Written by Bella | May 16th, 2015

Pernah dilanda badai tetapi kalau dah jodoh pasti bersatu jua. Itulah ungkapan paling sesuai buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang sudah kembali sebagai pasangan suami isteri tanggal 14 Mei lalu selepas bercerai 3 bulan lamanya.

Buat Diana sepanjang tempoh mereka berpisah Zamarul telah menunjukkan usaha beliau untuk memikatnya kembali meskipun Diana memberikan lampu hijau buat suaminya itu untuk mencari pengganti apatah lagi sering bergandingan dengan aktres jelita dalam lakonan. Bagaimanapun, Zamarul sudah membuktikan beliau seorang lelaki yang setia.

Memang kalau nak bercinta dengan orang lain boleh sangat selepas kami masing masing bercerai. Peminat dia pun ramai. Bayangkan pula, dia selalu digandingkan dengan artis perempuan yang cantik. Saya pun beri lampu hijau untuk dia cari pengganti. Empat bulan itu memang dia boleh cari kekasih baharu. Tapi dia tetap menanti saya.

Diana juga menyatakan rasa bertuahnya kerana memiliki Zamarul kerana suaminya itu adalah seorang yang ringan tulang dan banyak  membantunya melakukan kerja-kerja di rumah daripada memasang langsir sehinggalah mengelap pinggan sehingga berkilat.

Dia boleh pasang langsir. Dalam hati terdetik juga kalau raya nanti, dia tak ada, siapa pula yang nak pasangkan. Pinggan mangkuk pun dia boleh lap sampai berkilat. Patut pun sepanjang ketiadaannya, saya lihat berselerak sahaja rumah ini kerana dia tak ada. Dia layan saya umpama puteri.

Buat Zamarul pula, beliau pernah merasa bimbang sekiranya Diana bertemu dengan lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Namun, perasaan cinta dan sayang menjadi dorongan buat Zamarul untuk mendapatkan Diana semula dan percaya mereka akan bersatu juga satu hari nanti.

Siapa tak risau isterinya disambar orang lain. Takut juga sebenarnya. Ramai jerung di luar sana. Tapi hati saya kuat mengatakan dia akan jadi milik saya juga. Saya yakin, dia takkan cari orang lain, kami akan bersatu juga.

Cinta, kasih sayang dan kematangan dalam berfikir membuatkan Zamarul Hisham dan Diana Rafar kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Tempoh perpisahan telah membuatkan mereka lebih matang dalam sesuatu perkara.

Sumber Berita: Berita Harian

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Zamarul Seorang Lelaki Yang Setia – Diana Rafar

  1. titi says:

    pernah nampak couple ni (dah jadi suami isteri dah) masa kat SACC mall shah alam,
    Zamarul pegang sejambak bunga, mungkin pegang utk bini dia since bini dia tengah shopping handbag. he’s such a romantic guy. ;’)

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      mintak2 klantan kalah lah ngan Pahang !

      0

      0
      • minah jambu terlajak habis says:

        padan ngan muka tranganu kalah ! hahahahahahahaiii…lain kali jangan melawan ngan pengadil yg adil hahahahahahaha !! padan muka kena kad merah ! main macm kiwak aje padan muka huh ! hadoiii tk sabar nk tengok Lion Twelf vs Klantan …lov u Lion Twelf lov u Fandi !! god bless “m

        0

        0
    • Gigi emas says:

      Marilah kita beramai-ramai mendoakan penceraian kedua mereka yang akan datang akan berkekalan…..amin

      0

      0
      • Anonymous says:

        kang kena kat dri sendiri… klu nak mendoakan yg buruk2 lbh baik tak payah berdoa langsung. Tuhan tak nak dengar

        0

        0
  2. LelaMajnon says:

    Alaaaaaa comelnyaaaaaa! Semoga kekal selamanya, amin..

    0

    0
  3. minah jambu terlajak habis says:

    Diana ni dia mesti jenis pemalas ni kan ??? harapkn laki aje yg buat keja rumah huh ! rujok balek ngan laki ni pasal tkde orang nk pasang langsir la eh ?? kalau ngandong tu lain lah laki leh tolong sikit2 ..ape2 pon semoga bahgia..

    0

    0
    • Minah Kecoh says:

      Alahai minah..ko ni dok zaman pe sampai laki tak boleh tolong bini wat keje kat rumah? Suami yg rajin bantu isteri kat rumah tu la suami yg b’tanggungjawab, penyayang. Zaman sekarang ni majoriti isteri bekerja. Suami yg baik selalunya memahami isterinya yg penat bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. So sang suami yg penyayang dgn rela hati membantu meringankan kerja isteri kat rumah tanpa paksaan

      0

      0
  4. Queen Aurora says:

    Sweet ending :’)

    0

    0
  5. mojo says:

    Dah bercerai,acahcah lelaki setia.dah tak dapat cari lain.pegi balik kat isteri.baru sedar dah tak laki tak laku?

    0

    0
  6. kojo says:

    Dah tak laku.kata orang lain jerung bagai.

    0

    0
  7. ash says:

    Sememangnye bkn mudah melalui kehidupan berumahtangga zaman skrg ni, kene byk SABAR SABAR SABAR kalo ikt hati mg hr2 nk bercerai…
    moga ape yg pernah mereka lalui semasa hidup bersama sebelum bercerai dan semasa bercerai jd kn peluang kedua ini lebih bermakna
    contoh abby dgn norman dulu bile rujuk semula pn masih x jumpa sinar bahagia
    sy jg berharap sy dpt melalui kehidupan rumahtangga dgn sebaiknya

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      smpai bila nk bersabarrr..kalau laki jenis pukol bantai hentam sepak terajang pon nk kena sabar kee..kalau beli salah makanan masak salah pon kena bantai nk kena sabar jugak kee ..syurga di tapak kaki laki emmm nk kena la tengok laki yg macmanaa syurga di tapak kaki diaa..

      0

      0
      • ash says:

        itu bukan laki tu setan…
        kalo dh smpi mcm tu pn nk sabo mmg bengap…
        skrg ni kita bygkan kunun2 bnda yg remeh temeh jd isu nk cerai

        0

        0
      • Anonymous says:

        jaga solat. InshaAllah..

        0

        0
  8. najwa says:

    nasib baik la diana ni kawin ngn zamarul…cer kalau laki dia tu aidil notelor..mampus la kna ungkit sbb x kemas umah, x reti pasang langsir..

    0

    0
  9. oik says:

    Seriiusly sapa nak sambaq duadua ekoq ni masing2 janda dan duda anak 3 mcm susah ja nak kwin . Lol tk payah nk risau sambaq2 mua cerai then kawin balik mcm bodo ja nk tunjul2 kt irg smua balik. Balik2 rumah bukak kain la minah ni

    0

    0
  10. toyol says:

    erra pajira ngan ee bila lg …???

    0

    0
  11. Cantik says:

    Perfect couple! Alhamdulillah…
    Semoga bahagia hingga ke jannah

    0

    0
  12. The thing I do not understand is in reality how you are now not
    in fact a great deal more neatly-preferred when compared with you may be now.
    You are so smart. You already know therefore substantially with regards to this subject matter, created myself in my opinion look at it from various various angles.

    Their want both women and men were not interested up until it’s the
    one thing related to woman gaga! Your own personal stuffs nice.
    All of the time take care of it up!

    0

    0