Written by AbangNara | November 14th, 2014

Rasanya satu ketika dahulu, Zizan Razak dan Marina Juki telah memaklumkan kepada media yang mereka akan bersemuka untuk menyelesaikan kesemua masalah yang melanda. Setahu Abang Nara, tak ada sebarang berita mengenai pertemuan mereka dan tup-tup hari ini kita dikejutkan dengan tuntutan saman lebih daripada RM500,000 yang dikemukakan oleh Marina terhadap Zizan. Entah di mana silapnya, masalah yang boleh diselesaikan secara perbincangan kini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut.

zizan razak

Menerusi Berita Harian, Zizan memaklumkan yang dirinya tertekan dengan kes saman yang dihadapinya lebih-lebih lagi dengan pelbagai komitmen kerja yang perlu dilunaskan. Malah Zizan juga melahirkan rasa yakin bahawa tindakannya yang dilakukannya adalah tidak salah. Kata Zizan:-

Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.

Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian.

Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.

zizan dan marina juki

Seperti yang dimaklumkan, perkara ini sudah pun menjadi kes mahkamah dan kita selaku peminat hanya mampu menunggu hari perbicaraan untuk mengetahui pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah. Semoga pihak yang benar akan memperolehi kemenangan. Sama-samalah kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Zizan Razak Akui Tertekan Disaman Oleh Bekas Pengurusnya, Marina Juki

  1. *proud* says:

    first

    0

    0
    • Sofeah Latjuba Muller says:

      500k..saper x tertekan?

      0

      0
      • Olga says:

        habis la zizan…zaman kejatuhan telah tiba.

        0

        0
        • Datin kiah semanggol says:

          Kekekekeeke … Ntahlah terperanjat lak datin tngk dorang ni … dah mcm budak tadika nak blajar 1 2 3. 1st 2nd adoiiii …. Zizan ni eloklah cuba muhasabah diri. PR dia tu kenelah di pertingkatkan. Bisnz kene jaga scra profesional. Jngn campur adukkan peribadi dngn kerjaya. Gf klu buat menyemak elok simpan dulu dlm gobok jer. Simpan duit terus kawin. Klu bnyk buat maksiat nanti rezeki lari @ musibah tak henti2 menimpa. Smoga zizan di beri petunjuk taufik & hidayah olh Allah. Jngn terlalu sibuk dngn cari fulus kerjaya duniawi sampai terlupa kerjaya ukhrawi. Wallahu a’lam. Wasalam.

          0

          0
        • kaknam says:

          maka dengan ini, ramai la yang kesian tengok zizan tertekan, lantan undi kumpulan Virus banyak2 untuk pastikan zizan menang, lantas mampu untuk langsaikan kes saman. ceh..cliche

          0

          0
    • 500k says:

      AMBIK KO !!!!

      0

      0
    • minah jambu sentiasa merah biru says:

      padan muka lu zizan hahahahahahahahaiiiiiiiiiiii !

      0

      0
  2. eff says:

    Second!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      kesian nya. zaman 1st, second dah habis la wak. very kampungan…

      0

      0
      • Sufiya Azmi says:

        Kenapa nak gembira dizaman kejatuhan orang lain. Sekarang ni Tuhan sedang menguji dia, tapi perlu ke awak bersorak diatas kejatuhan dia ek? Habistu kalau time awak nanti macam mana? Gelar orang kampungan sekurangnya dia jadi jugak artis, buat rumah 1 juta, duduk bandar lagi walau asal kampung. Awak tu apa ada? Ceritalah sikit. Entah-entah lagi village. Kepada Zizan, jangan sedih! Ni ujian Allah. Semoga lebih kental menghadapi ujian dari-Nya. Saya tak tahu kisah peribadi Zizan tapi hal peribadi biarlah dia dan Allah yang tahu. Tapi yang busuk hati dan jealous sangat dengan Zizan ni kenapa ek? Apa Zizan dah buat dekat korang? Saya sebenarnya respect dengan Zizan sebab dia kurang layan benda remeh temeh macam sesetengah artis lain yang kadang-kadang sesuka hati gelar followers bodoh, takde otak dan blablabla. Saya respect dia sebab dia tak amik port pasal orang nak meniaga kat IG ke dia ke ape. Orang nak komen dia apa pun dia terima dan dia malas nak amik port dan dia tak sampai nak block sesape pun dari instagram dia. Dan banyak lagi benda pasal dia yg best. Lama-lama makin respect pada Zizan. Biarlah orang lain nak kata apa. Bukan kita nilai hanya dari bakat. Tapi komitmen kerja dia jugak. Ni ujian dari Allah je untuk Zizan. Semoga Zizan tabah!

        0

        0
      • tau xpe..ni mesti budak baru nak up ni..duk main first second lagi..mcm budak baru nak baligh je ni

        0

        0
  3. eff says:

    Second!

    0

    0
  4. huhuhu says:

    baru ade akal

    0

    0
  5. duk main first second lagi..mcm budak kecik je perangai..bagila komen ikut topik post tu..kan pasal zizan kena saman tu..komenla pasal kes zizan ni..bkn sape first sape second..alahai

    0

    0
  6. tak kelako says:

    harap kes ni takkan bagi tekanan kat zizan sampai ganggu fokus dia nak bagi komitmen untuk VIRUS dalam MLM 2014. kalau zizan tak dapat bagi komitmen, tauke dan pak yus pun akan terkena tempias jugak.

    0

    0
  7. tak kelako says:

    harap kes ni takkan bagi tekanan kat zizan untuk bagi komitmen pada VIRUS dalam MLM 2014. kalau zizan tak dapat bagi komitmen, tauke dan pak yus pun akan terkena tempias jugak.

    0

    0
  8. agak'2 lah kalau mau saman kan ? kesian zizan . manusia zaman skrang ? tolonglah behati perut sikit . zaman nabi takde puun saman'2 nii . cik marina , maafkan jelah . says:

    ksian zizan . agak’2 lah kak kalau mau saman pun . 500 ribu kot . brhati perut sikit kak . maafkan jelah . apapun , kamu brdua prnah bkerjasama brsama . ambil yg jernih , buang yg keruh :’)

    0

    0
  9. Anonymous says:

    kesian zizan :(

    0

    0
  10. nok gebuzzz says:

    byk tu 500k…stresss la zizan pas ni,npk gaya nyer ema kena tggu kes saman selesai la baru pke nak kahwin

    0

    0
  11. Harap-harap Zizan tak lemah semangat dengan dugaan yang melanda ni..biasela hidup mmg akan ditimpa ujian lbh2 lg artis popular mcm beliau

    0

    0
  12. Kesian Zizan says:

    Kesian Zizan, baru nak maju sikit dah ramai yang dengki. Penyakit Melayu. Lepas ni siapa pulak kena saman.

    0

    0
  13. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Dlm gambar tu ada 3 hekor monyet gemok yg kebulor duit…yg sibok2 canang zaman zizan jatuh la bagai..ada dia kena mntk nasik ngan korg ke?

    0

    0
  14. mak jemah says:

    Semua tktau cerita sebenar & let me tell uolss,marina juki jaga zizan before dia famous lg,siapa yg naikkn zizan? time nabila huda tk bagi johan ashaari masuk under marina juki,zizan back up gila mari juki time kat melodi (“jangan kacau kakak saya”) menunjukkan zizan sayang marina juki,relationship dorang start problem bila emma maembong masuk under marina juki,dia ambik job tanpa pengetahuan company,as share holder,zizan boleh buat apa? cinta tu boleh membuatkan seseorang tu sampai tk kenal siapa yg tolong masa kau susah,di kusutkn lagi bila zizan pergi jepun (pengambaran jejak jepun) dia block duit company tanpa bincang dgn marina juki sbb zizan tengok duit account dia sikit,padahal dia tktau yg menghabiskn duit tu dia sendiri,beli barang mahal2 pastu duit habis salahkan orang?. Btw emma maembong ikot pergi jepun,so siapa lg yg menghasut si zizan decide mcm tu? apa yg aku nampak zizan ni terlalu buta dengan emma sampai dia tk kenal siapa MARINA JUKI, lepas marina juki tk handle zizan kita boleh nampak yg zizan ni makin merepek, tk lawak langsung aku berani ckp yg MLM kali ni virus tkkn juara. Last but not least pesanan aku kat zizan,emma maembong bukan pilihan yg baik & pergi jumpa MARINA JUKI minta maaf sbb kau sendiri tau mcm mana hidup kau dulu dengan sekarang boleh berubah kalau bukan sebab MARINA JUKI

    0

    0
  15. suci dlm debu says:

    entah apa nak jadi…dulu ok..skg x ok..kawan pe jatuh kawan..apa nak jadi dgn org melayu..bawak bincang lar…kalau kaya duit pun tak best if hidup dibenci org..duit tak boleh bawak mati…tak dak duit mmg leh mati…besar mana pun silap org tu satu hari nanti kita pun boleh buat silap gak…maaf memaafi lar..kalau nak sgt duit..kawin dgn zizan..HAHAHA…

    0

    0
  16. Scha says:

    500k ?? harta dunia .. Tak kan kekal sampai bile2 .. Dia nak Sangat bg je zizan .. tu pun Kalu awak mampu .. Saman mnyaman nii saje nak panjgkan kes je .. biasa la dunia .. apa yg ade tak pnah nak bsyukur .. jgn smpai Allah tarik nikmat tuu br nak nyesal .. Tabahlah wahai zizan ..

    0

    0
  17. hmm says:

    kenapa sampai saman menyaman ni..cinta tak berbalas kah? (agaknye la kan)

    0

    0
  18. Ilmu says:

    Memang ptut pun kena saman. Tula sbb mak bapak suruh kita study tinggi2 bru cari kerja. klau tak tinggi pn blaja bnde2 basic sudah. ni dah terhegeh2 nak bukak partnership. lpas tu langgar kontrak. tak bagi notis kluar pulak. mmg pning la kepala pguam zizang ni nak cri loophole kes ni. bnde ni basic business law kot. bnde basic pn tak lepas.

    0

    0
    • ujang says:

      Tak payah nak law sangat lah. Kawan sendiri kot. Bukannya zizan mencabul kemaluan dia sampai nak saman setgh juta. Tak ke mana pun harga duit tu banding ngan nilai kemanusiaan.

      0

      0
      • Ilmu says:

        tak payah law sangat? hahahahaha. org mcm kau ni la yg snang kena tipu. ni bkn mcm kes kwn sama kwn pinjam 10 ringgit last2 x byr bro ujang. kawan2 jugak. jgn smpai tu jdi alasan utk kau taknak blaja bnda basic mcm ni. asam garam kehidupan. tak smua org tu baik. even kwn kau sndiri. last2 rugi 500k sdangkan bnda ni dpt dielakkan klau zizan tau bnde basic?

        0

        0
  19. Melati says:

    Saper yg suka Zizan???? org Gila pun pun pikiaq 2 kali kalau nk suka Zizan..

    0

    0
  20. Aku says:

    Adakah marina juki terkilan sbb dulu zizan sgt rapat dgn dia tp kini emma maembong datang menyemak. so dia merasa diri dah dipinggirkan oleh zizan. cinta x berbalas la katakan…

    0

    0
  21. artis picisan says:

    setakat 500k je kot…dia pny kontrak dgn duit dia menang maharajalawak dlu2 berjuta da kot

    0

    0
  22. hnmGurl says:

    tak payah la nak menunding jari sape salah siapa betul…kita tak tau ape yg terjadi antara mereka…jgn buat FITNAH dosa yg ade ni pun blm tentu tertanggung, jaga lidah jaga perkataan. doakan yang bebaik buat mereka.

    0

    0
  23. hnmGurl says:

    Tak perlu kita nak menunding jari n sebelah kan mana-mana pihak.
    Jaga Lidah kita pabila berkata2x, jgn jadi batu api melaga2x kan perkara yang di luar pengetahuan kite…jgn semudah itu membuat andaian…jgn buat FITNAH dosa yang ada ni pun belum tentu tertanggung…
    Sebagai masyarakat dan orang yg Beragama Islam doakan yang baik-baik buat mereka, agar di permudahkan dan di pertemukan jalan atas kekusutan!
    Bila berkata itu ingat la ALLAH….sblm mengeluarkan kata2x baca lah bismillah moga syaitan tidak bersama!

    0

    0