Written by Bella | April 17th, 2017

Gosip percintaan Zizan Razak dan Mira Filzah bukanlah satu rahsia lagi. Malah, semua boleh lihat mereka berdua ini cukup mesra bersama meskipun menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Terbaru, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, mereka sebenarnya agak rapat satu ketika dahulu namun terhenti sebentar sehinggalah baru-baru ini Zizan kembali bersahabat dengan Mira sehingga timbul bibit cinta didalam hati mereka berdua. Malah, katanya mereka kini sedang serius menjalinkan hubungan.

Sebelum ini memang Zizan dan Mira berkawan tetapi tidak sampai bercinta kerana pada waktu sama dramatis jelita itu berkawan rapat dengan pelakon yang kini menjadi sebutan ramai, Fattah Amin. Selepas hubungan mereka tergantung, Zizan kembali hadir dalam hidup Mira.

Pada awalnya, mereka mahu menyambung persahabatan yang terputus sebelum ini tetapi sepanjang tempoh itu timbul pula perasaan cinta. Kata teman media lagi, jika tidak silap mereka hubungan Zizan dan Mira dikatakan bertambah serius bermula awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, menurut Cik Pang, ibu Zizan sendiri sudah berkenan dengan Mira apatah lagi ibu pelawak tersebut mahukan seorang menantu yang mempunyai ciri-ciri wanita muslimah.

Wah, kalau ibu Zizan sudah berkenan, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah jadikan Mira yang halal buat diri anda sebelum melepas. Hehe..

Sumber Berita : Harian Metro

17 responses to Zizan Razak Dan Mira Filzah Kini Sedang Serius Bercinta?

  1. jamilah says:

    zizang, memula dgn sapa tu budak af ganu tu, leez kata leez zizang tinggal dia camtu je
    pastu ngan julia evans, tapi tak ku rasa julia evans tu layan zizang not her taste kot, pastu natasha hudson tp sekejp je citer ni, pastu emma maembong, pan asia juga, lama gak ngan emma ek, pastu ada sapa tu budak ganu jugak, budak biasa, bukan artis pun pakai tudung, igt ngan budak tu dah, tp senyap je….pastu sapa bini eizlan yusup tu gosip juge…lani miera filzah pulak ye.
    Aku jmp zizang ni rendah je orangnya, gelap siyes mcm bangla. tapi cer ngk list pempuan yang kat ats tu hahaha, jgn marah zizang gurau2 ye

    44

    1
  2. Anonymous says:

    zizan dulu kata nak pan asian.. last-last melayu tulen juga.. kita hanya mampu merancang.. ok juga diorang berdua ni..

    11

    0
  3. cik kiah says:

    mira tergantung hubungan dengan Fattah? maknanya betullah dulu yg igers sibuk pasal Mira-Fattah ni? So bila Fattah-Lofa, fans yg ship ML-FA selalu serang ig lofattah. Ooooo, bukan saje2 lah sbrnya sbb memang dh ada ‘something’ tu.
    Player jugak ko Fattah ye. Mira, Tania, Lofa. isk. selama ni Fattah dinampakkan sebagai budak baik. rupa2nyaaaa.

    Zizan&MF? Ada jodoh adalah. MF budak baik. Semoga sesiapa pun lelaki dengan MF, dia itu mampu setia dan jaga MF dengan baik juga.

    5

    5
  4. mira says:

    zizan ni kate dulu nak kahwin dah dgn budak ganu? ke sebab nak tutup kes die videocall lucah dengan peminat dulu??

    pandai ko ek zizan.. tapi aku suka lah zizan..kelakar.. kalau ade muke dia kat tv ..compem aku tengok

    5

    2
  5. sakit mata says:

    eh..suka hati dia la nak bercinta ngan sapa pun…bukan dia mtk pendapat korang pun…tak de faedahnya

    2

    1
  6. pls........ says:

    penyambung kisah cinta rekaan peminat…
    lofa dgn fattah…
    edisi terkini…
    zizan dgn filza..
    tolong jgn tambahkan…
    kisah2 cinta bodoh hodoh..
    dlm industry hiburan yg..
    langkahnya hanya beberapa tapak..
    Muak….. bole muntah Hijau tau…

    6

    0
  7. nyonya says:

    Mira, please reconsider…

    5

    0
  8. Kek says:

    bukan ke mira dgn molkhan?

    4

    0
  9. anon says:

    elok lah c mira ni kawin ngang zizang sbb dosa mata bila berlakon ngang zizan seluar atas peha eeeeiiii geli gleeman + DOSA

    1

    0
  10. Anonymous says:

    ibu bapa mira bukan calang calang orang. mereka hendak pastikan anaknya berkhawin dengan orang yang boleh menjadi iman masa sembahyang berjemaah bersama keluarga mereka. ada pendidikan agama yang kukuh.

    1

    0
  11. lia says:

    ..so sweet..mira memang sesuai dgn zizan..saya suka..harap2 hubungan sampai ke janah

    0

    0
  12. dara bungah says:

    ..betulke macam tu..macam mana hubungan mereka nanti..

    0

    0
  13. shasha says:

    Aminn..harap2 temakmul doa kita ni..jangan risau..

    0

    0

Leave a Comment

Optional