Written by AbangNara | November 6th, 2009

zaidi omar

Sila jangan salah tafsir tajuk di atas. Zaidi Omar masih hidup ye. Cuma dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan seorang pemandu motosikal mati di tempat kejadian. Masa tue Zaidi tengah bawak kereta BMW 5 Series dia kat MRR2 bila tetiba je mangsa datang dari arah bertentangan. Tue yang terlanggar sampai mati tue.

Rupa-rupanya mangsa yang bawak motor tue try taknak kantoi dengan road-block polis. Itu yang dia terjah je pergi jalan sebelah. Malang sememangnya tak berbau bila mangsa melayang kira-kira 15 meter dan terhantuk kepala. Terus mati di tempat kejadian. Mungkin tak pakai helmet kot?

Apa-apa pun takziah buat mangsa dan jugak buat Zaidi Omar. Mesti masih dalam trauma sebab tue bila ada media try nak contact dia tak dapat. Berhati-hatilah semasa memandu kenderaan anda. Lebih-lebih lagi skang nie kalau petang je mesti hujan. Memang membahayakan.

Kalau nak baca berita penuh versi Berita Harian, sila baca artikel ini sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW dalam satu kemalangan maut di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Batu Caves, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, berasal dari Pangkalan Kubur, Kelantan dikatakan menunggang motosikalnya melawan arus di lorong kanan lebuh raya berkenaan untuk mengelak sekatan polis.

Bagaimanapun, mangsa bertembung kereta dipandu dramatis terkenal, Zaidi Omar, 51, dari arah Kepong menghala Batu Caves, menyebabkannya tercampak kira-kira 15 meter dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Bandaraya, Deputi Superintendan Abdullah Roning, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan siasatan sedang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit gagal mengelak motosikal mangsa yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan. Akibat pertembungan itu, mangsa yang tinggal di Sungai Buloh mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum jenazahnya dituntut anggota keluarganya tengah hari tadi untuk dikebumikan,” katanya.

Polis mengesahkan Zaidi membuat laporan berhubung kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee tidak lama selepas kejadian sebelum ditahan

untuk diambil keterangannya bagi membantu siasatan.

Abdullah berkata, pelakon terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangannya tetapi keretanya yang terbabit dalam kemalangan itu masih ditahan sebagai mematuhi prosedur siasatan sebelum dirujuk ke Jabatan Kimia.

Sementara itu, Zaidi gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataannya berhubung kejadian itu.

Baca Yang Ini Pulak:-

117 responses to Zaidi Omar Terlibat Dalam Kemalangan Maut

  1. tOmEii says:

    takziah tuk keluarga mgsa……
    hope zaidi tbah jgn truma sgt2….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. tOmEii says:

    pelik plak dgr ayt paper tue…..
    Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW ….
    jnis kete pon nk bg tau….
    mcm2 ada……
    pelik sgt ke kete bmw…hihi

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  3. puteriaquarius81 says:

    takziah pd mangsa & zaidi ..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. ammey says:

    huh kna bc btl2,jgn bca tjuk jew..
    nsib bek..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. violet says:

    nama dye Tuan siot…
    huhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. EclipsE says:

    u’ll sume xg lunch lg ker??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. ammey says:

    elip pkai bju pink ek

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. ammey says:

    adus..
    cek nk p toilet sat

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. aRieS ApRiL says:

    ptg smua…aries half day ari ni…tu yg bru msuk….

    1st bca tjuk…
    trkejut gak la….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. EclipsE says:

    klaka dialog kat ats tue…huhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. BumbleBee says:

    kt highwat busuk ni mmg slalu polis wat road block…dan slalu jugaklaa nmpak motor2 yg melawan arus… dah ajal, x bernasib baik plak mat klate ni..innalillahh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • aRieS ApRiL says:

      tu la…
      lain kali ambl la lsen…
      r/tax renew every year…
      xda mslh…

      tp klau dh ajl…
      nk bt cam na kan?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • BumbleBee says:

        tulaa…malaikat maut dh tunggu dier kt seberang jalan…nk wat cmner..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. BumbleBee says:

    kt highway busuk ni mmg slalu polis wat road block…dan slalu jugaklaa nmpak motor2 yg melawan arus… dah ajal, x bernasib baik plak mat klate ni..innalillahh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. pening says:

    Takziah..da mmg ajalnye d langgar Zaidi Omar….moge berhati-hati d lain mse…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • BumbleBee says:

      sian dier..x dpt tngok klate final esok ngan n9…. apepun, semoga zaidi pulih dr ape jua trauma yang melanda….menikam nikam jiwa…selemah ku lemah daku berserahh~~

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. aRieS ApRiL says:

    amy…
    ko esk jd ker g sua rasa?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. ammey says:

    violet..silent mud ka???????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. anNeDeSiLva says:

    asl korg tak kesebelah?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. anNeDeSiLva says:

    ????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. Apin Opin says:

    patut la zed zaidi buat kenyataan bukan dia yang langgor…sebab nama nak sama…muaha ha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. nha says:

    punyalah bersengkang mata nak tau siapa artis yg accident smlm rupenya zaidi omar..

    ramailah pulak mat motor mati. lagi sorang lepas ragut beg mangsa pempuan. pempuan ni kejar sampaila kat jalan mati terlanggar mat motor ni. mati kat situ gak..

    sian. 2-2 kes ni mati katak je. dan menyusahkan org lain.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • nha says:

      btw, takut dah nak masuk bharian.com lagi. tiap kali masuk ade je trojan downloader.. sebek kaspersky block.

      sape2 yg maintain website tuh please take note eh…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  20. kayana says:

    area MMR2 mmg berhantu sikit…semalam aku tgk dpn mata aku…lori treller langgar 1 kete berpusing….mmg sial tul treller tu…aku kejar dia bagitau yg dia dah laggar 1 kete…dia ckp x tau pon…pastu blah mcm tu jer

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. yula says:

    komen yg ke 100
    huhuhuhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. lanToK LeW says:

    laaaa….konpem dak tuh mat rempit atau pon tercekik nampak polis makan semperit…huhuhuh…pe aku merepek nie…pelik semacam je….huhuhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. pinkypanthers says:

    takziah wat kuarga mangsa….
    wat zaidi bersabar ngan dugaan yg dtg…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. Bukit besi says:

    haaaaaa….kalu aku yg terlanggar budak tu sampai mati aku pon kecut perot….
    biar kite xsalah pon…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. khairul says:

    Tajuk post ni agak mengerikan.

    Khairul,
    A fan of
    Gambarcarabersetubuh.blogspot.com

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  26. Btkawa says:

    dasar mat rompit tuu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  27. Only want to say your article is as tonishing. The lucidity in your post is simply striking and i can assume you are an expert on this field. Well with your permission allow me to grab your rss feed to keep up to date with incoming post. Thanks a million and please keep up the a uthentic work.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  28. Wow, this was a really quality post. In theory I’d like to write like this too – taking time and real effort to make a good article… but what can I say… I procrastinate a lot and never seem to get something done.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  29. Legalsounds says:

    I know this is really boring and you are skipping to the next comment, but I just wanted to throw you a big thanks – you cleared up some things for me!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  30. ariesgurl says:

    orang yg meninggal tu adalah anak saudara kpd jiran saya.. dgrnya, sbb zaidi omar ni ada byk duit, so dia guna duit utk tutup kes ni n spy x dibawa ke mahkamah.. wallahualam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0