Written by AbangNara | October 13th, 2014

Minggu ke 6 Akademi Fantasia 2014 menyaksikan para pelajar menyanyikan lagu dengan tema ‘Rock’. Fuh~~ Abang Nara memang suka dengan lagu-lagu rock nie. Bukan apa, lagu-lagu yang dipilih seperti Rolling In The Deep, Kerja Gila, Fantasia Bulan Madu dan Layar Impian sememangnya akan mencabar vokal para pelajar AF2014. Abang Nara menaruh harapan untuk melihat persembahan yang mantap terutamanya daripada pelajar-pelajar seperti Nina dan Azwan yang jelas tidak menunjukkan bakat yang ada pada diri mereka dalam minggu-minggu sebelum ini.

nina af2014

Namun bukanlah Akademi Fantasia sekiranya tiada kejutan. Walaupun secara jujur Abang Nara rasa Ella sendiri akan menangis mendengar Nina menyanyikan lagu Layar Impian miliknya, Ziha akhirnya tersingkir kerana mendapat undian yang terendah. Secara jujur, Abang Nara terkejut besar dengan keputusan ini. Apakan daya kesemua ini ditentukan menerusi undian para peminat AF. Ziha terkeluar, Nina masih selamat.

nina af2014

Abang Nara bukanlah benci atau ada motif jahat terhadap Nina. Namun kalau dah 6 minggu persembahan lebih kurang ala kadar dan tak ada peningkatan, memang wajar dipertikaikan bagaimana para pengundi membuat pilihan mereka. Kalau Abang Nara seorang beranggapan sebegini tak apalah juga, namun daripada komentar di Facebook Akademi Fantasia, rata-rata pelik kenapa Nina masih mampu bertahan. Hmmmmm. Mungkin Nina sudah ada peminat-peminatnya yang tersendiri?

nina af2014

nina af2014nina af2014

Mungkinkah minggu hadapan Nina akan terkeluar? Hanya pengundi Akademi Fantasia sahaja yang akan dapat menentukannya. Undian anda adalah penentu segalanya. Apa pun pelajar feveret Abang Nara iaitu Adel semakin menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan setiap minggu. Keep it up Adel. Semoga mampu bertahan sehingga ke minggu akhir kelak. Good luck and all the best.

P.S: Enjin beroperasi tanpa minyak enjin

[flowplayer id=”29852″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Ziha Tersingkir, Peminat Kecewa Nina Masih Bertahan #AF2014

  1. Diyana says:

    yang penting nina sopan santun & tak menggeletis macam si ziha tu ye uols! Sebab tu la masih ramai yang undi dia…
    Cuba amati cara dia terima setiap teguran orang, ingat tak sentap ke uols, tapi dia masih senyum depan kamera…

    Love u nina!!!!!

    0

    0
  2. liwa says:

    tgk kilauan emas lg bagus kot……ooohhh af….ko mmg hampeh…..wat semak je siar kat astro ria…kan lg baik ko wat kat warna je……muntah….!!!

    0

    0
  3. mariam kampung pantat says:

    aku sorang je ke yg rase suare nina 2 sedap? rare owh. nape ramai yg cakap xsedap pulak??

    0

    0
  4. Kakiwayang says:

    Ala….Malaysia ni banyak la Datuk yang willing nak spend duit banyak undi si Nina ni…dengan harapan…….hahaha…..setakat sekali lunch pun keluar rm100, apetah lagi sms sms ni, suruh driver je tolong undikan…….mohon Datin-datin pantau Datuk-datuk ni….Astro pun pandai…money matters beb………

    nanti lepas Nina keluar tu pandai2 la ko jaga diri….kang banyak Datuk yang cakap ‘Dulu i la yang undi u banyak2 tu….’…

    0

    0
  5. I tak puas hati okay abam terkeluar dari superspontan, dia lagi lawak daripada shuib kotttz

    0

    0
  6. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    korang tau kenapa dia disingkirkan?

    korang ingat lagi tak last 2 week yg si muna tersingkir tu???

    time zizan sebut muna tersingkir, sape yg paling over menangis sampaikan satu dewan dengar? bukan ke si ziha ni…

    korang tau kenapa dia nangis?…actually dia buat2 nangis nak kasi semua satu malaya undi utk diri dia sendiri sbb konon2 nya dia ni seorang yg baik hati lah konon…tapi nangis dia tu aku nampak sgttt fake n buat2… tah2 dlm hati dia time tu “baguslah kau melingkop muha oiii” (sambil menangis mcm babi kehilangan maknya…

    inilah hasil dari kepura2annya 2minggu lepas…nah terlingkop tersingkir…tak kuasa aku minah ni….

    0

    0
  7. bedah bedot says:

    Tengok kilauan emas lagi bagus…… setuju tak? AF ni buat semak je.

    0

    0
  8. sue says:

    Saya tengok AF zaman Mawi, Hafiz Stacy je..yang lain tak aura. AF dah tak relevan. cariklah idea lain.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    oiii nina asal kau xkuar haaaa??
    suara mcm tercekik buah kedondong je!!

    stress aku.

    0

    0
  10. Nina Yek Yek says:

    Nina , suara u copy paste yuna okay .. mcm buat2 gitu .. dengan muka u cukup beriye kalau nyanyi , padahal biasa je pun suara , boooo nina

    0

    0
    • nona says:

      Hahahaa pompuan ni, muka nak beria terkemut2 nyanyi. Bagi lagu genre ape pun tak boleh buat. Nyanyi lagu 3 kupang je la. Sagu makan padi.

      0

      0
  11. blablabla says:

    bodoh je rancangan af ni… sampahhhh

    0

    0
  12. minat music says:

    ziha ke nina ke dua-dua sore x best,… lambat laun akan out juga …

    0

    0
  13. ina "ADE HAKU KESAH!!" says:

    nape x update sape masuk final da’i pedakwah milenia?? amboi klo af ni tiap2 minggu ko update.. oopsss!!!

    0

    0
  14. Melati says:

    semua tk lawak….Maharaja lawak AF kali ni ..tk lawak langsung……Zizan bila nk terkeluar???

    0

    0
  15. damia says:

    Kat Malaysia ni pesal klau sore serak2 basah je mesti nyanyi genre “rock kapak”?? Cakra Khan tu asalnye nyanyi dangdut & skrg ke pop..baru la bole laku mcm anuar zain…yg bole jd penyanyi/pelapis hafiz, bukan nk jd DJ/pengacara. Pepon AF kali ni yg btol2 ada quality & tak malu klau nk nyanyi kat APM = Ewal, Nuha, Firman. Sorry Adel…sore mcm u dah berlambak kat pasaran & stereo type adira, marsha, stacy. Ewal mmg best & Nuha, unik & berbakat walaupon dia klakar sket. Satu lagi komen, juri juara tuh si stacy yg pekak & poyo lebih…kalau firman & adel nyanyi bagi markah 68% ke atas. Yg lain..65% kebawah, walaupon bagus. Alahh..stakat verangan kekonon mcm Agnes Mo…kena bli cermin byk2…at least Agnes Mo dh penah nyanyi kat MTV Awards & skrg kat US. Ko…stakat asik2 lagu mcm tu, joget mcm tu je la, bosan dowh…Final AF = Nuha, Ewal & Firman..

    0

    0
  16. […] anda masih ingat, pada konsert minggu ke 6, ramai yang mahukan Nina terkeluar. Namun nampak gayanya para peminat Nina di AF2014 tidak hanya lantang mempertahankan pelajar […]

    0

    0
  17. coo says:

    Benci aku tengok AF.apa faedah dia ahh.sya nak sumpah je AF ni.astagfirullah…

    0

    0