Written by Bella | February 1st, 2017

Kekecohan isu sekatan Imigresen yang  diperintahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang juga dengan tegasnya melarang imigran Muslim daripada memasuki negara berkenaan telah membuatkan penyanyi Yuna risau dengan keadaan pelajar Malaysia di sana.

Menerusi satu status yang dimuat naik oleh Yuna di akaun Twitternya, beliau berpesan kepada semua pelajar Malaysia untuk menjaga diri dan jangan segan untuk berhubunga dengan beliau sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan serta memaklumkan setiap perkara terkini kepada beliau.

Keprihatinan Yuna itu mendapat reaksi positif daripada pelajar-pelajar Malaysia dan mereka dilihat turut membalas status Yuna. Mereka masih berada dalam keadaan baik dan selamat.

Perintah yang dikeluarkan oleh Donald Trump sebenarnya ditentang juga oleh sesetengah rakyat Amerika Syarikat, sepanjang minggu ini, presiden itu menerima pelbagai komen negatif termasuk daripada beberapa selebriti antarabangsa terkenal.

Kami juga mendoakan  kesejahteraan bukan sahaja pelajar-pelajar Malaysia selamat tetapi semua saudara sesama Islam kita yang berada di sana.

18 responses to Yuna Luah Rasa Risau Dengan Keadaan Pelajar Di Amerika Syarikat

  1. Anonymous says:

    jilake punye terompah..

    1

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Amerika ada Trump, Yuna dah risau..
      Kami kat Msia ada Najib… Yuna tak risau pun…
      Smlm minyak naik lagi doposen…
      Selangor suh bayar plastik 20sen… 1 bulan berita tak benti mengutuk.
      Padahal bukan wajib pun…
      Malaysia naik minyak doposen… wajib isi sbb nak pi kije..
      Tak ngamuk plak berita tivi tiga suku tu..
      Berani… cuba meroyan isu doposen ni sebulan!

      57

      4
      • Anonymous says:

        tertanya..kemaen amek berat nye..nak tolong cmne tu, if u need anything? kedutaan ada..xyah risau sgt ye yuna..risaukan turban ko tu je

        14

        19
      • Anonymous says:

        Well, tak teramuk. Dapat pekeliling di Johor wajib penjawat awam potong gaji RM10 atau lebih untuk wakaf. Semua terlibat. Tak cukup kaya lagi ke kerajaan Johor? Ikhlas boleh dipaksa ke? tak boleh. Sama la dengan respect. U earn respect, u cannot demand. Bullshit!

        7

        0
        • Anonymous says:

          Nak tambah… setiap bulan okeyyyy…. bukan sekali seumur hidup. Kena guna scientific calculator untuk kira juta-juta yang dapat tiap bulan dari potongan duit gaji penjawat awam.

          2

          -1
        • Anonymous says:

          Kat Sgor dah lama buat yg sama.

          1

          1
        • Pekerja Gomen says:

          Kalau kau ikhlas…. itulah saham akhirat kau….
          Dah tentu kau tau ia digunakan ke jalan Allah..
          Membantu asnaf dan fakir..
          Mana tau buat penerang kubur ko nanti
          Aku lebih rela potong gaji aku bayar zakat atau bantu org susah..
          Dari potong gaji aku untuk bayar LHDN…

          12

          0
  2. Pekerja Gomen says:

    Amerika ada Trump, Yuna dah risau..
    Kami kat Msia ada Najib… Yuna tak risau pun…
    Smlm minyak naik lagi doposen…
    Selangor suh bayar plastik 20sen… 1 bulan berita tak benti mengutuk.
    Padahal bukan wajib pun…
    Malaysia naik minyak doposen… wajib isi sbb nak pi kije..
    Tak ngamuk plak berita tivi tiga suku tu..
    Berani… cuba meroyan isu doposen ni sebulan!

    7

    6
  3. Mat K says:

    Ok je Yuna. Tenang2

    2

    0
  4. Anonymous says:

    hahaha… zaman najibla keluar semua rasuah2 di zaman Tun M… thumbs up najib

    0

    4
  5. Yekeni says:

    She’s a Malaysian embassy now?

    1

    5
  6. Yekeni says:

    ‘ambassador’

    1

    0
  7. Yanu says:

    Apa dia boleh buat kalau US immigresen tak bagi pelajar masuk?

    0

    2
  8. Anonymous says:

    rasanya Yuna dan semua Malaysian kena keluar dari Jewnited State tu saya tgk video2 yg tak disebar di media orang2 Islam kena curi serang dari belakang dan media tak laporkannya,,

    1

    0
  9. ig says:

    This paragraph will assist the internet people for setting up
    new webpage or even a weblog from start to end.

    0

    0

Leave a Comment

Optional