Written by AbangNara | February 7th, 2015

Ternyata undian para peminat Zero begitu hebat malam ini apabila kumpulan dari Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah Sepahtu. Jepp dan Shuib membawa pulang RM250,000 dan trofi. Di tempat ketiga ialah Nabil dengan RM125,000, Shiro di tempat keempat dengan RM50,000 dan Bocey di tempat kelima dengan RM15,000.
zero juara mlm2014 Secara jujur, persembahan kesemua peserta pada malam ini agak mengecewakan. Namun Zero berjaya memberikan aksi yang bukan sahaja mencuit hati tetapi menyentuh perasaan pada segmen muzikal. Ramai yang mengalirkan air mata mendengar nyanyian mereka yang mengingati pemergian ayah tercinta. Rata-rata persembahan yang lain berada di paras biasa-biasa sahaja malam ini. Mungkin tekanan.

sepahtu

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Anda telah menghiburkan kesemua penonton selama 13 minggu dengan lawak-lawak anda. Tahniah diucapkan kepada Zero. Daripada peserta ‘hot seat’, kini anda juara MLM2014. Siapa sangka? Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa diduga. Tahniah!!! Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini?

69 responses to Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014, Sepahtu Di Tempat Kedua

  1. Tahniah. Alhamdulillah buat pemenang. Bawa balik setengah juta tuuu

    0

    0
    • Semoga diberkati oleh Allah. Tahniah. Tahniah. Tahniah.

      0

      0
      • One Direction says:

        macam bodoh je maharaja lawak ni. Low class. Sorry lah, aku memang tak tengok reality show cap ayam macam ni. Patut lah tak boleh jual kat luar sana.

        0

        0
        • One Direction says:

          yang macam orang asli tu ker juara ?
          teruknyerrrrrrrrr, kenapa orang malaysia pendek sangat ?

          0

          0
        • Olga gampang says:

          Abis ko ingat ko tu bagus sangat ke?? Kalau x suka pegi main jauh2.
          Dasar Gen-Y …x pernah bersyukur dgn apa yg ada..

          0

          0
        • Adam Lambert says:

          0

          0
        • mely says:

          Alhamdulillah.. puas hati bila diumumkan juara adalah kumpulan ZERO..
          mereka mmg selayaknye dapat… Sekurang kurangnye duit tu mmg diberi kpd yang layak dan memerlukan.. nmpak usaha mereka untuk berjaya..

          0

          0
        • Melati says:

          sebab tu Tuhan bagi Rezeki ko sempit One Direction…org tu dpt 500k ko dpt aper??? entah2 makan pun ko harap org belanja..hahaha sian..

          0

          0
        • Kristal Biru says:

          Ni la masalah org yg ingat dia pandai sgt..

          0

          0
        • mojo says:

          Tak tengok reality show cap ayam?Tapi mana tahu macam bodoh je MLM nie?mengintai yea.ala,keluar je dari bilik tu,tak payahla,ngintai.

          0

          0
        • One Direction says:

          pehal ramai sangat yang sentap baca komen aku ?
          ikut suka hati aku lah nak komen apa pun !

          0

          0
        • kelolo says:

          One question though?

          Kalau dia tak tengok? Cemana dia tahu MLM ni lawak cap ayam? ten ten ten ten ten!!!!!!!

          #fikirfikirkan

          0

          0
        • azli says:

          ko bodoh..ko bangang…ko kuat tengok cd blue 2 yg ko jd bangang…

          0

          0
      • One Direction says:

        puiihh ! setakat dalam Malaysia boleh lah, kat luar ada ke yang kenal Zero ?
        tak paham kenapa malaysian suka tengok cerita sampah macam ni.

        0

        0
        • disgusted says:

          selera dan cita rasa kan berlainan….kalo class sangat x payah tengok…ini mesti favorite x menangkan? Rezeki beb. I am classy enough to watch this show even though you called it rubbish…..but the jokes are on us…..whether you realize it or not.

          0

          0
        • mentol71 says:

          ko ni mesti pondan kan kan kan

          0

          0
        • Kristal Biru says:

          x suke jgn tengok… jgn nk kutuk2…

          0

          0
        • mawar says:

          one direction kurang kasih sayang.k bye!

          0

          0
        • Mariam says:

          assalamualaikum.. tak kisahla orang luar kenal ke tak kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk membela nasib mereka dan keluarga.. Cerita sampah ini kadang-kadang membuat kita terhibur dan melupakan sekejap tekanan kehidupan seharian.. Sampah ini amat diperlukan walaupun hanya suku dari kehidupan..Saya percaya suatu hari nanti, anda akan menelan sampah ini.

          0

          0
        • One Direction says:

          pehal ramai sangat yang emo baca komen aku ?
          ikut suka hati aku lah nak komen apa pun !

          0

          0
        • malaysian says:

          To: one direction,

          yg sampah tu engko, sepatutnya ko support produk malaysia. sbb apa rancangan msia x maju sbb xde sokongan dr org msia!! semua dok sebok hikut2 gaya yahudi.
          org msia yg bodoh beli produk luar?
          ko g tgok tv indon ( sctv, rcti, tgi) ada cerita msia x?
          ko g tgok tv spore (suria or tv5) ada cerita msia x?
          apa sumbangan ko pd msia?? sampah?? klu xde pape x yah nak kutuk2 sgt la… klu x suka jgn follow.

          0

          0
    • Hmm. Nabil ? Ok….

      0

      0
    • amboi amboi says:

      tak silap la
      astro tak bayar cash 500k
      diorang bayar ansuran
      ada siapa yang cakap hari tu shuib sepahtu dlm program romantika

      0

      0
  2. Alhamdulillah. Tapi macam kurang jerr dengan nabill… Hmmmm

    0

    0
  3. Apa-apapun saya bangga dengan mereka yang berjaya. Rezeki nak kahwin kot.

    0

    0
  4. Zu Mohd says:

    cepat ye nara update

    0

    0
    • sepp says:

      mau x cepat…. sekarang dh mcm nk sunyi dh kat sini… sbb ramai dh pg ke blog lain…. dulu time ramai yg support… punya le lambat nk update…

      0

      0
  5. aina rashid says:

    tahniah..zero!! they deserved it..kemenangan zero membuktikan yg pelawak famous tak selalunya di atas..dan mereka yg biasa saja mampu jadi juara..mesti sepahtu,shiro terkejut giler..

    0

    0
  6. aina rashid says:

    tahniah..zero juara!! akhirnya astro tidak mengangkat yg famous sahaja jadi juara!! kemenangan zero membuktikan yg kumpulan famous tak selalunya di atas!!

    0

    0
  7. Anonymous says:

    setuju dgn abg nara.. zero je nampak best malam ni.. tarian singa bukan senang.. muzikal klakar jgk.. tahniah zero

    0

    0
  8. mama lotud says:

    bha best giler kamu org…. bangga anak sabah boleh menang MLM 2014. tahniah…. btw

    0

    0
  9. sinar says:

    Best gila Zero…ending jatuh gak air mata sbb terharu syabas Zero…inilah baru dilatakan pelawak

    0

    0
  10. sinar says:

    Best gila ZERO ….ending yg bagusdapat mengalirkan air mata SYABAS ZERO…ini barulah dikatakan pelawak boleh buat apa saja buat orrang gelak tanpa lawak2 yang berulang….

    0

    0
  11. makjemah says:

    NABIL KELAKAR LAH GILA. DUA2 TEMA DIA AKU GELAK GILA. SEPAHTU YG TEMA BEBAS PN KELAKAR CUMA YG MUZIKAL KURENG SIKIT. SHIRO DGN BOCEY MMG OUT MALAM FINAL NI TAK MENJADI. APA PN ZERO MMG DESERVE TO WIN! KELAKAR!!!! YG LAIN DAH KAYA. KASI CHANCE LA MEREKA YG SUSAH TU MERASA DUIT ASTRO TU PULAK

    0

    0
  12. sepahtu peace yo says:

    Ok la zero memang takkan asyik org yg sama je menang. Tahniah zero. Rezeki si keding tu nak kahwin.

    0

    0
  13. abcd says:

    thank you abg Nara. Memang ternanti2 untuk update entry nih.
    Tahniah Zero.

    0

    0
  14. klcc says:

    lawak ok ok la ada gak yg aku gelak but still xleh beat MLM dulu2 osbon boboy n jozan FTW!

    0

    0
  15. nok gebuzzz says:

    Tahniah5x…zero!finally korang menang jugak,x d la org yg sama jer menang..terus kan usaha korang dlm bidang lawaking!!
    #”Pantang Mundur Kecuali Operasi”ZERO!!

    0

    0
  16. nenek kau says:

    tahniah zero..nenek mmg berdoa zero menang..semoga lepas ni makin success n berjaya ubah nasib keluarga..n lepas ni hrp2 x menyombong dan lupa diri..go zero go

    0

    0
  17. spongebob says:

    Congratz zero!! Bangga jadi sabahan… Abaikan je la ckp2 org yang denggi ngan ko… dah rezeki mu kan…tak kisah la ko dpt nombor 5 ka sekalipun,ko tetap menang di hati kami…. :)

    0

    0
  18. ery says:

    tengok maharaja lawak sebab nak tengok farahquinn jer…

    0

    0
  19. ratuairmata says:

    lately, keje mak menangis je, sblm ni caliph busker, skrg zero, haiyooooo

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Rezeki Tuhan ada d mana2. 2nd segmen (ending tu) btl2 touching. Ending tu aku rasa btl2 dtg dr hati naluri adik bradik tu.. nangis betul tu bah! Sape yg x tau kisah hdup 3 bradik nie msti x brp sedih compare for those yg tau sejarah keluarga dia org. Anyway this is 1st time aku vote korang…. hepi bila korang jd winner !!!!!!

    0

    0
  21. lala says:

    zero memang layak.. janganlah nakmempersoalkan kemenangan diorang.. kenapa nak mempersoalkan rezeki yang Allah bagi dekat diorang. xkan nak sepahtu je menang tiap2 tahun, boring lah..

    0

    0
  22. Anonymous says:

    from zero to hero . tahun nie memang nak tengok zero jek dari minggu pertama . alhamdulillah zero menang ..

    0

    0
  23. mak c kina says:

    secara keseluruhan nya final smlm xmacam tahun2 lepas, final sgt sengit..tahun ni nye agak bosan..mcm dah xde idea..

    tahniah zero..dah agk blh juara..cme ble fight dgn sepahtu & shiro yg ramai pengikut,zero mcm ssh nk menang..tp syabas rakyat msia..sokong/undi utk yg layak kerana bakat bkn populariti..

    0

    0
  24. 12345678910 says:

    Nabil not deserve no 3…bocey not deserve no 5

    0

    0
  25. mak miah ratu urut says:

    tahniah zero..!!!!!!!!!!!!!!…korang memang layak menang..konsisten dari mggu pertama.cuma ada 1 mggu ja merudum sikit but its okay ..tiap2 mggu tggu nak tgok zero ja…by the way nabil tak best..tak best..tak best..huh..!!!

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Zero best… sampai menangis aku tgk. Nabil pun kelakar. Cuma bocey ngan shiro kurang menyengat

    0

    0
  27. Komen says:

    tahniah nabil….. solo tp setiap thn masuk final. bwk balik rm125 k.. psembahan solo, hadiah pun xyah share.. cayalahhhh

    0

    0
  28. tak kelako says:

    sepahtu dah selalu menang. tak terasa sangat kalau dapat naib juara pun. zero memang layak dapat juara musim nie sebab betul2 tunjukkan prestasi yg meningkat. duit yg bakal dimenangi pun dah diniat nak digunakan untuk tujuan yg baik2, sebab tu Allah berikan gelaran juara milik mereka bertiga. tahniah ZERO.

    0

    0
  29. tak kelako says:

    sepahtu dah selalu sangat menang. kali ni dapat naib juara pun tak terasa sangat. zero memang layak dapat juara musim ni sebab selalu tunjukkan prestasi yang meningkat. duit yg bakal dimenangi pun dh diniat nak digunakan untuk tujuan yang baik2, sebab tu Allah berikan gelaran juara buat mereka. tahniah ZERO.

    0

    0
  30. zopeah says:

    tahniah nabil…dan tahniah juga pd pelawak yg lain.

    0

    0
  31. jenjenjeba says:

    Aku suka pelawakni sebab semua ingat tuhan dan sayang mak bapak…
    yang dah terkeluar tu ra,ai jugak yang dah lupa diri….
    tak..aku tak kata zizan..ni umum.

    0

    0
  32. victoriabecks says:

    Abg nara, ce g tgk ig diva aa, dia ada perli sorang pelawak ni yg kunun2 lupa diri n nasihat zero jgn duit da byk nk beli ferrarri lak….opppssss….sennnnntap hokayy

    0

    0
  33. Anon says:

    kuda kepang aduh kuda kepang, hahaha..lawak mnjadik. Zero mmg patut menang, sayang Bocey kurang nyengat mlm tu. papepun puas hati Zero menang sbb klaka giler.

    0

    0
  34. Inaz says:

    Zero layak menang. Dari awal mereka bukan saja tunjukkan jenaka kelakar tapi juga berkebolehan pelbagaikan persembahan dengan skill mereka. Mereka berkompang, bergendang, menyanyi, menari, beraksi akrobatik malah boleh menari tarian singa yang sebenarnya perlukan skill yang tinggi untuk menjayakannya.

    0

    0
  35. Fairuz says:

    Sentap baca dlm blog lain Jep kata biarlah Zero menang sbb nak anto mak mrk pegi umrah. Jep jgn poyo! Undi dtg dari peminat MLM, juri pun ada. Kita tgk apa awak buat. Zero mmg boleh dan deserve utk menang. Dah rezeki tertulis dan mereka berusaha. Lawak kut Zero..jgn pandang sebelah mata ok..

    0

    0
  36. […] Finale Maharaja Lawak Mega 2014 telah berlalu. Seperti yang anda maklum kumpulan Zero telah memenangi petandingan itu manakala Sepahtu mendapat tempat kedua. […]

    0

    0
  37. […] Finale Maharaja Lawak Mega 2014 telah berlalu. Seperti yang anda maklum kumpulan Zero telah memenangi petandingan itu manakala Sepahtu mendapat tempat kedua. […]

    0

    0
  38. ld pincher says:

    zero ni blh buat ap ap skill dan kreatif. tahniah sayangnya virus x msk final

    0

    0