Written by Bella | February 5th, 2016

Enggan bercerai dengan Zahnita Wilson, suaminya Abdul Zackery Ghouse telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Zahnita.

Alasan beliau berbuat demikian adalah kerana Zahnita tidak mendapat keizinan beliau untuk keluar daripada rumah mereka pada 13 Disember 2015 serta tidak mahu mendengar kata Zackery.

Walaubagaimanapun,  Suriany Awaludin peguam yang mewakili Zahnita berkata anak guamnya itu telah menolak tuntutan nusyuz yang dibuat oleh suaminya itu.

Anak guam saya tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

Abdul Zackery, memfailkan tuntutan kembali taat (nusyuz) pada 14 Januari lalu mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, di mahkamah sama, Zahnita dan suaminya masing- masing mengemukakan wakil jawatankuasa pendamai (JKP) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap rumah tangga mereka.

Zahnita diwakili abangnya, Mohd Julian Hussein Wilson manakala Zackery diwakili adiknya, Shreen. Hakim Syrie, Muhamad Hisyam Zakaria menetapkan 28 April ini untuk laporan jawatankuasa pendamai dan nusyuz. Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu,  Zahnita telah memfailkan penceraian  kerana  mereka tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak 13 November 2015.

Zahnita memfailkan permohonan perceraian itu pada 31 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sumber Berita: Sinar Harian

22 responses to Zahnita Wilson Tolak Tuntutan Nusyuz Yang Dibuat Oleh Suami

  1. Hijau says:

    Apa sebab sebenarnya zahnita nk sgt cerai?

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      kau ni macm tk tau pulak kenape dia nk cerai ngan laki dia…dh tentu la dia nk berlakon atau nk bermodel macm duluuu dia kan cantek cute tkannk stay kt rumahhh aje jaga anak..kalau ada laki ni leceh nk kemana2 ! lagi2 kalau dapat laki yg cemburu nk mampos laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi lah lecehhuh ! kalau dh tk sayang n tk ada hati lagi ngan laki bagos cerai aje dari makan hati stress..

      0

      0
      • hijau says:

        Kalau aku tau aku tak tanya la bongok! yang kau nak jawab soalan aku mcm meroyan apesal? aku tanya elok2 yg kau jawab jela elok2.. lagi satu ni mcm jawapan kau reka sendiri je..

        0

        0
        • Datin says:

          dia ni cantik apa kebendenyerrr… ko tak tengok gambar terbaru dia yang rambut pendek tu? dah macam pondan thai aku tengok. huh

          0

          0
        • Zu Mohd says:

          Hijau, dia nak cerai sebab asyik dia yg penat bekerja cari nafkah utk anak-anak. dulu penah nak bercerai tp bebaik semula

          0

          0
        • Anonymous says:

          Ikut peredaran usia la..Dah memang dia ni cantik dulu, skng ni usia dah meningkat, klau tak jaga betul2, dari wajah dah boleh nampak peningkatan usia..Cuba tengok gambar lama, lawa..gambar terbaru hari tu dah nampak kurang lawa..tapi tengok depan2 taktau la pulak camne..

          0

          0
      • minah jambu terlajak habis says:

        minah jambu agak2 aje hehehe…ememmuah hahaha..

        0

        0
  2. Heartbeat? says:

    Psikologi & hati dh x mampu utk brtahan lg dlm marriage agknye ..

    0

    0
  3. ChanteQ says:

    Isteri yg nusyuz xkan bau Syurga slagi x dpt keampunan suami.

    0

    0
  4. orgtua says:

    Let it go, let it go…

    0

    0
  5. sajelalu says:

    bila seseorang wanita itu bercerai…dan laki claim dia nusyuz…. dia tak dapat tuntut harta…Nampak? Nampak?

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      elehhh harta boleh di cari kalau berusaha keras..kalau hati dh tk suka lagi ngan laki peduli happe kalau tk dapat harta pon ! as long as dapat cerai hati dh senang n tenang n dh boleh pikir pasal masa depan pulak..

      0

      0
  6. cik kuntum says:

    aku rasa minah jambu ni mst org yg dkt dgn zahnita ataupn zahnita sndri…sbb komen org kat sini suma ala2 positif tapi dia aaaade je jwpn…xkisahla….tp kalau bkn,aku mntak maaf..nmpk sgt ko ade sejarah ngn laki ko ( tu pn klo ko dah kawin la,xtau la aku kalau ko sakit mental sbb xde org nk ko)kuikuikuikui

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Boleh sy tahu kenapa artis ramai yg bercerai berai. Yess…maybe org ckp sbb artis tu selebriti so ap die buat cthnya cerai pn semua org akn tahu..pdahal rkyat malaysia biasa pn rmai yg bercerai.. hakikatnya, itulah hakikatnya..mmg artis kbykkn rumh tgga bermasalh. Xad ke komuniti or persatuan artis yg boleh lihat permasalahan ni.

    0

    0
    • Pengkaji Manusia says:

      Ini opinion aku je la. Berdasarkan pemerhatian aku.

      Artis yg aktif byk jmpa org ramai. Berbnding org biasa yg keja biasa. Peluang lebih byk utk digoda.

      Tapi sedangkan org biasa keja opis, nurse, doktor, kerani etc pun ada terjebak skandal.

      Malangnya x masuk news sbb x famous.

      Lg satu, hidup artis ni glamer ada kala over-rated. So bila dh kawin dan jenis yg slow down kan aktiviti seni mereka, dia org rasa mcm culture shock sbb dh x ada org tgk atau bg attention.

      So reality bites. Then bosan. Then gaduh. Then….ada faktor2 lain la sperti kawin dgn lelaki x berkepok wang dan x mmenuhi impian. So…sume ni bkn salah artis saja ke, kdgkala psgn pun salah. Sebelum nikah mungkin jnji istana emas etc. Hidup ni x seindah mimpi masa remaja.

      Bila dh kawin kne redha mcm mak pak kita dulu. Ade mslh cuba selesaikan.

      0

      0
  8. Anonymous says:

    laki dia keje ape

    0

    0
  9. Isteri says:

    pengalaman aku yg lalu semasa aku nak minta fasakh, aku btanya kpd ustaz adakah seorg isteri tak akan cium bau surga (nauzubillahminzalik) sekiranya dia mminta cerai atau fasakh, ustaz jwb tiada sorg pun yg tau sapa2 yg akan masuk surga atau neraka dan sekiranya suami ada mbuat bbrp pkara spt yg tertera d belakang surat nikah dan isteri sudah mjd tawar hati utk bsama maka di haruskan, sbb isteri juga ada hak utk bahagia, wallahualam….

    0

    0