Written by Bella | December 30th, 2016

Setelah lama berfikir, akhirnya penyanyi Zarul Umbrella telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS) selepas 17 tahun berkhidmat untuk fokus kepada bidang nyanyian. Populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.

Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.

Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga.  Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini.

Menurut Zarul, beliau selepas ini harus bijak merencana kehidupan dan masa depannya kerana sudah tidak bergaji tetap.

Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.

Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan.

Kami harap keputusan yang dilakukan oleh Zarul Umbrella adalah yang terbaik buat dirinya. Semoga terus maju dalam bidang nyanyian.

Sumber Berita : BH ONLINE

41 responses to Zarul Umbrella Letak Jawatan Sebagai Pramugara

  1. Neno says:

    Bagi aku, kalau boleh biarlah ada satu kerja tetap. Lagi-lagi bila dah ada keluarga. Dgn keadaan ekonomi sekarang, ramai jugak yang dibuang kerja…

    67

    0
    • Billy says:

      Bagi saya dia xde masaalah. Byk steward2 MAS yg dah x jadi crew lagi tapi buat kerja lain. Rezeki bukan di MAS saja…

      9

      2
  2. mira says:

    rugi rugi……………penyanyi ni time ko top je ade lah job..kalau tak ade job?? SEDEYYY..tp aku yakin MAS akan terima die balik bile2 masa je.lol

    23

    0
    • susher says:

      dia dh ada rekod keje leh je klu nk ikut vvip fly…lagi mahal la bayar

      13

      0
    • Anonymous says:

      Tak top pun ada je job rasanya si Zarul ni. Show2 kg yg bayar 5-6 ribu tu pun job jugak. Kalo tak takda la bdk2 AF tu hidup (walopun suam2 kuku) dlm industry. Ada je show2 bodo yg akan panggil retis2 suam2 kuku yg diorg mampu bayar. Cth show konvo ipta. bukan mampu nak bayar puluh2 ribu panggil artis top.

      7

      0
  3. MAk Aiii says:

    Berapa lamalah kau popular nanti Zarul oiiii.. berlambak penyanyi yang popular dan baru kat luar sana. Confirm kau akan menyesal sebab MAS bukan suka2 nak ambik org kerja .. nak buang org adelah..

    20

    3
  4. mak c kina says:

    aku cme nk smbg komen aku yg sblm ni…u bkn faizal tahir yg semua lagu nye jd runut bunyi…so fhm2 je la ye mksd nya
    tp semoga keputusan ni membawa kejayaan seperti yg dirancang & harapkan..

    *ulang suara : u bkn anuar zain

    17

    0
    • Anonymous says:

      takda lagu pun takpa asal laku org panggil show. Org2 lama (tua. hiks) suka style Zarul ni. busuk2 sekali show ribu2. che ta tu org panggil bg talk sejam bodo2 psl business pu mintak 10K. Jual muka je pun.

      5

      0
  5. Anonymous says:

    nak nyanyi buat time cuti boleh je….nape sampai nak benti
    orang lain beria nak kan keje tetap tau

    19

    0
  6. aih says:

    what a stupid decision and venture into singing industry with the current economy turmoil at stake.. and quitting from reputable company as MAS… you indeed make a unwise decision into singing…. anyway, good luck in your future undertaking..

    27

    0
    • isteri bahgia says:

      Isteri dia lah paling bahagia bila zarul quit dari MAS… See gmbar zarul with other pramugari… ?? Even rakan sekerja. ko rasa tempat ko sebagai isteri, jiwa ko xmemberontak ke org pgg laki ko suka hati?? lawa2 plak tu. bahaha.. Good job zarul…………………………..

      32

      0
  7. Fidot says:

    Aku x rasa boleh femes pun nti. Better biarlah nyanyi tu as sambilan je.

    5

    0
  8. menoname says:

    sekiranya ini keputusan yg sudah diambil maka sebagai salah seorang peminat, saya doakan agar zarul maju jaya di dlm bidang seni dan apa jua yg diceburinya. kita doakan yg baik2 saja. in shaa Allah kalau dh memang Allah tetapkan rezeki dia di sini, akan Allah lapangkan dan luaskan rezeki itu buat zarul. smoga zarul tidak dihimpit dgn gossip2 liar dan jgn sesekali patah semangat. all the best zarul!

    15

    1
  9. Cocopie says:

    Biarr las dierr naks berhenti atau ape puns…takkan naks jadi pramugaras selamenyerr..

    2

    6
  10. Anonymous says:

    lama jugak jadi pramugara kan…biarla dia menukar kerjayanya..ini pun di panggil anjakan paradigma …rezeki tu kan luas…

    24

    0
  11. ceinderella tell lie says:

    sygnyer berhenti kerja di awan biru…jd pnyanyi blm tentu blh up..

    5

    0
  12. Cinderella don't tell lie says:

    syg betul letak jawatan di awan biru..satu kerja yang sangat bagus..klu myanyi secara part time blh la..

    1

    0
  13. Wawa says:

    Populariti sekejap je..tgk la lagi 2 tahun..bkn nk kutuk or apa la tapi usually memang mcm ni..baru menang pertandingan memang la bnyk job tapi lepas tu..lagi2 skrg bnyk yg lebih muda..syg btul awkk resign sebagai steward mas..

    7

    1
  14. Anonymous says:

    Aku ingat dia ni tak mabuk glamour… mabuk glamour jugak rupanyer. Dah bagus bagus kerja tetap dgn MAS nak juga kejar glamer jadi penyanyi. Berapa lama sangatlah glamer GV tu…hak tui… Esok dah tak glamer jual burger tepi jalan. Tak pun driver Grabcar

    3

    2
  15. melati says:

    baik ko berhenti Perasan Zarul…..jp jew ko Femes pasal GV 3..tahun depan tenggelam lew balik mcm Gv sebelom ni….hihihihi

    0

    2
  16. kak mah kebabom says:

    Alhamdulillah..kakmah sokong zarul berenti keje dgn mas…tumpukan perhatian pd isteri dan anak2 plk ye…

    3

    0
  17. orgtua says:

    Siapa yg cakap keja pramugara dikelilingi rakan sekerja cantik, keja penyanyi sama jer. Pulak tu crew MAS bkn semua cun. Dah berumur.

    Siapa yg komen boleh tumpu perhatian pd anak isteri plak, bolela kalo tak banyak job. Mengadapla anak bini tu. Jangan kemudian hari itu tak cukup, ini tak cukup. Nak banyak income kena amek byk job. Bila byk job, sama jer tak dpt beri perhatian pd anak bini. Tapi…..bole ke dpt byk job, mcm ada yg komen, dia bukan setanding Anuar Zain atau faizal Tahir. Tapi takpe..dia bole jual apam balik semula.

    6

    1
    • ayoi says:

      apo ko merepek ni oiii…melalut smpai jual apam balek…komen2 kat ats tu bese2 je xde pulak komen y menghina…y ko panas bontot org ckp crew MAS cantik2 kenapa??jelessss lettteww…..ko igt crew Air Asia tu cntk2???rmbt berkarat msg2…lg laaa…dh mcm GRO je aku tgk…kahkahkah…even dh berumur pn diorg still jg penampilan…tetap anggun dan cntk..aku de knl sorg makcik bekas crew MAS..umur dh 50 an tp ttp maintain cntk…bkn cam ko br anak sorg muke kusam,selekeh cam hantu kak limah…pokok pangkal tgk iman seseorg kak oiii….klu jns y mudah tergoda keje ape2 pn tetap menggatal…

      3

      6
      • orgtua says:

        Pls refer komen yg saya petik ni dari salah seorang yg komen.

        “Isteri dia lah paling bahagia bila zarul quit dari MAS… See gmbar zarul with other pramugari… ?? Even rakan sekerja. ko rasa tempat ko sebagai isteri, jiwa ko xmemberontak ke org pgg laki ko suka hati?? lawa2 plak tu”

        Maksud saya kalo takutkan pramugari lawa, jadi artis pun dikelilingi org lawa, oleh itu tak perlu tergugat dgn pramugari MAS. Itu maksud saya. Kalau boleh saya tak mahu petik komen org terdahulu. Tapi disebabkan anda tidak faham terpaksalah saya buat. . Btw, sblm ni saya byk menyebelahi crew MAS bila kes Fathia dulu.

        Dan mmg sblm jadi pramugara Zarul jual apam balik

        7

        0
        • ayoi says:

          klu akk rs akk x puas hati dgn komen kakak tu rep je laa kat komen die…x perlu nk komen kat tem lain..blh buat org salah fhm dgn kenyataan ko kak….oklaa kak…sy mohon maaf ye kak…tersalah fhm..mno den tau akk nk komen post y tuh…huhu…ni sume bergantung pd iman seseorang kak…x kiro kojo apo pun..klu mmg jns mudah tergoda tgk acik cleaner lipat suar pun blh naik nafsu…kuikui…maap yoo kakk…msti la bini die lg tau zarul camne…mungkin zarul bkn jns y mudah tergoda cam lelaki lain…

          1

          4
        • kaki gosip says:

          bini zarul tak tergugat pon sbb bini zarul nie cantik. bini dia pon keje pramugari jgak.

          0

          0
    • Katak says:

      Goreng pisang seksyen 16 shah alam… hihihi

      0

      0
  18. gegaran terhenti says:

    artis lama suara sedap tp komposer lagu sedap pun dah takdak..si tok ti yg monopoli industri punya lagu pun sekarang bosan jer….tiba2 menang anugerah…industri muzik malaysia mendung sebab siti ..nak success jd penyanyi kena versatile bukan tau menyanyi jer tp kena pandai compose lagu jgk….nak sukses jd artis jgn dok malaysia belajar bahasa lan nyanyi kat luar ..kalau kat malaysia mmg takdak harapan selagi org tu tak mati….tapi kalu pi luar kena pandai jg dirilah…

    7

    2
  19. Anonymous says:

    Ekonomi Negara tengah nazak….why Lah u quit from being a steward? A fixed job with fixed income. Besides u dh senior steward which means u terima a good grade pay. Apa yg u buat Ni x bbrp bijak…nyanyian x membawa u ke mana2pun…deman GV Tu dh habis.

    4

    1
  20. mak c kina says:

    aku bkn la kata dia xblh berjaya tp nk jg nilai komersil,eksklusif tu yg susah…jgn sampai org kata sombong sbb nk jaga eksklusif..jgn sampai org kata dah xde value sbb slalu sgt kluar tv..so pandai2 la dia nilai tahap komersial dia…semoga dpt lagu yg benar2 blh buat dia tidak menyesal dgn keputusan tu..semoga berjaya

    2

    0
  21. Anonymous says:

    Worst to worst Nanti bila dah X dpt offer nyanyi bole dpt offer jadi pengacara kot

    3

    0
  22. Yaya says:

    Udah2 ler. Kan dia dh buat keputusan. Semua pun hal periuk nasik dia. Baik pikir periuk nasik sendiri. Keje duk ngadap gosip xkan menambah nasi d dlm periuk.hahaha
    Azam taun lama dah tercapai blom duk asyik menyembang kt ruang gosip??

    3

    1
  23. Bedahtongek says:

    Ada ke lg org nak bg lagu kat mamat muka da berkedut ni???? Rugila brnti keje smata-mata nak jd pnyanyi smula…suara pun ke laut…xde ap yg istimewa pun…dah tua2 pun nak menyanyi…entah ap dkejarnya…

    1

    1
  24. balqis says:

    Rezki dah dditentukan allah.jadi jgn rusau.selagi pekerjaan tu halal in sha allah akan membawa berkat.sy doa kan semoga anda berjaya.karna sy peminat setia anda.

    1

    0
  25. PA ARTIS says:

    Sgt tak bijak pada sy, sepatutnya zarul sambilan dlm nyanyian, hasil kn EP bila gaji yg sambilan itu lebih dari gaji pramugara, baru lah berhenti, dlm industri seni suara nk jaga momentum wang sgt susah, dgn nk berhabis duit dgn imej dan latihan bagai, tunggu tawaran shj, lain lah kalau dah konfirm dpt kontrak dari Astro @ rekod label, okey lah jgk, anda bermula kosong pd waktu umur lewat tanpa ada sedikit jaminan, anda dh menyusahkan diri sendiri, nk kena fight dgn artis muda lagi, tgk Dato AC pagi petang siang mlm bekerja sbb dia tahu tempat dia bnyk org muda boleh ganti, nk tak nak dia kena tamak haloba, ya memang Allah akan sentiasa cukupkn rezeki tapi cara manusia itu yg sendiri yg sempitkan rezeki sendiri, sy harap anda akan ada perancangan yg sgt mampan utk 3 tahun akan dtg, good luck zarul,

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Mana lah tahu dia dh buat istikharah ke then decision nya sebagai penyanyi huhu tak kan dia nk mention pulak ye dia dh buat istikharah. Kang lg byk yg ustaz ustazah pulak kat sini. Biar lah dia life dia,dia tahu apa yg terbaik, akak2 semua jgn nk pandai sangat komen pasal apa org lain buat dalam life dia asalkan kita semua happy dh lah :)

    1

    0

Leave a Comment

Optional