(TAHNIAH)Zahida Rafik, Ini Baru Betul Artis Contoh

(TAHNIAH)Zahida Rafik, Ini Baru Betul Artis Contoh

zahida rafik

Kagum. Sesungguhnya kami memang kagum, terkagum, mengkagumi dan berkagum dengan usaha Zahida Rafik. Tiada ucapan lain selain tahniah yang patut kami berikan kepada Zahida Rafik. Sememangnya dia deserved untuk diberikan ucapan tahniah. Tiada kompromi lagi.

Advertisement

Kenapa kami beria sangat nak memuji Zahida Rafik nie? Untuk anda yang tak tahu, Zahida dalam senyap-senyap dah pun menubuhkan satu persatuan amal yang diberi nama Friends Ukhuwah. Nama pun dah sedap didengar kan? Apa kejadahnya Friends Ukhuwah nie pulak? Haaaa (baca dengan nada kagum). Meh sini kami cerita.

Friends Ukhuwah ini adalah satu pasukan amal yang ditubuhkan oleh Zahida Rafik ngan bantuan kawan-kawan dia. Diorang dah aktif bergerak membuat kerja-kerja amal dari awal tahun 2009 lagi dah. Antara aktiviti diorang ialah meraikan anak-anak yatim, membantu mangsa HIV dan AIDS, menganjurkan majlis berbuka puasa dan macam-macam lagi lah. Memang terbaiklah Zahida Rafik nie.

Yang tambah terbaik dan mengkagumkan ialah selepas 9 bulan barulah Zahida berjaya dikantoikan buat persatuan amal nie. Memang zuhud tahap tinggi nie. Senyap jer dia buat kerja amal. Tak kecoh-kecoh. Tak ada nak masuk TV ke majalah ke. Orang kata sampai tangan kiri pun tak tau lah dia buat kerja macam nie. Memang wajar dijadikan artis contoh.

Buat Zahida Rafik, tahniah daripada kami atas usaha anda. Teruskan niat murni anda untuk membantu mereka-mereka yang tak berupaya dan kurang bernasib baik. Kalau ada masa nanti, jemputlah kitorang sekali. Kami pun nak join jugak buat amal kebajikan nie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...