Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Berkahwin Pada 1 Ogos 2018?

Hiburan

Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Berkahwin Pada 1 Ogos 2018?

Tentu ada yang masih ingat khabar angin baru-baru ini yang mengatakan penyanyi Yuna sudah bertunang dengan adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair iaitu Adam Sinclair gara-gara dilihat berpakaian sedondon. Walaubagaimanapun, Yuna menafikan gosip tersebut.

Advertisement

Terbaru, menerusi portal Utusan Online, mereka melaporkan Yuna bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Adam pada 1 Ogos 2018. Mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan sekitar bulan  Oktober depan.

Namun, sehingga kini Yuna ataupun pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang respon berhubung berita perkahwinan ini.

Sebelum ini Yuna dalam satu kenyataan mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuat naik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta.

Jika berita ini benar, kami harap Yuna dan Adam akan berbahagia bersama dan semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar. Lagipun mereka berdua sudah lima tahun berkawan.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...