Written by AbangNara | October 4th, 2013

Untunglah bakal isteri Yus Jambu. Pasti kehidupannya akan dipenuhi gelak tawa dan keceriaan. Abang Nara dari dulu lagi memang suka dengan lawak si Yus ini. Simple tapi memang berjaya menggeletek hati. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yus kerana bakal bergelar suami hujung tahun 2014.
yus jambuUntuk makluman, Yus Jambu kini sudah pun berusia 37 tahun. Memang dah molek sangatlah tue untuk berkahwin. Bakal isterinya adalah seorang setiausaha dan peragawati separuh masa. Kata Yus kepada Kosmo:-

Insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun depan kerana ingin memberi peluang kepada bakal isteri untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah sarjana.

Dia merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat dan berasal dari Taiping, Perak. Mungkin sudah tiba masanya saya untuk berkahwin dan telah jumpa orang yang sesuai. Dia juga faham kerja saya dan mampu menjaga saya kelak sebagai seorang isteri kepada saya.

Saya tertarik kepadanya bukan kerana paras rupa, sebaliknya saya tertarik kerana keperibadiannya yang sesuai dengan diri saya sendiri. Apa yang penting, pada umur saya yang sudah mencecah 37 tahun ini, kefahaman dalam perhubungan adalah sangat penting bagi saya

yus jambu

Baguslah macam itu. Rupa paras memang bukan segalanya. Nanti dah berumur, berkedut juga muka. Semoga segala perancangan Yus dan bakal isterinya akan berjalan seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat mereka berdua.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Yus Jambu Bakal Berkahwin Hujung Tahun 2014

  1. amoi says:

    Perghhhh..dah nak kawin…dgn sapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????!!!! tahniah Yus…

    *ala comei comei! #sepak barutaw..hahahaha

    0

    0
  2. Rock says:

    Aku penah tgk satu web niii gambaq bakal isteri dia.. Bertudung org nya

    Tp tktau la betoi ke idok hehehe

    0

    0
  3. adnan semput says:

    tak kenal….nextttt

    0

    0
  4. amin says:

    Hujung tahun 2014???????? Pergh!! Lama tu….awalnya bagitau media..tp takpelah…moga dpermudhkn suma urusan…bahagia hingga ke syurga..amiinn…

    0

    0
  5. ketua kg says:

    mesti bakal is3 cam ziela bakarin

    0

    0
  6. Anonymous says:

    lama lagi la…ingat hujung tahun 2013…kalau hujung tahun 2014 mcm2 leh jadi…dh x de cite lain ke abg nara….

    0

    0
  7. gigi emas says:

    “Yus Jambu Bakal Bercerai Hujung Tahun 2015” akan datang tak lama lagi di tabloid bodoh nara al-bangang….

    0

    0
  8. […] tapi memang berjaya menggeletek hati Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yus kerana bakal Read More This entry was posted in Entertainment and tagged 2014, Bakal, Berkahwin, Hujung, Jambu, Tahun. […]

    0

    0
  9. yusri says:

    Tauke tu pulak bila nak kawen ye. Takkan yus sorang je rancang nak kawen.

    0

    0
  10. miera says:

    yus antara pelawak yang paling aku tak kenan. macam selalu buat lawak bodoh. kalau dia berlakon jadi bodoh pun sangat real! macam tu memang dia.

    0

    0
  11. Leo says:

    saya minat dengan lawak pak yus… sekian

    0

    0
  12. Kelate demo says:

    Jom singgah blog i lagi bagus u…

    0

    0
  13. bedah says:

    baru 37 ke? waaaa ingtkan dah 50.
    apa2 pun bila nk menikah isok bawak2 simpan sikit perangai perongoih hang tu, nyampah… buat lawak pun jerkah2, apa org ni pekak ka

    0

    0
  14. minah jembu merah biru pasti gerek says:

    ada jugakkkk yg nak kawin ngan si yus ni eh…dia bukan Nye hensem sangat n bukan calang2 minah yg nk kawin ngan si yus ni ..SETIAUSAHA lagiiiiiiii mungkin minah dia tk memileh rupa asalkn baik setia bertanggong jawab n tk kawin sembunyi2 di Thailand sudahhhhhh…semoga bahgia….minah jembu suka ngan kelakar si yus ni..

    0

    0
  15. thejudgingcat says:

    dia ni pon da nak kawen . aku ni bila lagi .aduhh

    0

    0