Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Bertunang Selepas Raya Dan Nikah Pada Januari 2018?

Hiburan

Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Bertunang Selepas Raya Dan Nikah Pada Januari 2018?

Hubungan mesra penyanyi Yuna dan Adam Sinclair bukanlah satu perkara yang baru lagi. Umum mengetahui mereka cukup rapat bersama tetapi menafikan setiap gosip percintaan yang mengaitkan mereka berdua.

Advertisement

Menerusi ruangan Miss K di Astro Gempak, beliau memaklumkan bahawa Yuna dan Adam bakal mengikat tali pertunangan selepas Aidilfitri ini dan bakal bernikah pada 28 Januari 2018.

Menurut sumber yang Miss K panggil Dina itu, (eh! bukan Dina Era tau!) persiapan untuk pertunangan Yuna dan Adam sudah pun siap dan kini, ibu Yuna sedang fokus kepada majlis yang lebih besar, iaitu hari perkahwinan anaknya dengan adik kepada aktor Asyraf Sinclair itu, pada 28 Januari tahun hadapan.

Ini bukan kali pertama berita mengenai pertunangan dan perkahwinan mereka tersebar, sebelum ini ada juga sumber mengatakan mereka mahu mendirikan rumah tangga tetapi  Yuna  memberitahu khabar angin perkahwinan itu tidak benar dan beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk berkahwin dengan Adam.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...