Written by Bella | November 20th, 2015

Baru-baru ini, ada beberapa berita yang mengatakan rumah tangga ibu bapa Zahirah MacWilson sedang bermasalah apabila ibunya Maslinda Yusof memuat naik beberapa foto yang menggambarkan kekecewaan di akaun Instagram miliknya.  Malah, pada bahagian bio beliau menyatakan kini sudah menjadi ibu tunggal.

Tidak mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status perkahwinan mereka, bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson mengesahkan beliau dan isteri sudah bercerai  pada 9 November lepas selepas tiada lagi persefahaman antara mereka.

Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini.

Ada pihak yang mengatakan mereka bercerai kerana wujudnya orang ketiga. Namun, Zainol menegaskan ia tidak benar sama sekali dan berharap tiada lagi pihak yang menyebarkan cerita tidak benar mengenai penceraiannya.

Mengakui masih lagi sedih selepas berpisah dengan isterinya, Zainol bagaimanapun tidak serik untuk mencari teman hidup lagi sekiranya ada jodoh.

Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.

Tetapi saya tidak serik, sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini.

Patutlah sejak dua menjak ini ibu Zahirah MacWilson kelihatan agak sedih dan kecewa. Tidak mengapalah, mungkin ini jalan yang terbaik buat Zainol dan bekas isterinya Maslinda. Apa-apa pun kami harap anak-anak anda tidak terasa diabaikan.

Sumber Berita: mStar Online

30 responses to Zainol MacWilson Akui Sudah Sah Bercerai 9 November Lepas

  1. Anonymous says:

    mereka je tau masalah yg melanda dlm hubungan mereka… tpi si bkas suami terang2 ckp sedia terima org baru bila2 masa.. .. blum sebln lg bercerai.. hurmmm

    0

    0
  2. mak c kina says:

    maaf..masih dlm edah..dah cite ‘terima org baru’…

    0

    0
    • Anonymous says:

      laki mana ada eddah… hr ni cerai…trus kawin pon boley

      0

      0
      • Anonymous says:

        jantan tak yah cerai pun boleh kawin

        0

        0
      • Anonymous says:

        mmg la lelaki blh khwn tanda perlu hbs edah, tanpa perlu cerai…mksd aku,blh berbaik semula dgn isteri dalam tempoh edah..nape mesti cite blh terima org lain

        0

        0
    • mak c kina says:

      mmg la lelaki xperlu tggu hbs edah, xcerai pun blh khwn…mksd aku…masih dlm edah..blh berbaik semula dgn isteri..nape mesti cite blh terima org baru

      0

      0
  3. hihihihihiii says:

    akhir2 ni bapak zahirah plk pemes……….hmmmmmmmmmm

    0

    0
    • Lara says:

      Esok lusa bapak dia pulak diambil berlakon, percayalah cakap aku. Hohohoho

      0

      0
    • Azxcshsbsjdj says:

      Mmg bapak dia ni plakon kn dulu. Tp mybe bru bru ni femes blik then dah ada yg ngorat sbb tu la masjid yg dibina lama musnah. Hmm hrp pmpn tu dpt blasan yg sptutnya. Say no to prosak rumahtgga. Ank anak yg jadi mngsa. Jgn dah tua nnt bru nak cari anak. Klau ada ank dgn isteri bru pun ntah bila umur da hjung2 ank masih bru nk blaja mrangkak.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    mnyampah tgk zahirah buat muka “comel” kat atas tu….

    0

    0
    • Anonymous says:

      haii muka awak yg komen ni comel sgt ka..tunjuk sikit muka awak nak compare ngn zahirah..haha…between suka sngt tengok zahirah cantik sgt..

      0

      0
    • Anonymous says:

      hai muka awk yg coment ni comel sgt ka..tunjuk sikit nak compare ngn zahirah..hahaha..between si zahirah ni mmg sangat cantik

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Klu dpt cucu..nama cucu pn die nk kaitkan ngn macwilson nnti..

    0

    0
  6. Kak Embun says:

    Baru tau Zainol Macwilson ngan zahirah macwilson ni adik beradik..mesti zainol ngan zahirah ni kluar dari rahim yg sama lalu berbin dan berbintikan ayah yg sama..btw rumah ko so PPRT zahirah oiii..jgn nk belagak Datin Seri Rozita ngn Tan Seri Zain sgt..

    0

    0
  7. Tangers says:

    Bapak dan anak sibuk berchenta ngan pasangan masing2. Hmmm..kesian. Usia begini patut membimbing keluarga. Tapi yang berlaku sebaliknya

    0

    0
  8. nunu says:

    Kesian pulak orang asyik bash Zahirah & ibu nya pasal pakai nama Macwilson. tapi setahu aku la kan Zahirah penah cakap dalam IG nama dia dalam IC Nur Zahirah Macwilson binti Zainol.

    Dorang stay oversea, bagi aku tak salah pon pakai surname tu sebab En. Zainol memang surname nya Macwilson, so isteri & anak-anak boleh bawak nama tu untuk memudahkan life dorang kat sana. Eg “Zahirah Macwilson” & “Maslinda Macwilson”, so rakan-rakan sekolah, jiran-jiran kat sana akan sedia maklum dorang ni family Macwilson. Itu rumah Macwilson, itu kereta Macwilson.

    Kalo kenalkan diri as “Zahirah Zainol” pon boleh tapi kat oversea memang orang lebih mesra pakai surname & alang2 En Zainol memang ada surname tak salah la dorang guna untuk life di oversea. eg Victoria Beckham dia pon pakai surname David lepas kawen.

    0

    0
    • Lara says:

      Takder makna nya memudahkan, my friends kat oversea yang tak pakai nama husband takder masalah pun, in fact mat salleh sekarang pun dah ramai yang tak tukar nama walau dah kawen. Certain Melayu ni jer yang lebih2. Ini lagi la once dah cerai berai kan dah jadi masalah, nak kena “previously Macwilson” bagai pulak dah kan.

      0

      0
  9. mak ko ijo says:

    No wonder la anak dia buat hal aritu create story kena kidnap bagai rupenye stress dgn Mak pak dia yg divorce ni rupeye.. X abis2 cari n buat publicity murahan Sudah2 la tu jenol jahirah wehhhh muntah ijo da tgk korang yg plastic ni

    0

    0
  10. adam says:

    haaaa baru aku igt. sapa2 yg pernah tgk tv pendidikan kt tv2 dlu, zainol mcwilson ni dlu org pggl abg lan. ada la beberapa siri dia kendalikan.

    0

    0
  11. Kupu-kupu Emas says:

    Byk sgt iklan kat Beautifulnara ni… Sampai slow giler nk buka satu2 page.. Klo mcm ni, lama2 org cabut laa… Baik Nara bt something… Aku pon rasa semak tgk iklan penuh sgt ni…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Fed up !!!gan iklan nk paksa org click!!! Chibai la

    0

    0