Written by Bella | August 26th, 2016

Selepas bebas daripada Rumah Pengasih tahun lalu,kami agak bangga dengan perubahan positif Zamani Slam yang kini sudah kembali aktif dalam bidang nyanyian dan sedikit teratur kehidupannya.

Namun, masih ada lagi pihak yang mengaitkan kisah silamnya dan mendakwa Zamani masih lagi bergelumang dengan najis dadah hanya kerana beliau dilihat kembali mengungjungi sebuah pusat pemulihan dadah di Sungai Besi baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Zamani menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan tujuan beliau ke sana adalah untuk mendapatkan surat akuan bebas dadah.

Sebenarnya khabar angin atau cakap-cakap saya kembali semula menagih adalah tidak benar dan saya sudah dapatkan surat akuan bebas dadah sebagai buktinya.

Saya baru sahaja ke sana untuk buat rawatan susulan dan mendapatkan surat itu untuk persediaan diri saya sendiri.

Mengenai berat badannya yang semakin susut, Zamani menjelaskan ia kerana beliau terlalu penat dengan jadual kerja yang terlalu padat.

Orang tidak tahu saya terlalu sibuk dengan persiapan konsert Slam dan Tiga Suara ini sehingga sedikit menggangu masa makan. Sebenarnya saya malas untuk komen panjang kerana khabar angin bersifat negatif ini hanya akan merosakan kerjaya saya.

Masyarakat kita memang suka mengaitkan masa silam dan mengkritik tanpa usul periksa. Tahniah buat Zamani yang telah bebas dari ketagihan dadah. Teruskan bersemangat untuk menjadi insan yang lebih baik dan tabah dalam menghadapi segala ujian. Jangan pernah putus asa dalam apa-apa perkara.

Sumber Berita : mStar Online

11 responses to Zamani Slam Nafi Kembali Ketagih Dadah

  1. kakikucinghitam says:

    i love zamani!!! jgn kutuk dia, jum bg dia semangat utk berubah

    0

    0
  2. kobis bunga says:

    zamani ni mcm Jamal Abdillah… mcmne buat pon tetap masih ramai oeminat.. teringin nk tgk zamani berumahtangga…

    0

    0
  3. hana says:

    Sebenarnya bila seseorang penagih tu berhenti menagih, mereka haruslah dirawat dengan rawatan susulan. macam Pusat pemulihan dadah di bawah seliaan AADK ni ada menyediakan rawatan pengambilan methadone. kalau korang nak tahu, rawatan methadone bagi bekas penagih ni seumur hidup. Hari-hari kena ambil dalam kuantiti yang akan dikawal oleh doktor yang dilantik oleh hospital kerajaan. kalau pusat mungkin tak dapat pergi ke pusat ini (sebab percuma), boleh dapatkan di klinik swasta yang tertentu. pengambilan methadone ni menghalang/mencegah bekas penagih untuk ‘craving’ any drug. Fungsinya untuk membolehkan mereka bersifat normal macam orang lain example boleh bekerja, bekeluarga. Tapi ada juga (segelintir) yang sulam dengan dadah jenis lain. Kalau tuan/puan pergi ke pusat ini, jangan terkejut kalau ada nenek/atok yang yang dah pakai tongkat berusia lebih 60 tahun pun (bekas penagih tegar) masih mendapatkan rawatan ini (methadone). So, dalam kes zamani ni, begitulah.

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    saya suke suara zamani…harap zamani terus kekal berubah smpi bila2,mesti best konsert 3 suara ni…semua suara sedap2.

    0

    0
  5. Awang says:

    Zamani sudoh sudohla awang
    Baliklah awang mok mu rindu mu awang
    Baliklah sudohla isap ganjanye awang
    Tadok pekdoh awang baliklah awang

    0

    0
  6. KUPU-KUPU says:

    SIAN DIE NI KAN… SEDIKIT SEBANYAK MESTI DIE MENYESAL TERLIBAT NGAN NAJIS DADAH. NAK BERUBAH TU BUKAN SENANG.. NAK HILANGKA KETAGIHAN. HOPE DIE BENAR2 DAH BERUBAH

    0

    0
  7. Anonymous says:

    lagu kala hujan superb…:/

    0

    0
  8. tarabas says:

    kalo tidak…Alhamdulillah
    kalo ya…x terkejut pun

    0

    0
  9. Zamanni says:

    Zamani yg dulu bkn la yg skrg…. skrg show lebat.. konsert pn byk.. mau x kurus…. x smpt nk ngisap blk rsanya… hebat mu Zamani… keep it up..

    0

    0