Zain Saidin Jalani Pembedahan Lutut Selepas Cedera Bermain Futsal

Hiburan

Zain Saidin Jalani Pembedahan Lutut Selepas Cedera Bermain Futsal

Pelakon Zaid Saidin terpaksa menjalani pembedahan lutut Isnin lalu selepas mengadu sakit lutut setelah bermain futsal. Zain telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Damansara apabila lutut kirinya semakin sakit sejak bermain sukan tersebut beberapa hari sebelum Ramadhan.

Advertisement

Hasil pemeriksaan, doktor kemudian mendapati ligamen lutut kirinya terkoyak dan perlu dibedah dengan segera. Zain perlu bertongkat selama lebih sebulan selain dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan.

Doktor menasihatkan saya, jika mahu segera sembuh ia perlu konsisten selama tiga bulan. Setiap kali rawatan mengambil masa dua jam,

Sementara itu, isterinya aktres Rozita Che Wan memberitahu perkara tersebut sedikit sebanyak menganggu persiapa Aidilfitri mereka sekeluarga. Umum mengetahui Che Ta sudah menyediakan sehingga 60 pasang baju bagi mereka sekeluarga untuk digayakan pada hari raya.

Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti.

Berbicara jika selepas ini beliau akan menghalang Zain daripada bermain futsal, Che Ta berharap suaminya itu akan memilih sukan yang kurang mendatangkan kecederaan kepada dirinya.

Semoga Zain Saidin cepat sembuh dan seperti yang Che Ta harapkan selepas ini tidak perlulah bermain sukan yang boleh mendatangkan kecederaan yang serius. Anda sudah bekeluarga sekarang jadi anda harus menjaga kesihatan diri.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...