Written by AbangNara | October 25th, 2016

Maafkan Abang Nara kerana terlambat menulis tentang Gegarvaganza minggu kedua yang telah berlangsung Ahad lalu. Demam Gegarvaganza setiap minggu nampaknya semakin hebat melanda Malaysia. Untuk minggu kedua, Zarul Umbrella mengungguli tempat pertama sementara Razif Ismail telah menjadi peserta pertama yang diumumkan tersingkir. Namun begitu, persembahan yang paling menyayat hati sudah tentu nyanyian dari Elly Mazlein dengan lagunya, Berpisah Jua. Memang boleh leleh air mata beb.
elly mazlein
Dalam pada itu, Azharina telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Vokal Paling Menyengat dan membawa pulang rantai mutiara tajaan Raflesia bernilai RM5,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Rebung SPA, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh. Apa pun Abang Nara cukup teruja kerana Zarul Umbrella membuktikan kemampuannya sebagai seorang penyanyi yang hebat di minggu kedua ini. Keep it up.

zarul

Tak sabar rasanya menanti minggu ketiga Gegarvaganza 2016. Kali ini lagu tugasan yang diberikan memang cukup mencabar. Tak sama langsung dengan genre lagu peserta-peserta. Fuh!!! Sama-sama kita nantikan. Apa pendapat anda tentang konsert Gegarvaganza minggu kedua?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Zarul Umbrella Ungguli Minggu Kedua Gegarvaganza 3, Razif Ismail Tersingkir

  1. aa says:

    Razis bang nara.. bukan Razif

    12

    0
  2. Shhh says:

    Mmg all out betul zarul malam minggu kedua..minggu pertama pun sama..mcm tk percaya je ni Zarul Umbrella…dulu msa kumpulan Umbrella popular..Cuma tahu lgu..penyanyi dia sy tahu lepas abis sekolah..bru kenal..msa tu lewat 90an bru sapa penyanyi kumpulan Umbrella..blh tahan gak orgnya..dn skrg mmg dia hensem..umur dh 40thn..dn anak dara..mmg tk caya..skrg ni pun tgk penyanyi lelaki pada masa ni..byk mcm pondan je…
    Sapa da tiket gv ni bgilah kat aku..aku nak sgt g..artis GV tahun ni pun best.

    29

    0
  3. mak c kina says:

    oooo nara…razis ismail la..bkn razif ismail…razif ismail yg main bola tu..

    abg payung mmg bes la..suara dia buat announcement tu pun sedap…sedang bes je layan zarul,tibe dtg plak acah2 pilot tu..potong btl…

    30

    0
  4. Tudung Biru says:

    Rem lupa / tersilap lirik, performance pun kurang mantap. Part tarik panjang tu cubaan yang gagal.

    Intan start nyanyi terawal sikit, kena ulang first sentence dua kali.

    Elly Mazlein, Zarul, Sarah dan Azharina paling menyerlah

    Lagu Shidi dan Razis dibawakan dengan baik……tapi lagu yang buat lentok tertido…..menguap

    Kesian minggu depan Shidi dapat lagu yang tak pernah dengar juga….

    19

    1
  5. jarijemarilembut says:

    Peserta GV 2016 mmg hebat dari thn2 yg lepas..

    12

    0
  6. razif says:

    Overall semua artis nyanyi ok. Abg razis agak kurang menyengat. Siti sarah nyanyi ok cuma part awal2 key tu terlalu rendah kot lagu teratai layu tu. Fauziah latiff nyanyi x rendah sgt rendition dia. Tpi mungkin sarah selesa kot dgn key tu. Suka dgn persembahan zarul, azharina, elly mazlein, nora dan gmie.

    10

    0
  7. Kak senah says:

    Pemilihan lagu kali ni cm xbrp best..ade antara lagu xpnh dengar pn..pilihla lagu yg popular zaman2 80an,90an..jgnla amk lagu yg xpopular,nk nyanyi sme2 kt umh pn xtau..tu yg wt lentok nk tdo tu..lg 1 npe xde slot khas utk dato vida cm dato aliff syukri dlm af tu ye?die penaja platinum tp nk ckp berebut2 mic..dr dlu cmtu..plsla improve,bosanla tgk adegan rebut mic stp mgu..btul la ckp dato vida,die bg duit xkn die nk promote brg die pn xleh..yg lain sume best..

    23

    1
  8. Jaket jeles says:

    Sikap profesional Elly Mazlin mmg terpuji kerana masih boleh mengawal emosi semasa menyanyikan lagi Berpisah Jua walaupun lagu tu mcm ada kaitan dgn dirinya. Respek lah elly. Mak aku pulak yg nangis. Suara pun sedap. Hrp dapat ke final nti

    19

    0
  9. Mak Becok says:

    Sedihlah Razis dah terkeluaq! Aku rasa dia masih ada pelunag utk. diasah vokalnya sebab suara dia merdu sungguh nyanyi lagu “Kepulangan” tu!

    Yg. penting, kita semua sokong industri amat hebat musik/filem Melayu kita! Dan penting juga penyertaan artis2 Bukan Melayu yg. juga hebat nyanyi lagu2 Melayu kita dlm. GV di masa hadapan!

    9

    0
  10. Mak Becok says:

    Mekasih Datuk Qu Puteh dan Datuk Yusuf Haslam kerana sokongan pd. industri muzik Melayu kita ni!

    7

    0
  11. Anonymous says:

    serius tak paham apsal azharina best vocal.sbb sengau kot dia nyanyi.sarah mohon jangan over sgt menggayakan suara tu sbb voice ko dh bagus pon. bila over sgt rs cm nyampah pulak.

    13

    5
    • xSengau says:

      aku ingat aku jer dengar azharina sengau…ahaks…mmg sengau tahap dayang nurfaizah tue weeii…hahha…ooppss..marah peminat diaorg nanti…peace..

      5

      1
    • bro says:

      which part yang sarah nyanyi over? sarah all out untuk lagu Gee tuh, kalu menyampah then x payah tgk la..btw she’s great singer

      0

      2
      • Anonymous says:

        Aku suka sarah tapi aku pun perasan sarah macam over sket bila nyanyi dlm GV. mungkin sebab lama dah tak menyanyi kut.

        1

        0
        • bro says:

          itu sbb aku tanya part mana yang di over nyanyi?Ramli ms said nyanyian ni perfect.. abis yang nyanyi mcm nak nangis n asyik demam je?x over ke bro? mcm ni la ko kena tahu pasal yang mana satu tahu how deliver the song, buat yang terbaik and yang mana satu jaja cite sedih..

          0

          2
        • Anonymous says:

          all out ko kata? suara mendap je awal lagu, dengan gaya tiba2 minah negro nyanyi lagu pop pdhal tu lagu sedih & klu ko nak tau which part yg over, perlu ke aku nyanyi kat sni bro? ko ni laki sarah ke bro yg beriya nk tau which part over? Kalau aku bagitau pun, ko boleh sampaikan kat dia ke? Don’t get me wrong as I’m her fan too an as a fan aku berhak komen performance dia & ko pon berhak kagum giler dengan performance dia. peace.

          0

          2
  12. kutu says:

    sy tak paham nape juri duk puji2 azharina..
    padahal bila nyanyi suka sedu2..kalau sekali dua tak apa ni sepanjang lagu dia nak sedu sedu..

    7

    3
    • razif says:

      Bukan sedu tapi tu one of the style/teknik menyanyi. Klu dengar mariah carey nyanyi fast song pon bunyi lbh kurang sama. Cer tanya cikgu siti hajar or cikgu shahrol. Hehehe.

      5

      3
      • Anonymous says:

        sengau mmg part of singing technique. tp kalau terlampau sengau & selang 2-3 patah nyanyi sengau dtg balek, itu bukan teknik dah namanya.tu malas nak menyanyi. tak cayer tanyalah cikgu safi. Hahaha

        1

        0
    • Anonymous says:

      suara dia unik.,,kat malaysia boleh sng tangkap suara azharina..itu teknik nyanyian..

      0

      2
      • Dululainskanglain says:

        Dulu2 bila dia nyanyi xdalah sengau rasanya..
        Lagu hits dia Elegi Sepi, dedulu dia nyanyi ok jer suaranya.. skang plak dah ter’sengau’….huhhu… mgkn dah lama X nyanyi kot….hihhi…

        1

        0
  13. Anonymous says:

    razif ismail tu coach pahang la nara oii

    0

    0
  14. Sendu says:

    Apsal azharina cuting mcm umo 50 thn..setarap kak ros bini nye jibby…bukan ke azharina ni umo baru 1-33 thn ke?????

    2

    0
    • sedusedan says:

      hahha…ko nie, kak ros gak yg ko jd kan tandingan….ahaks… X setandingnya memana org lain ngan kak ros jibby tue…kihkih…
      tp…mmg nmpk pun azharina dah over weight kot, dr dulu2 lah…

      0

      0
  15. Anonymous says:

    Aku vote zarul & elly. Yang lain-lain suara power tengok takde selera.

    4

    0