Zaman Saya Untuk Berlakon Sudah Berakhir – Dira Abu Zahar

Hiburan

Zaman Saya Untuk Berlakon Sudah Berakhir – Dira Abu Zahar

Lama kita tidak nampak pelakon Dira Abu Zahar muncul di kaca televisyen sebagai pelakon. Menurut Dira, beliau sudah membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia lakonan dan ingin fokus didalam bidang pengarahan pula.

Advertisement

Dira lebih selesa untuk menganggap zamannya untuk tampil sebagai pelakon didalam drama mahupun filem sudah berakhir.

Muncul dalam filem Kimchi Untuk Awak gandingan bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza, ia adalah buah tangan terakhir Dira sebagai pelakon.

Saya menetapkan hasrat untuk tidak berlakon kerana merasakan zaman saya telah berlalu. Dunia hiburan ini berputar dan pantas bergerak. Saban hari akan ada sahaja bakat baru yang mewarnai dunia lakonan.

Saya masih terlibat dalam bidang seni tetapi saya mahu meneroka lagi bidang pengarahan. Saya cuma mahu berhenti berlakon sahaja. Filem ini akan menjadi filem terakhir lakonan saya. Berbeza dengan Aiman dan Emma, filem ini menjadi filem debut untuk mereka. Saya memegang watak sebagai kakak kepada Bella lakonan Emma. Saya berharap agar filem ini akan mendapat sambutan.

Kami harap Dira akan terus berjaya didalam apa sahaja bidang yang beliau ceburi sekarang. InshaAllah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...