Zahirah Macwilson Masih Bercinta Dengan Zul Ariffin

Hiburan

Zahirah Macwilson Masih Bercinta Dengan Zul Ariffin

Sebelum ini kisah cinta antara Zul Ariffin dengan Zahirah Macwilson mendapat liputan media kerana ia cuba disembunyikan oleh mereka berdua walaupun dirakamkan berpegangan tangan di sebuah restoran. Apatah lagi pada masa itu kekasih Zul yang diketahui ramai ialah Gayatri Sulin Pillai, penerbit filem dan drama.
 photo 12599384_1123031587728297_1573799024_n.jpg
Bagaimanapun, baik Gayatri mahupun Zul mengakui hubungan cinta mereka sudah lama berakhir dan Zul mengakui sedang bercinta dengan Zahirah. Sejak itu tidak kedengaran khabar berita mengenai percintaan mereka sehingga ada membuat andaian yang mereka telah berpisah. Kepada Utusan Online, Zahirah memberitahu:

Orang buat andaian begitu mungkin kerana kami tidak bercerita sangat perihal hubungan kami. Bagi saya tiada apa yang perlu ditunjukkan kepada orang luar, karier adalah fokus utama. Dalam masa yang sama juga saya dan Zul sendiri memang sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi, lebih senang begini sebenarnya.

Bagi Zahirah, dia tidak memilih untuk berkongsi saat manis percintaanya dengan Zul Ariffin di media sosial seperti remaja lain kerana perlu bersikap matang.
 photo 10623985_751321374974177_2111218775_n.jpg

Saya rasa perlu matang dalam hal ini, tidak mahu rasanya untuk saya sendiri bersikap terlalu menunjuk.

Kami ada kerjaya masing-masing yang perlu diutamakan.

Tidak lama selepas itu juga, bapanya pelakon Zainol Macwilson dan ibunya Maslinda telah bercerai, namun Zahirah tidak trauma dengan perkahwinan dan menganggap semua itu ada pengajarannya.

Saya tidak trauma dengan perkahwinan kerana semua itu ketentuan tuhan dan sebagai manusia kita perlu ambil iktibar apa yang berlaku. Bukan sekadar perceraian ini, tetapi juga apa yang berlaku dalam kehidupan kita.

Sebelum ini ibu yang uruskan segalanya untuk saya, tetapi ibu telah kembali ke Perth, Australia untuk menjaga adik-adik di sana. Ayah pula ketika ini juga ada urusan sendiri. Kalau ikutkan memang penat kena uruskan semua perkara sendiri, tetapi belum terfikir lagi mahu dapatkan pembantu, bukan apa saya susah percaya orang.

Setakat ini semuanya masih okey. Saya boleh memandu ke lokasi penggambaran dan ambil baju tajaan sendiri. Kena kuat semangat sebab saya anak sulung daripada empat beradik, jadi tanggungjawab itu banyak.

Zahirah juga menggalas tangungjawab besar sebagai anak sulung empat adik-beradik.

Sekurang-kurang tiga bulan sekali saya akan pulang ke sana untuk menjenguk ibu dan adik-adik. Malah minggu depan juga saya akan berada di sana.

Sekurang-kurangnya seminggu, meluangkan masa bersama mereka saya akan kembali bekerja di sini pula.

Zahirah juga tidak mahu memberi komen berhubung gambar topless Zul Ariffin untuk sebuah majalah kesihatan yang mengundang kritikan ramai beberapa hari lepas.
 photo 12543234_748378705293277_1754378512_n.jpg

Saya rasa Zul berhak buat keputusan sendiri, dan saya tidak mahu komen apa-apa mengenainya.

Tidak dapat dipastikan mengapa ada yang membuat spekulasi pasangan ini telah berpisah hanya kerana tiada berita terbaru mengenai percintaan mereka. Ada orang yang bersikap terbuka mengongsi segala-galanya tentang percintaan di media sosial dan ada juga yang memilih untuk tidak menghebahkan apa-apa kerana menganggap soal cinta ialah sesuatu yang peribadi.

Kita doakan saja perhubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Pasti segak dan jelita para pengantinnya nanti.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...