Written by AbangNara | February 27th, 2015

Wow. Ok ini memang kejutan. Percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong memang dah macam drama Sepanyol. Penuh dengan kejutan, pendedahan dan ‘plot twist’ yang tidak pernah dijangka. Kalau selama ini ramai yang menganggap Zizan dan Emma sudah bercinta semula selepas berpisah sekejap, rupa-rupanya perkara tersebut tidak pernah berlaku. Untuk makluman, Zizan pernah mengumumkan yang hubungan mereka berdua telah pulih. Rupa-rupanya itu palsu belaka. Pergh!!! Tipah tertipu beb!!!

zizan emma

Anda keliru? Jangan risau sebab Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang keliru. Malah Emma Maembong turut sama memberi komen tentang kewujudan orang ketiga iaitu pegawai stesen Astro di dalam percintaan mereka. Fuh!!! Viva la espana real madrid barcelona!!! Kata Emma:-

Sebenarnya, saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan dia iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum. Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang. Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Saya tidak mahu ambil tahu (tentang gosip Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen) dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm… yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

zizan emma

Kini secara sahnya Emma Maembong dan Zizan Razak tidak lagi bercinta. Percintaan mereka telah lama hancur berkecai iaitu sejak pengumuman Emma Maembong yang pertama kali dulu. Walaupun dilihat sering bersama selepas kononnya bertaut semula, ternyata itu sekadar hubungan sebagai kawan. Semoga Emma dan Zizan bahagia dengan pilihan masing-masing. Jangan lepas ini tiba-tiba ‘bertaut’ lagi sekali. Heheheh. Sumber Mstar Online.

20 responses to Zizan Razak & Emma Maembong Sah Putus, Tidak Pernah Sambung Percintaan

  1. aku says:

    puihhhhh…next!

    0

    0
  2. MissLenses says:

    Baguslah…!

    0

    0
  3. zabedah kipang says:

    lantak ke diorang lah nak jadi apa pun, kalau betul zizang tu buaya besau bior dia jadi macam pinochio hidung makin lama makin besauuuuuuuuuuu wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkw

    0

    0
  4. Anonymous says:

    yeke x pnah sambung??? ke putus lg… udah2 ler tu… klu x sambung awat hang post ayat2 yg berbaur kesedihan 2-3 hari lpas??? kmi bkn bdk2 noh.. hang yg bdk2

    0

    0
    • anon says:

      ckp macam diri tu lebih matang pula. minta maaf. jgn terus membuat andaian. tak smestinya dia post ayat2 atau lagu2 “menyayat” hati tu sebab hubungan dia. kite takde pun dalam hubungan diorang.

      0

      0
  5. zabedah kipang says:

    eh nara penat aku enter dua tiga kali tau komen kat engko! biorlah zizang nak menipu ke jadi buaya darat ke, jadi telaga buruk keeee… kalau betol dia salah mesti hidung dia jadi pinocchio, tapi makin membesau lah bukan memanjang wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwk

    0

    0
  6. lela says:

    sama apa yg dia buat dekat leez af dulu. mamat kampung x sedar diri. kesian anak org weh. esok lusa terkena batang hidung sendiri

    0

    0
  7. aini says:

    Oh ek? Kisahnyaaaaaa….

    0

    0
  8. BOLEMBU says:

    Wau kontroversi dorg ni mcm mh370 jugak.. taikk pnye gosip

    0

    0
  9. khalish says:

    Sudah2 la publish psl dorang ni….x memberi manfaat pun…

    0

    0
  10. tahppetah says:

    emma g la sambong blaja.lpekan zizan.ramai lg yg menanti…keh3

    0

    0
  11. emma mabok says:

    dua tiga hari lepas ni keluar pulak statement, kami tak pernah putus. cuma gaduh manja je. puih.

    0

    0
  12. Fuyoooooo bisa aku masuk line says:

    Abang nara tak nak masuk line ke? Baguslah emma, confirm jantan ni jenis hidungnya belang….mak dia pun jenis yg anak dia je yg betul, susah nanti kalau jadi menantu…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Zizan dh kantoi dgn emma… mmg patut emma tinggalkan zizan… dia je yg lebih tau..!!

    0

    0
  14. dina says:

    Hate this kind of man.
    tak tau nak appreciate apa yang ada.
    Tak sedar diri…x hensem n pendek tapi lagak mcm dia lah lelaki idaman wanita2.
    Zizan is nothing without Johan.
    Finally zizan get what he deserve….finally org tau who he really is.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Elok la. Dari awal lagi , memang nampak Zizan dengan Emma tak sesuai sebagai kekasih tapi lebih sebagai kawan bergurau senda. Tak serius dalam hubungan. Orang yang bercinta ni aura dia lain. Apa nak buat pun fikir kekasih je. Siapa yang pernah bercinta tau la. Bila sampai masa bercinta nanti Emma akan tau dengan sendirinya.

    0

    0
  16. burn says:

    teramatttttttttt…bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnn…….ceta tu…tu….muka..tu…tu…….

    0

    0
  17. lily buntat says:

    bosan lah cerita emma dgn zizan ni. next pls.

    0

    0
  18. ayangeira says:

    kalu jodoh tak kemna

    0

    0
  19. XII latingz says:

    emma maembong n zizan razak memang sepadan langsung

    0

    0