Written by Bella | May 18th, 2017

Teaser Zaquan Adha yang bergandingan bersama Elfira Loy sejak beberapa hari lepas mendapat perhatian ramai. Mereka tertanya, adakah Zaquan kini sudah bergelar pelakon dan bakal meninggalkan dunia sukan?

Menerima tawaran sebagai duta kempen Terima Kasih Ramadhan anjuran TV3, Zaquan yang mengambil keputusan untuk meceburi bidang hiburan menafikan dakwaan bahawa kerjaya bola sepaknya sudah tidak berapa baik.

Terlalu ramai yang bertanya di laman sosial adakah saya sudah jadi pelakon? Ada juga yang bertanya adakah saya sudah tidak laku sebagai pemain bola sepak sehingga ingin menceburi bidang lakonan?

Di sini saya ingin jelaskan bahawa ia tidak benar dan kerjaya saya sebagai pemain bola sepak masih baik. Saya terima tawaran ini pun bukan memerlukan untuk saya berlakon. Jika sekadar berlakon iklan sahaja saya okey.

Selain tawaran iklan, Zaquan akui beliau menerima banyak tawaran untuk berlakon di dalam drama dan filem. Namun, beliau terpaksa menolak berikutan komitmen yang panjang dan ia mengganggu kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Selebriti lain yang turut menjadi duta dan menjayakan kempen tersebut ialah  Elfira Loy, Ayda Jebat, Mira Filzah dan Redza Rosli.

Sumber Berita : mStar Online

13 responses to Zaquan Adha Nafi Ceburi Bidang Hiburan Kerana Ingin Tinggalkan Kerjaya Bola Sepak

  1. kiah says:

    ala…sepak bola pun mcm sepak angin. nak tukar profession konon..

    3

    2
  2. Eyeee says:

    Tak payah nak buat semak dalam industri lakonan la.
    Yang ada sekarang pon dah banyak sampah nya..tak terbendung, kau takyah nak tambah lg..

    Kau p main bola je sana.

    8

    0
  3. mangkuk says:

    Siannnnnn..laki bini dh x laku..tu la..jgn lupa..karma korg tgh OTW tu..stakat jd duta n buat iklan 2-3 keping pon kayu..ko nk blakon plak..hurmmmmmmms..

    3

    1
  4. lara alana says:

    suka hati hang laa
    awat nak habaq kat semua orang

    0

    0
  5. Sesama insan says:

    Alhamdullillah Zaquan, peduli kan apa org nak cakap. Buat apa yg terbaik utk keluarga okay. Just carry on with your life, dont bother to explain pun to anyone, susah senang diri sendiri tanggung. Tak payah lah pung pang pang pung sana sini pun, atau cakap berkobar-kobar konon nak perjuang kan sesuatu, tapi akhirnya sendiri yg cakap tak serupa bikin. Akhir nya keluar statement belit2 jerat diri sendiri. Lesson to be learnt here : just buat yg terbaik buat diri sendiri dan keluarga. Dan sentiasa ingat kebesaran Allah. Peace.

    1

    0
  6. Fill says:

    Jga2 cik salmah..ntt ade org ktiga kcau lki ko.

    1

    0
  7. sentap says:

    nak main bola dah pancit kot…so nak berlakon lak…bini dah xda job..ada rupa sikit jadi la…pesal x nak jd model produk kak ipar hang…kasut zapatos zain sumer…

    1

    0

Leave a Comment

Optional