Zara Zya Nafi Buang Kelab Peminat Love Zara Zya FC

Hiburan

Zara Zya Nafi Buang Kelab Peminat Love Zara Zya FC

Zara Zya menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa aktres itu telah berubah selepas popular dan membuang kelab peminatnya, Love Zara Zya FC yang selama ini banyak menyokong kerjaya beliau sebelum menjadi perhatian ramai dalam bidang lakonan.

Dalam artikel tersebut juga menyebut, Zara telah menubuhkan sebuah kelab peminat yang baru sebagai pengganti dan tidak memberikan alasan yang kukuh kepada pihak pengurusan Love Zara Zya FC apabila bertindak untuk membubarkan kelas tersebut. Lebih teruk lagi, pengurus kelab yang terdahulu sama sekali tidak dibenarkan untuk menyertai kelab baharu.

Advertisement

Sedar mengenai gosip terbaru itu,  Zara menerusi laman Instagram beliau menyifatkan wartawan yang menulis berita tersebut tidak beretika dan sekaligus menafikan segala tuduhan yang telah dilemparkan.

Kelab Love Zara Zya FC masih lagi wujud sehingga kini cuma pihak mereka hanya ingin menukar ke satu nama yang baru.

Kesian la Miss J ni… Tak perlu buat fitnah macam ni.. Lagi elok tanya saya dulu sebelum tulis artikel mcm ni.. FC saya masih ada cuma nama saja tukar ZARAZYALOVERZ .

Tak ada sebab utk saya “larang” pengurusan lama utk join fc baru.. Siapa nak join, dialu2 kan.. Siapa nak keluar pun tak siapa yang larang.. Fc ni bukan berbayar apatah lagi didaftarkan.. Siapa yg setia dgn artis kesayangan pasti akan stay! Itu saja! Sekarang saya rasa lagi dekat dgn peminat2 saya sebab saya sendiri yg control club saya.. Lebih telus dan jujur

Alhamdulillah saya happy dgn peminat yang masih setia dari dulu sampai sekarang.. Thank u.

Kami rasa tidak mudah untuk Zara Zya melupakan peminat beliau kerana mereka merupakan tulang belakang beliau dalam industri. Tanpa peminat mana mungkin Zara boleh popular dan memenangi beberapa anugerah bukan? Buat artis yang langsung tidak pedulikan peminat, anda harus sedar jatuh bangun anda terletak didalam tangan mereka juga.

Sumber Berita: Instagram Zara Zya

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...