Written by AbangNara | February 27th, 2015

Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.
zahida rafik Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Zahida sebelum ini juga didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan seorang menteri Kabinet.

Mahkamah berpendapat hujah pembelaan tentang keistimewaan sampingan dan justifikasi tidak dapat diterima, manakala keterangan saksi defendan yang dikemukakan di mahkamah tidak boleh dipercayai.

Hue berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan Zahida mengenai kewujudan baucar yang dipalsukan.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Noor Azam yang merupakan saksi tunggal plaintif dan 5 saksi defendan, termasuk Zahida.
zahida rafik
Noor Azam berkata, beliau ditahan reman polis selama 4 hari selepas Zahida membuat laporan terhadap dirinya mengenai kehilangan wang itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan bayaran lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Noor Azman, yang turut didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan melakukan pecah amanah wang milik Zahida berjumlah RM200,000, berharap keputusan yang sama memihak kepadanya.
zahida rafik
“Saya menunggu kes saman ini selesai hampir 3 tahun dan selepas ditangkap pada 2012 saya hilang pekerjaan,” katanya, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi.

Noor Azman, yang diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin dan Latheefa Koya berkata perbicaraan kesnya di Mahkamah Majistret Ampang akan bermula 23 Mac ini.

Zahida, yang diwakili peguam Sarah Abishegam turut hadir di mahkamah hari ini. – 26 Februari, 2015. Sumber TheMalaysianInsider.zahida rafik
zahida rafik

zahida rafik

zahida rafik

zahida rafik

zahida rafik

zahida rafik zahida rafik zahida rafik

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Zahida Rafik Didapati Bersalah Memfitnah Bekas Pemandunya

  1. Anonymous says:

    muka asal lg cantik dri muka skrg.. syg muda tpi dh di ubahnya muka hurmm.. zahida lupa kot rm 200 ribu tu dia yg guna tuk cucuk tang sini cucuk tang sana..

    1

    0
    • Mak andam says:

      duit haram…..tak berkat.

      1

      0
      • pesal aku tgok dia mcm pondan??
        ke mata aku yg kero??

        1

        0
        • Yahudi says:

          whatever it is , she’s still my idol , hidup mewah , duduk rumah goyang kaki , masak , having a wonderful life , pastu post kt insta pasal food and fashion !!
          “rumah ini hanya dipenuhi dgn bunyi ,gema kasut jimmy choo kau beli”
          “kau selalu suruh ku bawa maserati mu , beli belah dgn mastercard mu”
          “aku mahu rumah yg besar , aku mahu mobil yg besar ,aku mau upah yg besar , uang tuk ku berbelanja ”
          #WeLoveZahidaRafik

          0

          1
    • Anonymous says:

      kejap gambo bertudung kejap gambo seksi. dia buat muker dah nak mirip ngan nancy ajram.hidup mewah dikatakan businesswoman yg berjaya. dia ni drama baru tak der movie baru pun tak der tapi publisiti melampau all for the wrong reasons.

      1

      0
      • aminah harun bachik says:

        Oooo.. mmng btol la mcm nancy ajram. pndai anon ni.

        ** laju2 google nancy ajram (nmpk x fungsi google di situ)

        0

        0
        • mak jenab says:

          Nancy Ajram pun fake jugak

          0

          0
        • epok epok says:

          kalo x salah aku….nancy tu pun bukan muka ori . Dia ader buat something.

          0

          0
        • Pok pet says:

          Iyer la… Dari aku xkenal nancy.. Dh jd kenal.. Ekeke

          0

          0
        • Anonymous says:

          lagu2 nancy ajram banyak yg catchy & easy listening. musik video dier pun best. tak kisahlah nancy ajram banyak buat plastic surgery untuk nampak cantik & seksi coz dier ugama christian.tak sia2 dia buat plastic surgery kasi bibir nampak seksi & etc bab sekarang ni dia di antara artis arab yg dapat bayaran mahal utk menyanyi, tercantik dan kaya raya.

          0

          0
        • Yahudi says:

          aku ada CD Nancy Ajram dgn Myriam Fares , so bila aku buka dlm kereta , kwn aku yg Kristian lg infidel ckp “tukar lagu laen la , you suka buka mengaji ” , so stupid he is , KEKEKEKEKE , NA and MF tu mmg christian , tp bila nyanyi lagu arab mcm menyanyi nasheed ahahhaha .

          0

          0
        • Anonymous says:

          macam nasheed ker???? to me lagu nancy ajram langsung tak bunyi macam nasheed atau qasidah atau marhaban

          0

          0
        • matahari says:

          aku tak minat nancy ajram or mariam fares. my favourite arab singer is from the Kingdom of Saudi Arabia, nama dia Abbas Ibrahim.

          0

          0
        • Yahudi says:

          lyrics lagu arab akan buat org igt diorng memuji tuhan or mengaji quran macam tu , mcm setengah lagu Nasheed yg ada music2 timur tengah mcm Yahana , and Raihan – Ya Nabi Salamun Alaik , jadi jgn nak hairan kalau ada yg menari belly dance kalau dgr lagu tu !!!

          0

          0
        • Anonymous says:

          suka ati kaulah itu yr opinion. setahu aku lagu nancy ajram semua pasal cinta and putus cinta. dia tak pernah pun nyanyi lagu pasal tuhan. yg aku tahu dia pernah nyanyikan lagu pasal negara Mesir.

          0

          0
        • al qudsi says:

          baca Al-Quran bunyinya lain, nasheed pun bunyinya lain tak macam lagu2 yg dinyanyikan penyanyi arab.

          0

          0
  2. bedah bedot says:

    Kebenaran terbukti akhirnya….

    0

    0
  3. minah says:

    dia ni kawan dgn bini2 dato ja nohh…. dgn zizie, umi, haflin saiful… hahhaha adakah dia pun bini dato gak???

    0

    0
  4. makcik jaga parking says:

    tekena buku dgn ruas..ingat keja drebar taktau undang2?…jgn tengok org seblah matalah makcik oii

    1

    0
  5. Anonymous says:

    Hoho.. Padan muka .. Duit x ada

    0

    0
  6. dear_lavender says:

    xde make up rupe mcm muke BETTY BENAFE :)

    0

    0
  7. ayraa says:

    Doa org yg teraniaya di makbul Allah.

    1

    0
  8. baru adil says:

    Pdan muka ko Zahida.jgn igt drebar ni bodoh..ko tu yg sbnrnye bangang dn bdoh.Allah Maha Adil

    1

    0
  9. unknown says:

    apa product yg dia ada sampai boleh hidup mewah?

    0

    0
  10. jayjay says:

    Setakat nasik lemak tiga poseng, tapi bersungguh pakai baju off-shoulder. Bluerghhhhhh. Apa pun amacam ko pindah London macam aku neh, kata ada property situ hagahaha

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Sebab tu jangan la memandang orang di atas je bagus, orang di bawah sesenang hati boleh di aniaya. Doa orang yang teraniaya ni dimakbulkan tuhan.

    1

    0
  12. Mek Ti says:

    Selalu je dia ni perform kat ship time2 hujung minggu.. geng dgn dorang diva.. :P

    0

    0
  13. Aku BukanKau says:

    Aku tengok muka dia ni dah hampir sama dengan pondan natasya farisya… Pondan yang Bf dia kena simbah asid tu…

    1

    0
  14. akukesah says:

    apalah sgt 150k tu,zahida ni millionaire lah..org bisnes ni duit tak stop kat situ je stiap hari bertmbah,hari ni hilng 150 esok lusa profit dah cover! rezeki dia.

    0

    1
  15. sajenaktau says:

    mcmane kaye eh dia? movie xde pun? bisness ape dia buat? sbb mmg nampak mewah giler hidup..

    1

    0