Written by Bella | December 9th, 2016

Susulan luahan ahli kelab peminat Zarulians tentang sikap Zarul Umbrella yang mengabaikan mereka, penyanyi berkenaan telah tampil memohon maaf kepada peminat yang terasa hati dengan sikapnya. Menurut Zarul, beliau tidak tahu ada yang peminatnya yang berkecil hati kerana beliau melebih-lebihkan rakan kru penerbangannya.

Zarul berkata beliau melayan semua pihak sama rata dan tidak berniat untuk membeza-bezakan mana-mana pihak.

Baru saya tahu ada peminat yang tidak berpuas hati.  Saya bersama pihak pengurusan, kami layan sama rata semua pihak.  Tidak kisah sama ada Highflyers ke, Zarulians ke, semuanya sama.  Mungkinlah ada segelintir yang tidak berpuas hati.  Tapi saya dah cuba yang terbaik melayan semua sama rata.  Pembahagian tiket juga sama rata.  Tak ada beza-beza antara peminat dengan geng-geng MAS.  Semua sama.

Beginilah, sebagai manusia biasa, mungkin kelemahan dari sayalah.  Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.  Kepada yang terasa hati itu, saya minta maaf.  Sejujurnya saya tak ada niat langsung nak beza-bezakan siapa pun, geng MAS ke, Zarulians ke, peminat baru ke, peminat lama ke, semuanya saya layan sama rata.

Dengan permohonan maaf ini, Zarul harap segala salah faham dapat diselesaikan dan peminat tetap terus menyokong kariernya.

Salah faham adalah perkara biasa yang berlaku. Zarul juga banyak peminat dan kadang-kadang sebagai manusia biasa beliau ada terlepas pandang. Bak kata Zarul, kita tidak dapat menjaga hati semua pihak.

Sumber Berita : Media Hiburan

22 responses to Zarul Umbrella Tampil Mohon Maaf Pada Peminat Yang Terasa Hati

  1. tweety2805 says:

    tiada maaf bagi mu!
    huhuuuuu….

    2

    4
  2. Aku Bukan Bimbo ! Eh says:

    After all, zarul is a human being. To all fans, takyah la obses sangat. Minat sikit2 sudah, kau ramai, dia sorang2, tak terlayan la dia.

    37

    0
    • Anonymous says:

      true…over sangat peminat pun…

      15

      0
      • Mat Ronggeng says:

        Baik lah… Saya yang berhati mulia ni maafkan Zarul. Haah…tengok… tengok
        .. tirulah macam saya. Walaupun saya bukan peminat tegar Zarul…saya maafkan kan orang yg mintak maaf… Saya tunggu Che Ta nak mintak maaf dgn saya pulak ni…hahahaha.

        3

        0
  3. Me yang suka renung2 says:

    Sorang Manusia jika mendapat ramai Kawan or dalam isu ini, “peminat”, dia tidak akan dapat memuas kan hati semua orang.

    cermin lah diri kamu, dan lihat kawan2 kamu sendiri..

    12

    0
  4. lalala says:

    klau mcm ni laa pminat2 artis skrg ni, kene tubuh k
    club, letak syarat msti jmput kenduri, party bagai, aku rase zarul better stick jd steward ja kot.. byk songeh betul laa, dlu klau ktorg minat artis tu, kta bli album, bli tiket konsert, tu dh puas aty.. la ni nak jd pminat, kene rgister jd club lh, buat function itu ini, kene jemput sane sini, silap skit dh nak terase aty..semak lh.. zarul, just jd steward ja lh.. pminat yg letak syarat camni mnyusahkn u ja bro..

    27

    0
  5. benci artis lupa daratan says:

    cara minta maaf pun BIADAP..aduyai..tak ikhlas langsung…

    0

    30
    • Anonymous says:

      ni salah satu contoh manusia over .. kau nak suruh dia buat mcm mana .. mintak maaf sambil melutut kat kau?

      18

      0
    • Anonymous says:

      aku tau kenapa kau cakapa cara zarul minta maaf biadap sebab dah kau baca dengan intonasi yang BIADAP….!!
      cuba kau rilek2,, baca dengan nada dan intonasi yang COOL ,, mst kau akan komen “waaahhh COOL nya cara zarul minta maaf”
      setel !!

      16

      0
      • Angsa Angsi says:

        Okay laa tu minta maaf, tanda rendah diri walau salah kecik ke besar. Daripada org tu viral muka krew MAS, senyap smpai skrg.

        12

        0
    • Kahkahak says:

      Booo!!! Ko nak dia buat majlis permohonan maaf ke? Kecoh betul peminat zaman sekarang, dia pulak nak diangkat mcm star. Org dulu2 dia minat dialah beli tiket, dia minat dialah buat majlis utk artis, dia minat dialah beli album. Ini sudah terbalik, Zarul kena jemput diorang pegi birthday party, bg tiket ???????????? loser la korang ni, get a life…!

      10

      0
    • Anonymous says:

      haha…mesti kau salah seorang yg komplen pasal Zarul ni…

      1

      0
    • Anonymous says:

      Kau g complaint pulak kat wartawan, cakap zarul BIADAP minta maaf, tak ikhlas langsung. Untung2 zarul minta maaf balik. Rasa dia biadap lagi, complaint lagi smpai kau rasa tak biadap.

      6

      0
    • Saper2 je la says:

      Kepala otak ko! Ko ni mesti antara peminat dia yg meroyan x dpt perhatian zarul hahaha

      1

      0
  6. Anonymous says:

    Emo nya peminat zaman sekarang. Habis tu takkan dia nak layan club peminat je. Org MAS tu kawan2 dia, maybe yg bg dia encouragement utk accept masuk GV tu. Mesti la dia selesa dgn diaorg. Yg peminat rasa mcm second class tu apahal pulak? Bila dah ramai org attention tu kena bahagi lah. Adoi la peminat. Over nya.

    15

    0
  7. Mak Becok says:

    Mamat ni pun dgn. anghuhnya , buat lambang Setan “Devil’s Horns” atau “Baphomet” (tuhan pengikut IIblis) masa GV Final tu! Apa halnya tu nak oi?!

    0

    2