Written by AbangNara | February 27th, 2015

Aduh. Kesian sungguh dengan nasib yang menimpa Mamat Khalid. Mana tidaknya, kedua-dua pelakon utama filem arahannya, Werewolf Dari Bangladesh iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong tidak hadir ke acara pratonton filem tersebut malam semalam. Mereka berdua sudah pun dimaklumkan tentang acara ini namun kelibat kedua-duanya tetap tidak kelihatan. Ini menguatkan lagi desas-desus keretakan perhubungan Zizan dan Emma.
mamat khalid zizan emmaPengarah filem tersebut, Mamat Khalid melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan kedua-dua pelakon ini. Malah Mamat Khalid dilihat seolah-olah redha dengan nasib yang menimpa dirinya. Abang Nara pasti Mamat Khalid sedih kerana tunjang utama filem Werewolf Dari Bangladesh tidak hadir memberikan sokongan. Kata Mamat Khalid:-

Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini.

Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing.

Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka.

Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka.

mamat khalid zizan emma

Sewajarnya Zizan dan Emma bersikap profesional dan tidak melibatkan permasalahan peribadi di dalam kerjaya. Biasalah orang bercinta memang banyak bergaduh. Namun ia tidak harus dijadikan alasan untuk tidak membantu sebarang promosi yang telah dijanjikan, lebih-lebih lagi filem lakonan sendiri. Pastinya Zizan dan Emma ada penjelasan tersendiri. Mungkin mereka terlupa kot. Sama-samalah kita nantikan penerangannya. Sumber Harian Metro.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Zizan Razak & Emma Maembong Menghilang, Mamat Khalid Lahirkan Rasa Kecewa

  1. kakicagu says:

    dua orang nie patut campak bg pirana makan je,,,xhabis2 kisah dorg je….hampeh nyusahkan org… fatimah kembong n jijan rosak nie…

    0

    0
    • Anonymous says:

      langsung tak professional dua2 ni. ni masih ader job orang nak ambik kau belakon so jgnlah berlagak tak nak turn up events arranged for u & tak pro active promoting yr movies.nanti kasi excuse merepek, tengoklah nanti.

      0

      0
  2. jed jedi says:

    x nmpk pun zizan or emma promote citer ni dlm insta.. sbg pelakon sepatutnya buat la sesuatu at least bg pengikut insta tu tahu mengenai citer ni smpaila ia ditayangkan. hurmmm.. tercalon byk kategori tp satu pun takda menang si zizan ni, kesian. dah slow2 jadi mcm mawi

    0

    0
  3. ann says:

    budak2 belum mumayyiz macam ni laa

    0

    0
  4. hmmm says:

    emma and zizan mmg tgh merosakkan career masing masing..hmm..

    0

    0
  5. sakithatiaku says:

    mamat khalid x payah dah laaa amek deorang nii.. buang mase jerk! makin lame makin berlagak anddddd poyos.. brlakon x byk manee gosip je lebih! lepas tuu terrrcalon sane sini.

    0

    0
  6. paola bracho says:

    filem ni nampak besar potensinya.lain dari yang lain. pasti bangla2 semua pakat nak p tgk. saya pun tidak akan ketinggalan mempromote kpd bangla di kilang tempat saya bekerja.

    0

    0
  7. rara says:

    yang saya tahu emma ada kat langkawi shooting crite baru dia & hri ni bru dia balik kl, tapi tak tahu lah…kalau tak sempat dtg pun. letih apa sekalipun. kenapa lah tak bgi tau awal2. kecewa sikit jua lah dgr tentang ni :/ minat kat emma. hrp perkara ni tak kan berulang dan masing2 belajar dri kesilapan.

    0

    0
    • apple pai says:

      mesti emma tengah shooting cerita kemarut buret lagi kan….stop lah buat cerita kemaruk buret ni….menyampah !

      0

      0
  8. Zizan-Emma Bosan says:

    Patutnya bersyukur lah still ada producer yang nak panggil korang berlakon. Nasib baik dapat producer macam Mamat Khalid relax je. Tah pape. Dulu Zizan sebelum dengan Emma takde perangai macam ni. Lepas satu satu kes dia kebelakangan ni. Putus jelah. Orang dah muak dengar cerita korang. Boo~

    0

    0
  9. anon says:

    baca nih http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/27/emma-maembong-kesal/ korang matang kan? benar atau tak sesuatu tu, tak baik berkata buruk atau membuat andaian. renung renungkan lah ye

    0

    0
  10. Anonymous says:

    pasni ni pengarah/penerbit x pyh la amik artis couple…kang ade mslh mcm ni la jadiknye..slalu sgt aku tgk diorg ni berlakon sma…dh muak dgr…lg meluat tgk zizan dlm cicakman 3…bosan aksi renyah n terkinja2 die tu

    0

    0
  11. haha says:

    Benda jadi mesti ada sebab. Dah bertahun dalam industri takkan lah x tahu akan kene hentam kalau x muncul plak. Dgr statement sebelah pihak dah judge mcm Hakim Majestret…

    0

    0