perkara baik tu tak salah kalau kita umumkan kepada semua orang. Lagi banyak orang yang mendoakan kebahagiaan anda, kan lebih baik? Terpulang lah Zizan, jangan nanti peminat dan mula bosan menunggu.

Sumber Berita: Harian Metro

11 responses to Zizan Razak Lari Daripada Pihak Media?

  1. Anonymous says:

    xde pendirian.. tkot dgn byg2 sndiri..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Kawin ke tidak? Jadi ke tidak? Aku rasa tak. Propa je sebab dia pun betul2 bukan nk kawin ….

    0

    0
  3. melati says:

    Ader lagi ker si Zizan Kangkang ni….Zizan gi pakai selendang macam Azwan Ali tu baru peminat terima ko balik…hihihihjihi..

    0

    0
  4. Teddy Bear says:

    malu lah tu tak jadi kahwin kot

    0

    0
  5. apamtembam says:

    bosannya zizan jd pengacara AF, x habis dgn komedi hina org dia yg x lawak langsung tu, knp diorg tak amik jihan & johan je? kan best… si zizan ni jawapan dah mcm jawapan najib dah aku tgk, ko ingat org bodoh nak percaya alasan2 budak2 ko tu puiiii

    0

    0
  6. debab says:

    boring la cite pasal mamat ni je.

    0

    0