Written by serenity | September 5th, 2017

Sebelum ini, pelakon Zara Zya telah menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada kelenjar air liurnya di sebuah pusat perubatan di Damansara, Kuala Lumpur.

Tetapi itu sajalah pembedahan yang dilakukannya. Namun, dengan tidak disangka-sangka, satu akaun Instagram telah wujud menuduh Zara melakukan pembedahan di wajahnya, mungkin kerana Zara kini kelihatan semakin cantik.


Zara mendedahkan menyedari kewujudan akaun Instagram itu sewaktu sedang bersarapan pagi:

Di pagi yg mulia, lepas makan nasi lemak, saya dapat tahu wujudnya Instagram (Ig) istimewa @zarazya_gile_pengkid ?

Tahniah pada siapa yang buat Ig yang istimewa ini. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi-tubi. Siap cakap saya buat hidung, buat muka hahahaha… Marilah datang jumpa depan-depan. Nak tengok original ke tidak ?

Tak apa saya maafkan awak siap-siap. Kesian hati manusia hitam macam ni. Dengki dengan orang lain tanpa sebab.

Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak happy lepas ni okay.

Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dengan hasad dengki.

 

Kapsyen ini dimuat naik oleh Zara ke akaun Instagramnya kelmarin dan mendapat lebih 8.000 likes. Ada peminat yang mempertahankan Zara, walaupun pelakon itu kini kelihatan makin cantik, hidungnya sama saja mancung seperti di awal kemunculan manakala bentuk wajah boleh berubah disebabkan penurunan berat badan.

Dia juga dikatakan seorang ‘wanita jahat’ kerana mewarnakan rambutnya. Zara turut meluahkan perasaanya tentang sikap manusia yang gemar menghakimi orang yang tidak dikenali di Instagram:

Sebab warna rambut, saya dilabel wanita jahat. Hurmmm kesian pada yg ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhuhu…

Bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur. Dan yang penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yang belum tentu lurus jalannya. Good night ?

Hai, pasal warna rambut pun kena hakim? Mungkin sesetengah individu di luar sana sudah tiada kerja berfaedah hendak dilakukan.

Diharap Zara bersabar dengan tohmahan-tohmahan individu yang tidak bertanggungjawab ini.-beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Zara Zya

 

11 responses to Zara Zya Maafkan Individu Tuduh Dirinya Buat Pembedahan Baiki Muka Di Instagram

  1. Labu senget says:

    Takpelah peminat2 u tahu yg sebenarnya..u go girl!!

    3

    0
    • Anon says:

      Sapalah yg jahat sangat fitnah macamtu.. ubah skill mekap je pun dah boleh buat tulang pipi nampak ‘ternaik’. Yg tuduh macam2 tu dah la jahil, jahat pulak tu..

      0

      0
  2. Mimo says:

    hurmmm kalau macamni selepas plastic surgery aku minta duit balik! So korang jangan nak fitnah sangat orang k..

    18

    0
  3. aku says:

    tak baik fitnah..sebbaik zara ni cool je. aku suke je dia ni..berlakon pun best, jd host pun tak over..comel.dari awal masuk tgk same je muka dia.cume mungkin dah update skill mekap.

    12

    0
  4. nok gebuzzz says:

    x baik btol….org x buat muka g ckp buat,kesian zara…suke ngan dia ni,jarang ada gosip dgn mn2 lelaki…mmg cool jer!

    3

    0
  5. melati says:

    Dlm Katergori Spesis Cantik lah Jugak..!!! Spesis katergori Hodoh : Hafiz Hamidon…hmmmmm

    0

    6
  6. innaz says:

    ALAHAIIIII….dia buat gigi jelah…sbb tu nmpak lain….dl berterabur..sekrg dah cantik..jeles la tue nak buat gigi tak mampu….hahahhahaa

    2

    0
  7. Jan says:

    biasa la tu. susah nak puaskan ati orang. lantak diorang la kan, life must go on

    1

    0
  8. Anonymous says:

    klu bukan facial surgery, Surgery papaya atau operasi nk kurus tu pun tak payah. Awak memang cantik asli.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    walau macamana pun..aku suka apa sja wajah zara..tpi lakonan tatap mantap..jng macam kayu dah

    0

    0

Leave a Comment

Optional