Written by Bella | July 19th, 2016

Sekitar bulan lepas,  Zainol Macwilson dihimpit kontroversi apabila bernikah secara senyap-senyap  bersama seorang janda anak dua di Kangar, Perlis. Malah, perkahwinannya itu juga tidak diketahui oleh anaknya Zahirah Macwilson.

Kini selepas lebih daripada sebulan bapanya bernikah, Zahirah menerusi portal Utusan Online memberitahu beliau tetap sayangkan Zainol. Walaubagaimanapun, Zahirah masih lagi dalam proses untuk menerima hakikat beliau mempunyai adik-beradik tiri.

Buat masa ini juga, Zahirah belum bersedia untuk bertemu ibu dan adik-beradik tirinya demi menjaga hati ibunya sendiri.

Setakat ini saya masih cuba memberi sokongan buat ibu dan dalam masa yang sama tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk papa juga. Soal hubungan mama dan papa saya tidak mahu komen, namun saya yakin mereka profesional demi anak-anak.

Sama ada mahu menemui keluarga baharu papa itu masih tidak tahu lagi, agak pelik sebenarnya untuk mengetahui saya ada adik-beradik tiri. Mungkin bukan waktu yang sesuai juga untuk saya menemui ibu tiri saya dalam waktu sekarang. Saya lebih mahu menjaga hati ibu saya.

Zahirah juga akui, pada awalnya beliau sudah dapat merasakan Zainol sudah mempunyai teman wanita meskipun bapanya itu sering menafikannya.

Saya dapat rasakan memang papa sudah ada teman wanita pada mulanya, tetapi dia tidak pernah mengaku bila ditanya. Bila kami dapat tahu dia berkahwin, memang dalam keadaan terkejut sebab dia tidak pernah berkongsi apa-apa.

Melihat rumah tangga ibu bapanya yang musnah di tengah jalan, Zahirah tidak merasa trauma  dan percaya dengan ketentuan jodoh.

Bukan mudah sebenarnya untuk menerima sebuah lagi keluarga baharu yang asing didalam kehidupan. Tidak mengapa Zahirah, usah dipaksa dan perlahan-lahan mencari keserasian dan mendekati ibu dan adik-beradik tiri.

Sumber Berita : Utusan Online

6 responses to Zahirah Macwilson Belum Sedia Jumpa Ibu Dan Adik – Beradik Tiri

  1. minah jambu - safety first says:

    pes hehe…

    0

    0
    • Man kijang says:

      Err ok. Anak gila kontroversi, belakon kayu, lipstick suka pakai tebal dari bibiaq, n dah mcm tak belakon.
      Pastu bapaknya tumpang popularity..
      Sila bersara mcm hanez suraya !

      0

      0
  2. ish3..kesiannnnn says:

    padan muka ko,dulu2 ko tak pcaya kan? ibu yg mgandungkan ko susah pyah membesarkan ko, bagi makan engko dan adik beradik ko serta bapak ko sekali, ko buang mcm tu je.. bukan nk bagi support pun, pecaya la sgt bapak tak guna ko tuh, balik ke mesia bukan ada faedah pun, menyemak je, lebih kontolbesi dr anak, sgup pulak putarbelit ceta, who does he think he are? ptuiiii..merasalah engko sekrg, hidup dgn lelaki hipokrit mcm bapak ko tu. pathetic!

    0

    0
  3. anon says:

    Ayah dia kawen dgn ustazah yg dia duk bermain cinta hari tu ke. Yg mak zahirah dedahkan tu?? Ke dgn org lain.

    0

    0
  4. Rambo says:

    Tek Cik

    0

    0
  5. ikesian says:

    Takpala Zahirah. Your mom needs u more than your father. Mak u yang sengsara skrg, pedulik apa nak jumpa perampas tu, x penting pun. Be by her side, always. kesian mak u. Bagi mak u rasa takda satu pun kekurangan kasih syg walau laki tu takde.

    0

    0