Written by AbangNara | June 8th, 2015

Sambutan yang diterima oleh drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 amatlah memberangsangkan. Hampir setiap petang, episod DILB menjadi perbualan ramai di media sosial sehingga trending. Namun DILB turut sama mendapat kritikan. Ada yang menganggap ia sebuah drama yang tidak bermoral. Malah ada juga mengkritik kerana DILB memaparkan aksi bersentuhan melampau antara pelakon utamanya iaitu Nur Fathia dan Shukri Yahya.
dia isteri luar biasaAntara kritikan lain ialah pada awal cerita Dewi Yusra (Nur Fathia) menyimpan niat untuk melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji dan tanpa bernikah. Sudah tentu ia bercanggah dengan apa yang diajar oleh agama kita. Selaku penerbit, Ziela Jalil menjawab kritikan dan kecaman yang diterima oleh DILB. Kata Ziela:-

Apa yang digambarkan mengenai watak Dewi Yusra mahu mempunyai anak menerusi kaedah tabung uji hanya niat hati. Dalam Islam pun kalau kita ada niat buruk tetapi tidak melaksanakan bisik hati itu, Allah tidak akan menjatuhkan hukum yang kita berdosa, sebaliknya kalau kita memasang niat hati yang baik akan diberikan ganjaran pahala. Kalau kita lihat kembali watak Dewi Yusra, dia hanya pasang niat tetapi sekarang sudah bernikah dengan Dr Raden Amzar lakonan Shukri.

Pihak penyiar iaitu TV3 juga peka mengenai perkara itu (aksi sentuhan keterlaluan) dan suntingan turut dibuat sekiranya ada babak yang dipaparkan dirasakan keterlaluan. Saya faham sebagai pengarah, babak-babak itu diwujudkan untuk menunjukkan kehidupan berumah tangga di antara Dewi dan Amzar agak nampak realistik. Lebih-lebih lagi bababk Amzar berusaha mengubah Dewi yang trauma dengan lelaki gara-gara pengalaman pahit ketika kecil.

Cuma apa yang saya ingin katakan kepada penonton, lihatlah drama ini sehingga episod akhir dan barulah komen. Sekiranya ada komen atau rasa tidak puas hati selepas itu datanglah kepada saya dan berikan maklumbalas. Segala komen itu boleh digunakan untuk memperbaiki corak persembahan dalam drama terbitan Pena Creative berikutnya.

ziela jalil

Secara jujur, kalau boleh dikurangkan babak bersentuhan sudah tentu drama itu akan tampak lebih ‘manis’ di mata kita. Banyak caranya untuk menunjukkan sisi romantis pasangan suami isteri di dalam drama. Namun seperti yang dikatakan oleh Ziela Jalil, selepas ini segala feedback dan komen akan digunakan untuk memperbaiki drama terbitan syarikatnya. Semoga akan ada perubahan di masa hadapan. Buat masa ini, sama-samalah kita enjoy drama Dia Isteri Luar Biasa ini. Sumber Metro Ahad.

iklan beautifulnara

P.S: Ada produk sempena Ramadhan tetapi tak tahu macam mana nak pasarkan? Jangan risau jangan bimbang. Hantar je email ke [email protected] dan kami akan berikan pakej pengiklanan terbaik buat anda. Pasti anda tersenyum bila produk anda laku keras. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

73 responses to Ziela Jalil Jawab Kritikan Terhadap Drama Dia Isteri Luar Biasa

  1. minah jambu terlajak habis says:

    ye ke ?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Buat la drama yg realistik sikit. Contohnya mcm drama lakaran takdir ahad lepas. Mmg wujud pn situasi tu di alam nyata.

      0

      0
      • aku says:

        cerita best mmg best..tp lama2 tgk..bosan weh tgk bini derhaka kat laki mcm tu..n laki mcm bodoo je…ehh..ade lg ke laki yg mcm tu..realiti skrg..kalau bini mcm tu..mmg kena tinggal la..sdgkan dpt bini baik pun..laki cari perempuan lain..lagikan la bini kurang ajar mcm tu..haihhh

        0

        0
        • siti nurhikmah says:

          dah try buat kat suami I, klau merajuk mmg dia akan pujuk. tp smpai 3 kali pujuk je.. klau I buat mcm si dewi or yuhanis tu jagak tak makan2 pujuk mmg dia buat dek jer lah..last2 pujuk diri sendiri la.. larat ke nak merajuk tiap2 hari? Diri sendiri pun nyampah inikan pulak suami..

          0

          0
      • Mimi says:

        Lukisan Takdir :P

        0

        0
    • abang yang tak bangang says:

      ziela jalil si nenek gersang. teringat gambar die yang pulun pegang lengan keith foo erat sampai bergesel ngan tetek loyot die.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Perlu ke nk mencerita kan aib orang..jangan sampai aib sndri Allah buka..nk komen jgn ikut nafsu..kelak merangkak dipadang masyar cari org yg kamu umpat untuk minta maaf…nauzubillah

        0

        0
        • Anonymous says:

          Bodonya komen ni. Kalau die sendiri tunjuk aib tu dia sendiri yg buka. Bukannya org lain yg cerita. Abg yg tak bangang cuma bgtau kebodohan die yg dibuka sendiri.

          0

          0
    • Anonymous says:

      TLU the best

      0

      0
    • mika says:

      dah dah la tu buat drama adaptasi novel cinta yang tak masuk akal. mana la budak budak sekarang ni tak sibuk relationship goals mengarut sana sini pfft.

      0

      0
  2. NSS says:

    Emm…papepun asam pedas untuk dia juga yg best. Tak byk sentuh2..tp lakonan meninggalkan kesan wpun sekadar dialog yg cukup romantis…

    0

    0
  3. mojo says:

    Udah2le drama kemaruk betina,kemaruk jantan.kemaruk celah kangkang.samph!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tak berapa sukelah drama drama terbitan pena creatives, asyek jalan cerita yang hampir sama sahaja, dan untuk watak seorang ibu, harus ke puan ziela belakon di setiap drama terbitannya,tak bise ke pasang pelakon laen, biar nampak berlaenan

    0

    0
    • Q says:

      Pastu hero heroin yang samaaaaa jer… Bohsan!!! Aku tak tgk lgsg drama2 dia ni.. Kalau erma fatima nye drama @ film best.

      0

      0
  5. Hiiii says:

    Busok betul kak Ziela jalil nih..

    0

    0
  6. DILB says:

    Cerita ni lbih okeyh dari crita hati perempuan. Xsuka yuhanis tu, dlm sehari tak sah merajuk. Setiap hari merajuk. Ramai family sy x suka crita tu. Sama saja jln crita. Husband yuhanis baik je dgn yuhanis tp yuhanis selalu merajuk. Not perfect

    0

    0
  7. fuiyoo says:

    Hari ni punye episod dewi wat perangai!boleh dia tepis2 tangan raden,tengking raden.boleh plak raden tu senyummmm je.uuuissyhh bertuahla kt alam realiti dapat hasben sabar lagu tu. mau makan pelempang balik.jgn jadikn alasan pregnen korang nk derhaka.aku tgk sebab aku suka si syukri je.

    0

    0
    • lola says:

      Kalo dunia nyata ikut perangai perempuan dlm drama tv3 nescaya kamu akan terima nasib masuk mahkamah lebam2 le satu badan kena debik. Jgn nk cabar ego suami. Org kalo pregnant lg jaga akhlak.

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Cuba tanya pendapat Aiman Hakim tentang lakonan Fathia dalam drama ni ?
    Walaupun teman lelaki, ada tak perasaan marah atau maruah tercabar melihat aksi mesra tersebut…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ek eleh…ko mesti x tgk isteri separuh masa kan?lagi lunyai emma kembong dikerjakan aiman…stakat fatiya ngan syukri masih category biasa2 lah dei!!

      0

      0
  9. salwa says:

    isteri luar biase la konon tp aku tgok mcm x pun… tajuk sungguh xkene ngan jln cerita… isteri tu duk asyik melukakan hati suami jer..

    0

    0
  10. azrams says:

    disebabkan banyak sgt komen2 di dalam beautifulnara nie, jadi tertarik plak menonton citer nie wapun x pernah tgk sblm nie. Apa yang boleh diperktakan amat sedih biler melihat seorang isteri yang menengking n memrahi suaminya sesuka hati sedangkan si suami sgt la baik melayannya. bab bersentuhan plak, citer Aku Isterinya pun tiada sentuhan tp kemesraan antara pasangan suami isteri tu dapat dilihat. lagi satu rasangan gandingan hero n heroin tak sesuai sbb fathia nmpk terlalu matured dalam citer nie.

    0

    0
  11. +Negative says:

    Hmmm…kata la apapun. Ramai sungguh la tukang hakim kat sini ni. Tak suka, jgn tengok. Kalau benci, jangan tengok. Start jam 7 je, tukar la channel lain. Jangan gatal2 tekan punat 103 remote tu. Apa2 la korang, yg penting nak tengok sampai akhir citer ni. Tengok apa pengajaran yg blh dapat. Blh juga dijadikan pedoman diri. Kekurangan dan dosa diri. Panduan utk merubah diri ke arah yg lebih baik. Daripada asyik2 kutuk, meroyan jadi keyboard warrior tapi munafik. K bye!

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      klau nk cakap pasal dosa semua orang ada dosa..so kalau tangok drama kt TV3 tu mendatangkn dosa ha jangan tengok !! jangan tengok TV langsong tangok semingu sekali tiap2 hari jumaat sholat jumaat n khutbah jumaat..sekian terima khaseh thank u..

      0

      0
  12. Layan je la says:

    cite istri luar biasa…ap y luar biasanya..luar biasa sb suka menegking suami…suaminya punya la baik..rasa mcm d perbodohkan je laki dia tu…memg la kna tengok smpi abis cite ni baru leh komen…klau dh permulaan nya pn dh mcm ni..mane orang lain x bising..citenya leh kurang sama jer…marah2 ngan suami..x bagi suami tido sama..suami d buat mcm org bodoh..tpi ok skt la cite ni berbanding nga cite hati pompuan tu..tpi aku ttp suka cite teman lelaki upahan..klau la d alam realiti ad suami y mcm tu..aduhaiii bagusnya..tpi ad ke????????

    0

    0
  13. macammacam says:

    ah drama tibi tige nie same je semua..bosan rrr..laki da baik mcm tu layan mcm sampah…..x kenan sungguh laa…x de ke cite2 @ drama2 yg membina sikit???? kemon laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    bosan…lukisan takdir jgk yg best!
    beto khusyairi punya lakonan mmg mantop!

    0

    0
  15. Miss ungu violet says:

    dulu masa drama suami ku encik sotong pun kene bash, pengarah sibuk pertahankan suruh tgk dulu sampai episod akhir utk dpt tgk sendiri pengajaran n moral yg nak disampaikan.last2 tak de pun.menipu je..ni pun sama..pengajaran mesti happy ending n sweet2..tau dah..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Suamiku encik sotong tu mmg betui sampah aku rasa…ada ke isteri berzina ngan jantan lain…pastu lahir anak luar nikah.

      0

      0
  16. nora says:

    I suka semua drama terbitan Ziela Jalil… meletop semua. Siapa tak suka bole tukar siaran lain… byk lagi saluran Tv1, tv2, tv9 etc… last sekali tutup aje TV… Kita selalu sokong Drama Melayu…. siapa lagi nak sokong kalau bukan orang Melayu… ni tak asyik nak kutuk aje… mcm mana Melayu nak maju…Kak Ziela i support you all the way. dont bother what other ppl say…

    0

    0
    • Nunu says:

      Yeahhh..Mari sokong drama melayu yg byk sangaaattttt peluk2 ni…

      0

      0
    • mmb says:

      mmg la orang melayu je sokong darama melayu sebab org melayu je suka drama2 bodoh ni. so melayu ni, bodohlahhhh sampai ke mati….

      0

      0
    • ali says:

      mcm mana nak buat melayu maju??? ape cara drastik supaya melayu boleh maju???? bukan melayu je… satu malaysia akak uiiii…. dengan moral orang melayu yg rosak merata-rata tempat dengan cinta sebelum kawin sebab nk keindahan keindahan jee….. But you should think that Allah really hate when His laws were played by humans who are Muslim..

      0

      0
  17. classywoman says:

    Pengarah, tiada rasa bersalah ke menyuruh dan melihat maksiat di depan mata kamu? Menayang aurat artis perempuan, di suruh plak berpegang tangan. Aksi di ranjang seperti perkara wajib di dalam dramamu. Astaghfirullah.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Org bukan artis x de dedah aurat ke?x de buat maksiat ke?pendek betul akal ko ni

      0

      0
      • classywoman says:

        Saya tujukan kepada Pengarah ye. Bukan individu.

        0

        0
      • melayu mmg bodoh says:

        tgk la konteks dia cakap pasal apa anon hoi….tu la dulu cikgu ajar pasal communication ko monteng lepak kompleks jadi bohjan bohsia. simple konteks of discussion pun x faham. bangang!

        0

        0
  18. jemah says:

    jemah xlayan pun..bosan tahap cipan.smpai tertido tido jemah tgk. nasib xterlepas maghrib. alih2 jemah tgk ultraman ngan anak2…even ultraman ni mengarut n xleh trima dek akal at least xde la jemah ngantuk. lagi satu..jemah suka my kitchen rules..rancangan realiti pertandingan masakan. boleh gak belajar resepi baru untuk laki jemah. dari layan cite2 tv3 di alam fantasi ni…baik jemah xlayan awal2. sbb endingnya tetap happy ending. uwaaaaa…oppss!!!termenguap plak.sorry hajjah ziela.

    0

    0
  19. lynn says:

    Memang la isteri luar biasa.. Luar biasa biadabnya

    0

    0
  20. zabedah zabit says:

    setakat ini, drama yang best adalah teman lelaki upahan.

    contoh , kyra tak suka bapak dia, tapi takdelah sampai tengking bapak dia, just slow je. olahan yang baik.dari awal..sampai habis..

    0

    0
    • bellazai says:

      yup suka crita TLU.. watak kyra sgt matang, even ada kurg ajar dgn bapak dia, tp takla smpai menengking, kdg2 bapak dia ckp dia dgr jugak, jwb “ye datuk…nak apa lagi datuk, boleh tak jgn kacau I” suka sgt watak kyra.mmg pilihan yg tepat sgt ambik ejad.. walupun tgok awal2 mcm kurang sesuai je gandingan.tp dr episod pertama trus lekat tak miss.. takla sakit hati memanjang tgok cite tu.. and watak hero pun sgt real.. takla perfecttttto je all the time tak reti marah, penyabar…please la ada lagi ke lelaki mcm dr raden, and suami yuhanis tu(tak igt nama)…laki aku, kalu aku merajuk sbb benda remeh, dia pujuk 3,4 kali je.kalu tak jalan, dia buat dek je lah.realiti rumah tangga..tapi alhamdulillah bahagia jugak. drama yg tak realistik mcm DILB and HP mcm dh tak masuk lam jiwa penonton dah…watak isteri yg ego tinggi melebihi suami..logik kah??tgok kat fb, insta, kaum isteri je yg lebih2 upload gambar sweet2.yg lelaki sweet time kapel je..hahaha..come on pengarah,,cari drama yg lebih dekat dgn jiwa penonton and realiti kehidupan k

      0

      0
  21. yaya says:

    baru semalam tertengok.sebab terbalik kerja awal.kalu bese memang x tengokla drama2 syaitan nirojim ceni.1st time tengok perasaan aku “ni cite laki kene nasi kangkang ke?”

    0

    0
  22. lia says:

    Aku ada baca novel ni..mmg best..tp bila tgok drama mcm krg skt sebab penonton xfhm apa sebenarnya yg berlaku…

    0

    0
  23. mak jemah says:

    artis wanita yang bertudung harap elakkan adegan berlakon atas katil dan berpeluk..contoh emma maembong dlm drama isteri separuh masa bertdg tp berpeluk dgn aiman hakim..kurang manis..baik tak pyh bertdg

    0

    0
    • cik tata says:

      akak setuju. akak yang tengok pun malu….adoi…janganlah sebab nak penuhi tuntutan kerja sampai pinggirkan agama. Memang kena peluk ke baru nk feeling? Memang kena tido skali satu katil ke nak menunjukkan babak suami isteri. Memasak sekali, mengemas rumah sekali atau shopping groceries skali pun boleh represent karakter suami isteri. Sedih, agama dipinggirkan demi tuntutan kerja.

      0

      0
  24. lia says:

    Aku ada baca novel ni..mmg best..tp bila tgok drama mcm krg skt sebab penonton xfhm apa sebenarnya yg berlaku…seolah olah nmpak watak hero mcm dayus…tapi serious drama ni lg OK dr hati perempuan dan bila hati berbicara…
    jap nk cita actually hero yg rancang tangkap khalwat tu (org upahan je)

    0

    0
    • Anonymous says:

      aah.actualy dlm buku lagi best sbb lagi paham…xde la nampak perempuan ni kerja die marah2 laki die jer..n laki die dayus..mmg laki tu watak die seorg yg baik n penyabar.. n dewi tu bukan la teruk sgt mcm dlm drama..tp sbb nak buat sebijik2 mcm novel mmg beratus la episode pulak nanti…rasanye cerita ni ok jer kalo baca novel die..xde la nk krtikik ape pon…

      0

      0
  25. unknown says:

    dewi yusra sangat sangat kurang ajar !!

    0

    0
  26. kak jemah says:

    APA MASALAH KORANG NI? DAH TAHU TAK SUKA, TAK LOGIK TAPI DOK TENGOK JUGAK NGAPE??? NAMPAK SANGAT YANG KUTUK NI BUSUK HATI! TAK SUKA TAK PAYAH MELANGOK DEPAN TV TENGOK APA JADI UNTUK EPISOD SETERUSNYA.

    0

    0
  27. mawar says:

    korang ni puun…setakat drama jer ni…bukan kisah betul2…apa raaaaa

    0

    0
  28. eni says:

    watak elizad @ kak long mcm over pulak..ckp dgn mak nye pon tinggi2 suara…x betol tu kak ziela

    0

    0
  29. Anonymous says:

    drama2 sampah cmni menjatuhkan maruah kaum perempuan jer… x snggup nak tgk smpai cite hbis. then pehal nak tggu cite hbis bru dtg pekdahnyer????? nak suh owg tgk konon2 rating tggi???? sudah2lah tue…. wat malu kaum prempuan jela..tonjolkan perangai2 yg x semenggah tue.

    0

    0
  30. Dewi yusra says:

    Ai dh baca novel ni, and honestly mmg best…and lakonan shukri n fatiya to me mmg terbaik…cuma yg menyakitkan hati byk sgt scene2 yg di potong,cerita nmpk tergantung n lompat2,ttiba je dh masuk babak lain….kalau tv3 nk kata x sesuai utk tontonan umum,kenapa selama ni byk je drama2 yg disiarkan bersentuhan x de plak dipotong!!!so mmg kesian lah yg manax baca novel x kan faham kenapa yusra jadi mcm tu & sebaliknya..yg ai masih x leh nak hadamnya,pengkritik yg duk kata cerita ni x de moral,ai nk tnya lah..sejak bila drama2 yg di tayangkan ada moral? N sejak bila masyarakat sgt prihatin psl moral?x sangka masih wujud sikap rakyat bermoral di kalangan kita ek..kalau nk cerita bermoral layan jelah tanah kubur or siaran al hijrah je..x yah nk tgk drama,baru lah anda berada dlm kategory rakyat bermoral!!

    0

    0
  31. dewi yusra says:

    Ai dh baca novel ni,to me novel dia best..n lakonan shukri mahupun fatiya mmg terbaik..cuma menyakitkan hati tv3 byk sgt cut sampai jln cerita nmpk tergantung n x sampai pd penonton especially yg x baca the novel..sbb tu dia org x paham watak dewi yusra & dr raden tu mcm mana…ai kesian dgn pengkritik yg kata drama ni x bermoral,heiii sejak bila penonton malaysia kesah hal moral2 ni??kalau nk cerita yg bermoral tgk lah tanah kubur or al hijrah je…x yah nk layan2 drama ni,x sangka masih wujud masyarakat yg bermoral dikalangan kita..sampai tgk drama pun nk yg suci2 je..

    0

    0
  32. sayang says:

    Puteri bukan nama sebenar jgk yg best.. lakonan syarul ridzwan dgn kak christina suzanne mmg sempoi..huhuhu..

    0

    0
  33. sahabatpena28 says:

    pengarah skrg smua dah kering idea… drama melayu semu bosan… bbdk yg br nk mbesar dhidangkan dgn cerita yg x bmoral dan xde quality… mlambangakn mentaliti generasi akan dtg… rindu nk tgk drama yg lbh realistik dan touching mcm dl… lebih dekat dgn realiti hdp.. KECEWA DENGAN PENGARAH DRAMA MALAYSIA SKRG..ZERO..

    0

    0
    • tomtombak says:

      Budak2 tgk astro ceria lah weh…pehal nk tgk cerita2 cengini…mmg x senonoh mak bapak kalau bagi anak2 tgk drama2 org kawin nih

      0

      0
  34. weng weng says:

    aq nak bagi komen last…citer ini memang banyak pengajaran terutama bagi generasi Y yg sezaman dengannye.. 1. deraan mental ketika kecil 2. benci lelaki kerana sikap bapanya 3. teringin dikasihi lelaki tetapi ego.. 4. berjaya dalam hidup kerana tekad..
    adengan dipegang2 oleh lelaki menggambarkan suasana sebenar..Aq bagi 5 bintang untuk drama ini. Tahniah Ziela Jalil

    0

    0
    • ping pong says:

      hang pikiaq la Allah nak tahniah kat pelakon2 dgn hang pasal drama tu ka?? jganla Allah tahniahkan dengan azab api neraka nanti….

      0

      0
  35. sama sama perbaiki diri says:

    akhirzaman

    0

    0
  36. mmb says:

    sorry la ziela jalil oi. nampaknya perkembangan fizikal u lebih kepada dada bukan otak. jgn nak menegakkan benang basah. nanti terserlah kebodohan u. walaupun u mmg bodoh.

    0

    0
  37. mojo says:

    Mak segala maksiat.acacah bertudung.drama semua kemaruk.

    0

    0
  38. oyz says:

    DILB OK je,hero n heroin lakonan kemas.sy suke.dekat mane yg teruk tu tk nmpk pulak.ada ke Dewi berkemban dlm tu???hahaha.tk suke lain kali jngn tngok..

    0

    0
  39. ALAHAI says:

    ASYIK CERITA CINTA JERRRR…. NAIK MELUAT TENGOK…. MEMANG DRAMA MELAYU CINTA SAMPAH BERTARAF 5 BINTANG…. DULU KINI SELAMANYA DRAMA MELAYU CINTA (KEBANYAKAN)…. KALAU BUKAN CINTA, SERAM PUN SAMA JERR MESEJ CERITA PUN SAMA, CUMA LAIN TAJUK DAN CARA DIA JERRR… YANG AKSI LAWAN2 PLAK… ADUHAI AKU TAK TAU NAK KATA APA… KALAU DAH RAKAM AKSI MAIN PEGANG SANA SINI… BAIK BUAT AKSI LUCAH TANPA SEURAT BENANG TERANG2 TERUS… (KALAU NAK BUAT AKSI PEGANG2 SANGAT KAN)

    0

    0