Written by Bella | July 1st, 2015

Drama Isteri Luar Biasa lakonan Fathia Latiff dan Shukri Yahya telah pun melabuhkan tirainya semalam dan mendapat sambutan yang agak baik meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan beberapa pihak menyifatkan drama tersebut tidak bermoral.

Berbicara mengenai kontroversi itu, penerbit drama Dia Isteri Luar biasa Zeila Jalil telah tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang adengan adegan  romantis berlebihan pada drama tersebut sehingga ia dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.

Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.Bukan senang… Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang.

Penjelasan itu diberikan oleh Ziela apabila beliau diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai surat terbuka oleh seseorang yang dikenali sebagai Hazal Din kepada dirinya yang mengkritik drama itu memaparkan adegan mesra secara berlebih-lebihan diantara Fathia dan Shukri sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama anak-anak.

Malah, individu berkenaan juga berpendapat bahawa drama tersebut boleh merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan boleh mengundang kekeliruan antara ajaran yang sebenar dan drama yang dipaparkan sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri yang sah diluar drama.

Walaubagaimanapun, pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures itu berpendapat pihak penerbit tidak harus dipersalahkan jika ada kanak-kanak mahupun remaja rosak akhlak kerana ia tidak ada kena mengena dengan drama Dia Isteri Luar Biasa.

Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain. Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.

Isu begini agak subjektif sebenarnya kerana ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak anak mereka dan sekiranya ia dibentuk dengan baik pasti mereka tidak akan terpesong jika dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

38 responses to Ziela Jalil Mohon Maaf Jika Drama Dia Isteri Luar Biasa Dianggap Terpesong

  1. burn says:

    iam d 1st hihi

    0

    0
    • Anonymous says:

      Saya menyarankan agar pihak2 atasan yg berada di Kementerian Penerangan, RTM, Astro, TV3 dan NTV 7 agar segera “gam” dan memboikot kemunculan Azwan Ali didalam mana2 rancangan hiburan kerana dia secara tanpa berselindung menyalahgunakan Twitter nya dengan membuat “hate speech” dan “harassment” terhadap bangsa2 Melayu dengan mengeluar kata2 hina, nista, caci dan kesat. Dia ni sudah melampaui batas dan seharusnya dikenakan tindakan. Harap ambil perhatian. Kalau dia berkerja, nescaya sudah lama dia diberhentikan oleh majikannya. Sangat memalu dan meloyakkan!

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    bagus ziela jalil menerima kritikan yg terbuka…lagi pun betul jugak bukan drama ni jer yg peluk2 sakan,drama yg lain pun ada jugak!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dah abis tayang baru nk terima kritikan..sebelum ni suh org tukar channel..aptb

      0

      0
  3. along says:

    hmmm.. bknlah nk kata, tp ada ke patut adegan fathia dgn shukri duk tgh berpelukan berpegang tgn bukan muhrim, tp memaparkan si suami mengajar isterinya berselawat berzikir Laillahaillah, Subhanallah dan sebagainya, disebut ketika mereka tgh berpelukan dan berpegangan tgn.. Astagfirullahalazhim.. pengarah, penulis skrip, pelakon sama2 subahat biadap dgn Allah, takde langsung rasa hormat dgn kalimah2 Allah.. Kita yg tgk pula seriau kot2 pelakon disambar petir waktu buat mcm tu.. Nauzubillah.. Tuhan dah beri rezeki kaya raya smpai mampu jd penerbit drama, mohon jgn biadap lagi..

    0

    0
    • Roti_Cecah_Kopi says:

      tu la .. ada komplain tu bukan sebab tak suka jalan cerita ni tapi sebab cara adaptasi ke lakonan tu yang diorang nak luahkan .. salah satu yg ni la .. berzikir sambil berpelukan bkn muhrim .. kita penonton ada akal .. berfikir .. dan suarakan .. bkn sebab nak menjatuhkan .. saya rasa tak .. memperbetulkan sesama kita .. salah ker .. sedih bila tengok ramai yang mempertahankan babak2 mcm tu .. marah pada yang berkata benar .. ‘sekadar lakonan’ bkn penyelesaiannya .. kalu yang mempertikaikan tu bkn muslim saya tak kisah sangat .. apa2 pun saya peminat karya2 Pena Creative .. yang baik kita war2kan .. yang buruk kita perbaikikan .. Luv u so much Kak Zeila ..

      0

      0
    • beary says:

      betul tu mse tgk adegan tu pn dh rse cm lain mcm…sbb mmg x kena langsung dok ajar berselawat and berzikir tp tgh peluk2..aku y tgk ngan adik laki pn berkerut je..x patot langsung adegan tu ada..rse mcm marah pulak tgk..belakon pn xyh la nk mesra sgt…xphm diorng xde rse bersalah ke..x rse mcm janggal berzikir tp berpeluk2..

      0

      0
    • Mira says:

      Ye betul. Aku jugak nak suarakan benda yang sama. Sangat takut bila syukri peluk fathia masa tengah petir dengan sebut ayat2 Allah. Pelakon jugak kena menilai sesuatu arahan tu sebelum melakonkan babak tu. Itu pentingnya belajar agama dari kecil. Sungguh, yang haram itu tetap haram.

      0

      0
  4. Istrikubiasabiasaje says:

    Tak payah mints maaf ziela…idea tu dtg sendiri..buat apa nak minta maaf….terpulang para individu untuk menilai drama ni…kalau tak suka…tukar channel…tgk rancangan memasak…okbai…minyak naik pasal divaAA melalak je

    0

    0
  5. Iman kuat says:

    Rentikanlah mintak2 mahap ni. Tudung tu bg labuh jgn tonjol tetes becar n bersara kuar tibi. Semayang taubat mintak ampun dosa dr tuhan. Bukan dr pengkritik. Maafmu ku x terima

    0

    0
  6. bellazai says:

    setuju..saya bukanlah bagus sgt, saya bukan ustajah jadian tp saya geram tgok adegan mcm tu..mcm tak hormat..suami ajar bini bselawat bzikir tp dalam keadaan yg sangat maksiat,kurang ajar sgt..saya lagi suka drama Teman Lelaki Upahan, sbb kyra dan el bukan pasangan suami isteri, so mereka jaga batasan walupun ada pegang2 tp el pnah pesan kyra jgn pegang2 sbb tak boleh. Lagi sweet tgok sbb mesej dia sampai…daripada drama yg memaparkan kisah suami isteri tp bnyk adegan peluk2 intim, walhal berlakon je.. konon nak nampak real n nak mesej hubungan suami ister tu sampai….penonton bukan bodoh sgt…penonton pun tahu dorang tu berlakon n batas2 agama kena jaga..kitorang tak demand la pelakon2 kena bepeluk untuk mnampakkan watak laki bini tu real…sakit ati tgok adalah…

    0

    0
  7. aku says:

    ok kak.. next time buat cerita..xyah la buat adegan peluk2 (bukan mahram) tu.. bukan x jd cerita pun nnti..kalau cerita yg bgs..org suka je…peace!

    0

    0
  8. Mulut AA xde insuran says:

    Ado yo jwapan ko kn??ko je lh btul…
    Msia ni aku tgk baik pilem,drama ko ,drama brsiri tjuk mosti ado cinto.pastu jln cito samo..mmg dh ku agk ending dia cmtu.nk suh pompuan byk borangan cr lki prefect yg mmg sdia mklum kt msia jntan2 sumo hmpeh dan gay.kamon la…idea must bgger than yur brain.thinkkk

    0

    0
  9. hijrah itu satu kebaikan.. berubah ke arah yg baik…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    yang untung pelakon, dapat ringan2 kan fathia n shukri..

    0

    0
  11. bellazai says:

    sbb tu novel yg mngisahkan suami isteri cuma baguus jd novel saja..kalu org baca and imejin artis bkn mhram sbgai watak dlm imajinasi kita pun takpe…tp kalu dh didramakan, nk kasi real si pengarah pun alpa…watak suami isteri berpeluk2, part suami dh bagus sgt ajar isteri berselawat bagai tp dalam keadaan berpeluk?aku ni bukan bagus sgt bab agama tp bila tgok adegan mcm tu aku sakit ati….mcm kurang ajar n tak hormat agama pulak…kalu baca dlm novel mmg bagus sgt n banyak pngajaran si suami memimpin suami, tp bila tgok dalam drama, yg pgg watak suami isteri tu bukan mahram.penonton bukan bodoh..eh aku tak demand lah watak suami isteri pelakon kena berpeluk2…sbgai pnonton aku suka drama yg jalan crita bagus…lagi bagus crita teman lelaki upahan, dimana watak hero heroin dipaparkan sbgai kekasih sahaja. mmg ada sdikit pegang2, tp el pnah pesan kat kyra supaya jgn pegang2 sbb tak boleh.. bagi saya msg dia sampai kot..daripada msg yg cuba disampaikan dlm drama DILB bila suami peluk isteri ajar berselawat…pdhl penonton smua tahu itu lakonan, jd mreka bkn mahram,,,penonton tak hadap lah nak tengok adegan pasangan suami isteri yg real, tp dilakonkan oleh pasangan bkn mhrm…bkn drama ni je drama lain pun…konon nk nmpak sweet, tp bila tgok sakit ati…take note ye pengarah2 Malaysia

    0

    0
  12. Che Tah says:

    Suara Shukri tu jantan kot!! meleleh dgr lagu “Tak Pernah’ tu…ada bakat terendam…suke!

    0

    0
  13. unknown says:

    kenapa perlu dibandingkan dengan drama lain @ sebab musabab lain? kenapa tidak dijadikan pencetus & pembikin drama/filem yang mengambil kira hukum hakam? dengan harapan menjadi ikutan kepada penerbit, pengarah lain.. U r d rite person, ziela.. yakinlah

    0

    0
  14. bungarosmerah says:

    Drama ni ok best..tp seriously adegan ajar wife berzikir sambil dok baring kat dada tu sgtla memalukan (sbb bkn suami isteri sbnr)pelakon pengarah xde prasaan malu ke…memuji kebesaran Dia sambil melakonkan adegan mcmtu..maaf pn zila jalil..anda tlh persendakan ajaran islam.kami terkilan

    0

    0
  15. +Negative says:

    Best drama ni. Tak kisah la apa org cakap. Yg penting ada iktktibar positif. Yang negatif2, tolak tepi.

    0

    0
  16. unknown says:

    kenapa perlu compare dgn perkara lain @ sebab musabab lain? sampai bila nak compare? kenapa x menjadi pencetus kepada drama @ filem yg menitik beratkan hukum hakam? dgn latar belakang u, u r d rite person ziela.. yakinlah, lebih ramai yg akan minat drama u..

    0

    0
  17. BEST says:

    tak kesah nk cakap ape..yg penting aku suka..best sgt..fathia sepadan ngan shukri

    0

    0
  18. NKD88 says:

    Yg penting Shukri & Fathia serasiiiii. Melting kot tgk diaorggggg!! :)

    0

    0
  19. Weng Weng says:

    KPPIDUP DONGIBAB DEBAB….

    0

    0
  20. jiji says:

    kalau tak pegang tak laku ek drama….jahil nor jer…byk lagi cara lakonan yg leh Nampak kemesraan ..mmg la byk lagi drama lain sama…bila bagi teguran..asyik nak samakan ngan org lain…”kenapa kakak buat mcam tu?…ala adik pun buat jugak…cliché sgt!!

    0

    0
  21. Rahsia says:

    Alahai. Mmgla dosa peluk bagai tp nak kecoh ape bkn drama ni je kot. Byk lagi. Semua rasanya. Plus br tgk ringgit karsoga, crita lama jgn tekejut, lg daring pls! Peluk angkat open bukak seluar baju mcm xde hal je xkecoh pun. Dosa tu dah mmg tp bkn drama ni, the industri itself terang2 byk negative dr positive. Ngeng. Ape dah peminat kecoh! Kecoh2 tgk tenganga jgk ????
    -peace no war ????-

    0

    0
  22. Kak Kina says:

    Pepagi ni teringin nk makan SATAY Lembu jah oi !!!
    Air Bandung Pink kaler .
    Mmmmmmm.,
    Ahhhhhhhhh
    Awwwwwwww
    Oooohhh
    Makkkkkkk tercocok lidi ni

    0

    0
  23. semah says:

    mami ziela kan dah gi umrah berbelas kali… takkan tak paham2 batas aurat sesama muslim…
    len kali buat drama amek sorang ustaz dok kat set bagi garis panduan tatacara yg betul
    ni macam panggil kiamat datang jek….

    0

    0
  24. FB says:

    Ramai pelakon2 wanita yang mengambil keputusan berhijab sudah mula meletakkan batasan utk tidak bersentuhan dengan pelakon lelaki bukan muhrim. As penerbit yang berhijab, Ziela sepatutnya lebih peka dengan substance dalam sesebuah cerita. Pengarah kene kreatif utk menghasilkan karya yang bermutu dan sampai ceritanya tanpa perlu adegan sentuhan yg over2 ni. Jangan semata-mata drama lain buat yg tak betul, kita jadikan sebagai lesen utk buat juga perkara yang sama. Kenapa tak tiru drama lain yang mengikut batasan dan tatacara Islam sebagai benchmark?

    Kanak2 belajar dalam apa jugak cara menggunakan pancaindera mereka, penglihatan, pendengaran, etc. Dan selalu kita dengar kes budak2 tiru aksi dan skrip kartun2 yang mereka tonton. Maka tak ada sebab kenapa cerita2 macam ni tak boleh memberikan impak kepada mereka juga. So somehow, penerbit dan pengarah filem juga bertanggungjawab kepada content drama, cara penyampaian dan mesej yang ingin disampaikan. Kenapa kita tak bagi anak2 menonton filem lucah? kerana taknak diorg tiru dan terikut2. Sama jugak la kesnya dengan lambakan drama2 yang mcm ni. Dan kita taknak generasi muda mudah terikut2 dengan cara hidup sosial selalu disuapkan di dalam drama2 kita.

    0

    0
  25. poh bedah says:

    hakikat nye drama melayu dah ikut stail mat saleh… tolong lah semua pengarah2 drama sekalian hentikan drama2 aksi bersentuh bukan muhrim. ckp sy hya melakon kan shj xde kene mengena smua tu tdk diterima islam. kalo mcm tu org yg ditangkap berkalwat bole bg alasan “ooo saya hanya berlakon sahaja” bolehke mcm tu. Kalo Islam buat lah cara islam…ermm ntah la dunia. .

    0

    0
  26. reader says:

    Merepeklah sesetengah pengarah drama. nak brlakon peluk2 atas alasan mak peluk anak. Kalau haram tetap haram.bukannya darurat. Susah sgt ke nak faham konsep ni. Selalu je org bagi alasan utk berlakon. Tapi tak kira halal haram. lepas tu suruh mak bapak bimbing anak supaya tak trpengaruh. entah apa tah. Meluatlah.

    0

    0
  27. kuntum mawar says:

    ala rasanya semua cter melayu skg terpesong.adegan2 pegang tgn pon dah terpesong kan.bukan dy ni je yg kena marah patotnya.

    0

    0
  28. Meero says:

    Sy tidak faham, mengapa Ziela Jalil shj dicemuh. Sy tidak mahu menyentuh soal hukum. Kerana jika sentuh pasal hukum, tidak ada yg separuh separuh, yg haram tetap haram. Komen sy drama ini cuba menyampai realiti sebenar. Ianya telah berjaya ditunjukkan dengan gandingan pelakon pelakon yg hebat. Bg sy drama yg tak menunjukkan realiti sebenar adalah mengambil pelakon yg berhijab dan pelakon ini berhijab sepanjang siri, walaupun berlakon sebagai suami isteri tapi bila bab berpegang tangan dan berpeluk boleh pulak. Rasanya ini lagi mengelirukan orang. Drama adalah satu cara penyampaian kepada cerita sebenar dan sebaik mungkin cuba disampaikan sama seperti cerita sebenar. Adegan yg hangat diperkatakan juga ada dlm drama drama sebelum ini dan yg terkini.

    0

    0