Written by Bella | October 19th, 2015

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita dimana penyanyi Zamani Slam dikatakan sudah melarikan diri daripada Rumah PENGASIH bersama dua lagi individu yang tidak dikenali.

Ekoran perkara tersebut, pelbagai dakwaan dilemparkan kepada dirinya. Tidak mahu terus dipersalahkan lagi, Zamani telah membuat satu laporan polis berkenaan perkara terbabit dan menyatakan beliau keluar dari pusat pemulihan tersebut atas kerelaan beliau sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata penyanyi terbabit tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 3.45 pagi 17 Oktober lepas untuk membuat laporan polis.

Malah, pengurusnya juga memaklumkan Zamani berada dalam keadaan yang selamat dan sihat. Malah, satu sidang media khas juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Sebelum ini, beberapa pihak mula risau jika Zamani diculik kerana penyanyi tersebut dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih dalam kejadian tersebut. Selain itu beliau juga meninggalkan dokumen penting serta beberapa barangan peribadi bersama sejumlah wang di Rumah PENGASIH.

Sumber Berita: Berita Harian

14 responses to Zamani Slam Nafi Larikan Diri Daripada Pusat Pemulihan

  1. Anonymous says:

    1st hihi

    0

    0
  2. Anonymous says:

    assalamualaikum yuhuu

    0

    0
  3. lalalla says:

    “Zamani telah membuat satu laporan polis berkenaan perkara terbabit dan menyatakan beliau keluar dari pusat pemulihan tersebut atas kerelaan beliau sendiri” boleh ek keluar sukahati mcm tu…Malaysia Boleh! Kerelaan beliau sendiri plak tu…lol! what a statement!

    0

    0
    • Lara says:

      Ha… macam sesuka hati dia jer nak kuar masuk macam dia ingat rehab kat holliwood tu kot, sana boleh la. Ini dah macam penjara, “owh saya dengan rela hati keluar dari penjara”. Bongok jugak.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    APA YG KAU MEREPEK NI SETAN????? KAU LARIKAN DIRI DGN RELA KE TAK RELA KE KAU TETAP SALAH..YG KAU BUAT LAPORAN POLIS PLK TU DAH KENAPE?? AKU TAK FAHAM UNDANG2 APA NI?? WEEEEEEEEEEEIII TOLONG JAWAP.!!!!!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ATAU WAKTU KAU TULIS KISAH NI KAU TIDO KE NARA…WHAT STUPID PEOPLE!!!!!

    0

    0
  6. minah jambu says:

    keluar dari pusat pemulihan aje dh salah besar ape lagi keluar dengan tampa kebenaran n semua orang kt rumah pengaseh tu tidak tau..dlm be2rape hari dia kelua tu dia buat ape ? kenape dia gi buat police report ? siape yg datang menjemput si zamani ? itu semua kena siasat kalau tk lari kenape tk kasitau masa nk keluar tu ? mana boleh keluar sebelum waktu tempoh tamat Nye..macm gini ke yg di kate kan Malaysia boleh ? boleh keluar ikut suka hati.. helo pak najib u kena tegas ini perkara u jangan kasi dorang ni keluar ikut suka hati kalau dorang bunuh diri kt luar cmana ? tempat2 pengaseh atau tmpat yg membabitkn pesalah dadah mesti nk di jaga dengan seketat ketat Nye ..kite ada undang2 keluar ikut cara undang2 ..idup pak najib ..!

    0

    0
  7. mawar says:

    DIA LARI SEBAB NAK JOIN GEGAR VEGANZA…QU PUTIH QU PUTIH BARU LAH PUTIH…MUAWAAAAAHHHHH

    0

    0
  8. minah jambu says:

    Malaysia boleh ! boleh lari sesuka hati ! keluar dari pusat pemulihan tampa kebenaran satu perbuatan yg salah…dia boleh cakap yg dia bukan Nye lari dari rumah pemulihan itu..tapi dlm be2rape hari dia keluar tu ape dia buat ? kereta siape yg dia naik pada malam itu ? orang itu mesti di siasat ..n kenape kereta puteh itu datang menjemput zamani n bawak zamani keluar itu buikan lari ke nama Nye ? dh lari pastu buat police report ..mana kereta puteh tu sekarang yg bawak zamani keluar ? alasan yg mengarot ini zamani…keluar dari pusat pemulihan tampa kebenaran ada lah satu kesalahan yg besar mesti di ambil tindakan yg tegas..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Jagn marah ya nak crta sikit..ini kisah benar bukan dibuat2…adlah sedara aku masuk lokap atas kesalahan kecik..dlm tu ada ke polis suruh dia urutkan badan..lengah2kan prosedur dgn harapan nak makn extra..faham eh..faham eh..kami tak layan..last2 kami buat report..dia takut pas tu baru kerja jln..semuanya selesai..pompan nite club yg ditangkap..dpt special treatment..makn sedap2dlm lokap..pas bapak ayam suap lebih2…anggota polis selalu bwk pekerja sex jln2 ntah ke mana…1 jam 2 jam jadilah..faham eh faham eh..mengucap panjang aku dgn sistem di malayisa ni…

    0

    0
    • Beba says:

      Memang dah lama dan banyak benda2 macam ni, boleh dipukul2 nya bebudak yang kena tahan pastu minta suruh mak bapak kasi duit so dorang tak kena pukul.. ini ikut law mana ntah. Tu la bila kita cakap Malaysia ni korup dari bawah sampai ke atas, ramai yang menafikan. Malaysia masih aman, katanya.

      0

      0
  10. sutun kurita says:

    tangkap je skali lagi..pulihkan balik…tangkap sekali orang yang bawak lari zamani..pulihkan mental “mereka-mereka” itu..selagi “mereka-mereka” ni ade, selagi itu la semakin ramai penagih-penagih kat luar sana..”mereka-mereka” ni la perosak bangsa dan negara…haram jadah punya “mereka-mereka” itu…^#$#%^*%!!

    0

    0
  11. ayah anda kulup says:

    keluar tanpa kebenaran tu satu kesalahan..
    tp kalo kes ni senyap jer pasti ada sesuatu…

    0

    0
  12. . says:

    Kat situ bebas je.tapi kes dia nie ada kena mengena ngan polis.tula pasal.tp dia dah report.cuma wartawan yg masih nak buat duit lagi dgn cerita nie.tu je.

    0

    0