Written by Bella | September 27th, 2016

Baru-baru ini, Emma Maembong ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kurang selesa apabila dijadikan bahan lawak Zizan Razak ketika mengacara kerana mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Berikut antara kenyataan Emma :-

Kami sama-sama dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada mesti nak kena ‘bahan’ (mempersendakan) saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut (nama) tapi orang semua tahu ianya seperti dituju kepada saya.

Saya pun dah tutup mulut tetapi sampai sekarang ni (dia) masih nak ‘bahan’ saya dan saya rasa perkara itu tidak bagus sebab saya dan keluarga saya pun ada perasaan juga.

Ditanya oleh wartawan mengenai luahan Emma, Zizan bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya.

Saya faham awak ditugaskan untuk bertanyakan tentang perkara ini tetapi saya minta maaf, saya tiada apa-apa nak komen berhubung perkara itu.

Zizan juga tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lanjut apabila ditanya adakah beliau akan merasa risau jika isu ini berpanjangan.

Dalam berjenaka kadang-kadang Zizan kena jaga sensitiviti sesetengah pihak. Jika Emma tidak merasa selesa kerana terus menjadi bahan lawak Zizan, adalah lebih baik untuk beliau tidak mengulangi perkara itu lagi. Saling menghormati betul tak?

Sumber Berita : mStar Online

 photo iphone.jpg

Sempena #MYCybersale2016 ini yang akan berlangsung dari 26-30 September, memang bermacam-macam promosi dan diskaun yang akan ditawarkan di Shopee. Anda boleh menang iPhone 7 (128 GB) yang baru dan juga nikmati diskaun sehingga 90% untuk pelbagai jenis product. Sekali tengok memang tak masuk akal jugak diskaun ni, tapi kita layan je, janji murah.

Abang Nara ingin kongsikan sedikit tentang Shopee Crazy Deals ni. Setiap hari semepna #MYCybersale2016 ini, 30 “Must Buy” items dari gajet, permainan kanak-kanak, perkakas ruang tamu, barangan kesihatan dan kecantikan, dan pakaian berjenama untuk kaum lelaki dan wanita akan di lelongkan dengan harga yang cukup MURAH! Diskaun sampai 90% beb!

Selain itu iPhone 7, anda berpeluang memenangi hadiah cukup awesome seperti pemanggang elektrik, Speaker Bluetooth JBL GO, tiket wayang Gold Class GSC dan jugak gift card Starbucks!
Kalau tak cukup jugak, ada lagi barangan yang akan dilelongkan dan jangan lupa tengok-tengok sikit dekat section “Brand Highlights” tu kerana pada setiap hari pelbagai jenama akan di promosikan.

Selamat membeli belah! Jom shopping di sini dan download app Shopee di sini!

11 responses to Zizan Razak Enggan Komen Isu Emma Maembong Sering Jadi Bahan Lawaknya

  1. melati says:

    saya pun enggan komen, tapi saya kalau jadi Zizan saya dh terjun KLCC….!! kisah nya mlm AF 25 sep 2016..!! Zizan buat lawak camgini bunyi nya”” Semua Terkeluar , tapi lepas Final lah semua balik” ( Dewan Diam) Zizan mengharap kan org Gelak lew , tapi org Fikir lawak ker @ Zizan ni yg Bodoh…..inilah sejarah yg terjadi sepanjang abad ini , senyap Dewan ..tak malu ker Zizan ??? Zizan kalau awak lew terbaca ni aper kater awak pergi bunuh diri mcm Jepun’ demi maruah..!!! hmmmmmm

    1

    0
    • Kah says:

      melati ni enggan komen, tapi komen gak….

      1

      0
      • Lembu Gemok says:

        pedulik laaa…aku gelak je ko buat lawak zizan..mampos kat haters…attitude ko mmg ada masalah gak tp lawak ko tetap lawak…hahahah…spontan dan selamba…pedulik semua..jyeahhh….buat je lawak…teruskan jd anda seperti skrg!!!

        0

        0
      • Zzzz says:

        Ehhh..Bosan nya dah x boleh nk likes n dislikes. Hambar jadinya..

        0

        0
  2. Kak marr says:

    Alahaiii..memangla xpatut kalo zizan nk membahan si emma ni tp kdg2 bkn zizan yg mulakan pn..kdg org lain yg mulakan,so xkn nk slhkn zizan jgk..ko gla mrh kt org yg mulakan tuh..si emma ni nk perhatianla ni,drama da xbrp nk kuar kt tv,mulala wt statement bg panass..da kte xde pape ngn kamal adli,g gk tgk super spontan superstar..sb pe,nti biarla org bkak blik gosip psl dorg..kemonla,bosan ngn cte cinta lapok si emma nih..hrp muke je cntik,tp tingtong sme cm ruhainies..bajet lawa je lebehhhh

    1

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Kebanyakan org bahan Zizan dgn Emma. Belum pernah plak aku nengok tak memasal Zizan nak sebut pasal emma masa melawak…
      Aku rasa Zizan pun kalau leh tak nak dikaitkan ngan Emma lagi. Gelap masa depan. Dia bercinta ngan banyak artis kot sblm ni….tp ngan si Emma nama dia paling busuk! Nightmare sehhh

      2

      0
  3. hhDD says:

    Alahai emma maembong tu yg poyo..kuat sentap, tak matang..sikit2 nk bgtahu itu ini..cuba amik contoh erra fazira, tk melatah pn org gossip ngan ex dia dulu2..siap gelak2 lg..padahal dia tu dah taraf primadona kot..relax sudah laa..ni nak heboh satu dunia..dulu masa bercinta ngan zizan sbb nak naikkan nama je kan..maklumlah artis baru waktu tu mesti ada something yg boleh org kenal nk bg femes..sekarang bila tkde pape pung pang berbunyi…kurangkan bercakap dan kurangkan sentap ye emma!

    2

    0
    • Anon says:

      So true.. Or how jue Evans sporting je pegi Af hari tu jadi floor manager n buat penonton terhibur sbb Zizan mcm tiba2 blush.. Padahal bf dia skrg kerabat kot cousin tmj n Raja Muda Selangor pun cool lagi.. Emma ni attention seeker je n gedik lebih tp hari tu pegi super spontan kena bahan oleh datuk ac with Kamal adli tersengih2 plak tp ckp just friends ..menyampah

      1

      0
  4. gisele says:

    Leks laaa takat kena bahan pon nak melatah emma ni..diam2 suderrrr

    1

    0
  5. Kamtome says:

    org biasanya start bahan. zizan jawab je. takyah nk pasan sangat ea emah

    1

    0
  6. Anonymous says:

    PADAN LA MUKA.DULU DOK GEDIK SANGAT MENAYANG MACAM KO SORANG JE ADA LAKI. PUIHH EMMA KEMBONG.

    1

    0