Written by Bella | August 19th, 2015

Selepas berjaya dalam perniagaan makanan beliau BurgerByte, kini  Zizan Razak  sudah mencapai satu lagi hasratnya dalam perniagaan apabila beliau telah merasmikan kedai serbaneka pertama atas jenama beliau sendiri yang di kenali sebagai ZizanMart di Kota Bharu, Kelantan.

Menggunakan konsep kedai serbaneka yang akan beroperasi 24 jam, ia akan menawarkan pelbagai produk keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Alhamdulillah, ini merupakan salah satu impian saya sejak dulu lagi. Saya berharap selepas cawangan sulung ini akan ada lagi rangkaian seterusnya.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Semoga perniagaan baharu yang di lancarkan oleh Zizan Razak akan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Harapnya barangan yang dijual juga berkualiti.

Sumber Berita: Malaysian Digest

4 responses to Zizan Razak Buka Kedai Runcit Sendiri Dengan Nama ZizanMart

  1. penjual perfume says:

    ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..syukur mudahan semakin bertambah rezeki dan dpt bntu org yg sush ,..hehe

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Ape2 jelah semoga berjaya dan cepat ubah perangai ke arah yg lebih baik…

    0

    0
  3. maira says:

    zizan memang dh move on. moga rezeki makin bertambah. amin.

    0

    0
  4. anon says:

    Tahniah zizan…..pandai wat bisnes.

    0

    0