Written by Bella | May 30th, 2016

Amy Search sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pemain dram, Yazit dan sering melawat rakannya itu di hospital ketika sakit.

Namun, masalah mereka berdua seakan tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin rumit apabila Yazit baru-baru ini membalas semula kenyataan Amy.

Yazit mendakwa, kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sedang sakit tidak ikhlas dan penyanyi itu semata-mata inginkan perhatian media untuk mencari publisiti.

Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

Menurut Yazit, Amy hanya datang ke hospital selepas isterinya meminta Amy untuk melihat keadaan beliau dan bukan atas kehendaknya sendiri.

Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas.

Saling berbalas kenyataan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Cubalah bertentang empat mata dan meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing daripada hati ke hati.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

49 responses to Yazit Akui Amy Search Tidak Ikhlas Ziarah Beliau Di Hospital

  1. Intan says:

    Sudah lah ko kubur kata mari masih lagi nak ckp banyak.. amy tu sekadar kawan je . Dia tak tgok ko pun tak dosa. Ko dlm group dia ko charity ke keje drg bayar ko jugak kan.pasal duit sume benda nak kluar kan. Mana ko tahu dia tak baca kan ko yassin. Mana ko tahu dia tak ikhlas nak melawat ko. Kalau bini ko paksa pun dia kalau tak nak pergi . Kita tak boleh salah kan dia. Ko bukan nya dia punya tanggung jawap. Ehk ko pegi masjid sudah lah habis kan sisa sisa hidup ko taat pada tuhan
    Tak yah nak fitnah fitnah org. Org mcm ni pun ada.. amy kalau tahu mcm ni dari dulu dia go solo. Lagi bagus. Tak yah susah susah nak tanggung org mcm ni…

    0

    0
    • Black Cat says:

      Shut up intan…
      Skarng dh trbukti pihak mana yg
      btul slama ni…brubahla amy oii
      ko nk pi lawat pn siap bwak cameraman bagai nmpk sgtla ko
      x ikhlas..apa kata ko dtg skali ngn
      kmpulan ko kn lgi bagus x pyah
      bwak cameraman 2…cissss

      0

      0
      • Anonymous says:

        ikhlas itu ibarat di dalam surah ikhlas yg kita xkan jumpa pun perkataan ikhlas..
        soal ikhlas atau tak..susah nak tafsir..jika kita kate org tu xikhlas itu adalah cerminan diri kita, hanya org yg xikhlas je yg tau, macamne jika seseorg itu juga xikhlas..haha paham ke??

        0

        0
    • Corse 848 says:

      Setuju intan..tp cara penyampaian tu kasar…setengah2 org x leh trima straight to the point..kena lapik2..mmg betul..x de seorg manusia pun layak menilai keikhlasan seseorg..kita x tau..mgkin setiap kali lepas solat dia doakan..mana kita tau isi hati org yg bacakan Yassin sebelah kita tu betul2 ikhlas..jgn sbb amarah..putus silatulrahim..yg terbaik mintak kat Allah..bukan mintak kat makhluk..Bersabar dgn dugaannya..baru Allah akan pandang..

      0

      0
      • Black Cat says:

        Bisingla ko ni…ko msti sedara
        amy kn siap backup nmpk…
        Amy ttap slah smpai nk salam
        pn nk amek gmbar…x brapa nk
        elokla..hormatla sikit kuarga yazit

        0

        0
    • Anonymous says:

      eh..ini amy ke yg komen? abis kau ingat amy tu pun bagus sangt ke apa? ckp besar duit juta2..itu bagus ke..sudahlah kau yg komen ni pun sama..hati busuk macm amy jugak..pada aku apa yg yazit katakan pun ada kebenarannya juga..kau pun tak tahu yg amy tu iklas ke tidak..kalau tak tahu..just shut up ok..

      0

      0
  2. isabel basha says:

    ada ker orang tengah koma bole ambil gambar ngan senyum bagai.. !!@@$#%

    0

    0
    • Anonymous says:

      tulah yg peliknya..pada yg komen sokong amy julang2 tinggi..pls eh..korang tak nampk ke sedikit kebenaran apa yg yazit ckpkan tu.memanglah kita tak boleh judge dia iklas ke tidak..tapi seeing is believing..pakai akal sikit

      0

      0
    • Anonymous says:

      orang gila ..riak..sombong menunjuk2 je buat gitu..itulah amy..betul jugak ckp yazit..

      0

      0
  3. bodopiang says:

    benda2 mcm nih buat malu je…
    serius .. rosak nama..
    masing2 dah tua ..
    patut tunjuk la contoh yg baik,…

    0

    0
  4. kikilala says:

    baik Amy baik Yazit.. sudah2 la buat konsert. dekat kn diri dgn tuhan lagi baik. jadik contoh pd ank2 muda skg ni kan bagus. sudah2 la tu. masing2 dah tua..

    0

    0
  5. miss curious says:

    assalamualaikum pakcik Yazit,
    kalau pakcik bergantung harap dekat kawan…memang tak kemana lah pakcik..
    susah zaman ni nak cari kawan yang sentiasa ada masa susah mahupun senang…

    kalau pakcik asyik pertikai kawan je…
    saya pelik mana pergi ahli-ahli keluarga pakcik yang lain? takkan dalam ramai-ramai tu,takda yang membantu…

    ataupun takkan takde surau/masjid tempat tinggal pakcik buat atau kutip derma ikhlas untuk pakcik?

    muhasabah la diri.. dalam pada kita asyik nak mencari kesalahan orang lain..
    cuba tengok balik diri kita,ada kurang atau silap tak dengan orang lain ke?

    kalau betul ahli kumpulan Search ni memang aniaya pakcik, pakcik jangan risaulah..adalah bahagian untuk diorang nanti…mungkin bukan di dunia…

    0

    0
  6. childish says:

    oh maiii!! tak habis2 pg cerita atok berdua ni.. memalukan betul la.. sudah2 la tu buka pekong masing2..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Pulak dah….pi mai pi mai tang tu la kalo dedua nak defense diri memasing…adoiii..orang tua berkelahi, janda2 tua berebut laki kerepot, ex laki xbagi nafkah anak, bini lari ikut jantan lain sumer ada dalam BN ni….buruk bebenor perangai memasing..

    0

    0
  8. lola says:

    aku rasa la kan.
    yazit ni yg liku liku cite dia.
    dulu dia ckp search xpenah lawat dia.
    bila org lawat dia ckp xikhlas.
    selama ni aku perati je cite dia ni.
    tp makin lama makin meluat pulak
    sudah2 la..baca yasin utk amalan sendiri sudah

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul. Org kalau betul2 baik, dia takkan buka pekung org lain. Mana dia tau Amy ikhlas ke tak ikhlas. Dah ziarah pun alhamdulillah.

      0

      0
    • blogger sm galak says:

      ko pon sm bongok layan jer ayat blogger gosip pusing cerita

      0

      0
  9. Zass says:

    Tak habis lagi ke weh ya ampun dua dua ni. Muhasabah diri jelah weh. Usia makin meningkat. Why don’t you just bury the hatchets, start over ni sibuk nak berbalas statement. Duhhh

    0

    0
  10. Oshin says:

    Saudara Yazit juga Amy… Ikhlas atau tak ikhlas hanya Allah Swt yang tahu…kita tidak boleh menilai orang hanya dari pandangan mata kasar… Sebaiknya kita berdoa pada Allah untuk diri kita semoga dipermudahkan urusan hidup kita… ingat di saat kita didalam kesusahan atau sebaliknya syaitan syaitan banyak memainkan peranan untuk menghancuran hubungan silaturahim kita sesama umat….sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini , kejarlah keberkatan nya sementara kita masih bernyawa di dunia pinjaman Allah ini…. just my 2 cents…

    0

    0
    • Anonymous says:

      nasihat anda sungguh berguna..tapi sekiranya anda ditempat yazit..dicaci maki..dihina dan sbagainya dlm keadaan anda sakit tenat..meminta hak anda..supaya dapst ringankan sedikit beban anda..tapi di cacimaki.apa akan anda rasakan? keaabaran manusia ada hadnya..

      0

      0
      • damai says:

        hang tahu dia dicaci maki, sape yg provoke wife amy dulu, sape yg serang wife amy dulu, nasihatkan yazit muhasabah diri, why all this dugaan dtg pada dia, kalau dia muhasabah diri, tdk timbul semua tudah menuduh

        0

        0
        • Anonymous says:

          dia minta duit dia..hak dia..tapi isteri amy tak bagi..cakap macm2..hina dia lagi..takkanlah si yazit ni nak minta duit suka2.. tak malu ke….itu duit dia..senang ckap..orang yg berhutang selalu lupa yg dia berhutang..tapi yg memberi hutang..ingat sampai mati orang ada hutang dia..ini contoh jer..pikirkanlah eh..

          0

          0
        • Anonymous says:

          cuba baca BN yg lepas..bukan saya ckp..BN yg tulis..anda tak update rupanya kisah ni..

          0

          0
  11. pah santiago says:

    Owww mcm tu plk dahhh…mmm

    0

    0
  12. bunga kuntom says:

    Dah nyanyuk gaknya…masyallahh

    0

    0
  13. missv says:

    adoi..dah2 la tu bang yazit…masing2 dah tua…ikut suka dia la nak ziarah abg ke tak…x perlu tagih simpati klo org x ikhlas ziarah…

    0

    0
  14. yukikato says:

    GOD..pakcik yazit…this is too much.
    ya kita tau anda sakit…tp knp seperti mahu salahkan sekeliling dan tuhan…
    rezeki sakit mati jodoh tu semua kehendak Allah..bkn kita. Sakit@musibah sepatutnya jd teladan n buat kita lg baik bkn seperti ini…dicanang2 kesusahan dan perbalahan dgn orang lain…Kalau dia tak ikhlas pun..itu bukan urusan yazit..urusan Allah.
    cukuplah burukkan orang lain dlm keadaan anda begini.
    mampu doakan yg terbaik buat yazit.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku faham maksud yazit…dia hanya mahukan bahagian dia..supaya ringin sedikit tanggungan bayaran hospital dan sebagainya..tapi apa yg dia dapat? cacian dan hinaan..tolong jerlah..tak susah..kaukan jutawan amy..

      0

      0
      • damai says:

        dia dah dpt bahagian dia tapi x full as mrk need to pay some to replacement drummer, hang x ada tmpt situ hang jgn nak merapu. aku jiran amy, so aku tahu how this all come out, and yazit pun dulu banyak benda tak baik dia buat time masih diatas, so skg allah berikan dia cobaan sakit agar pupus dosa2 dia jk dia muhasabah diri dan sabar dgn dugaan Allah. Kalau lah dia muhasabah diri dan tabah menghadapi dugaan sakit ini, pasti Allah akan membantu dia. Jgn pin point kesalahaan org aja. Knp Amy masih dgn kumpulan Search jk dia g solo pun masih laku, and jk Amy salah knp nak timbulkan keikhlasan Amy dan babit kan tmpt Tahfiz dia.

        0

        0
  15. sue says:

    Pakcik Yazit ni cerita boleh corner pulak. sekejap kata Amy tak pernah lawat. Sekarang bila amy ada bukti, kata amy tak ikhlas pulak. Kalau nak duit sangat, pegi lah mintak kat penaja. Tak perlu kondem orang tak ikhlas. Itu urusan Amy dengan Allah swt. Cuba bawak bersabar pakcik Yazit. Nanti makin sakit bila hati tak tenang. Kalau tak suka pun kat Amy jangan sampai tabor pasir dalam periuk nasi ahli kumpulan yang lain. Pakcik tak join perform pun dia orang bagi jugak share kan, jangan lupa jasa orang lain. Rezeki masing-masing Pakcik Yazit.

    0

    0
  16. damai says:

    hiss sepatutnya dah sakit2 jgn ada rasa perasaan x senang dgn org yg setakat teman aja. sdgkan anak2 dan adik beradik pun lari kalau kita sakit. amy ikhlas or tdk itu antara dia dgn Allah, sape kah and mahu pertikaikan. Yazit makin big head sebab awie yg x tahu cerita g masuk campur, g ckp amy dan ahli kumpulan search x baik buat yazit mcm tu, sebaik2nya skait2 gini minta doa pada Allah, supaya akhir hayat anda dlm keadann husnul khotimah

    0

    0
  17. ostazah online says:

    Nak tanya ostaz ngan ostazah yg kat beutifunara ni….duit buat konsert tu halal ke haram? bercampur laki pompuan, melalaikan, pakaian yg ketat sendat, meniru cara org kafir dgn rambut panjang, bergelang rantai.. sila komen saya bertanya aja..kui kui kui kuiiii

    0

    0
    • natalie says:

      simpan rambut panjang bukan ikut cara orang kafir.

      0

      0
    • Anonymous says:

      ostazah online..dah takyah pulak ko nak beri ceramah porem perdana kat ruang komen ni..nak ikutkan kau baca gossip2 artis ni pun dah kira haram..baca quran jer..jgn menyemak kat sini hokey!!!

      0

      0
  18. rahman says:

    mintak maaf cakaplah ya pakcik yazit.. dulu memuda kuat minum arak..kan da rosak buah pinggang tu. otak pun dah x betul.. dah nyanyuk. kejap ckp camni kejap ckp mcm tu. dulu masa sihat semua org kau maki hamun, ikut panas baran kau je da sakit baru nk igt tuhan.nk suruh org bacakan yassin. peminat2 yazit kat sini doa2 kan lah semoga hidupnya ni dipermudahkan

    0

    0
    • Anonymous says:

      kau ke yg jual arak kat dia..mulut tuu….memfitnah lebih teruk dari membunuh

      0

      0
  19. Pandan Kaya says:

    Bila tak datang salah, datang pun jadi macam ni. Pakcik yazid bersyukur la masih ada isteri di sisi, kumpulan search tolong juga bg duit walaupun mungkin tak sebanyak yazid mahu. Amy datang ikhlas atau tak, itu antara dia dengan Allah. Orang lain sakit takda apa2 langsung pn ada, takda family, takda kawan, takda duit.

    0

    0
  20. natalie says:

    siapa yang amek gambar tu? Amy yg suro amek atau mmg wartawan yang amek gmbr. Kita pun tak tau. Mestilah amek gambar kena senyum. Takkan Amy nak nanggis pulak depan camera? Nanti jadi pulak cerita Amy “pretend” to cry in front of camera untuk blah blah blah…. Even Nabi pun ada cakap, kalau kita melawat org sakit, kita patut suro org sakit tu doakan kita sebab doa org yg tgh sakit, Allah akan kabulkan. Jadi tak kisah lah sama ada Amy baca yasin ke tak. Cukup la kalau dia sekadar doakan. Manu kita tau doa sapa yang Allah kabul untuk sedarkan Yazit dari coma? Fikir baik-baik je la…..

    kenapa kalau kita sakit atau masuk hospital, kita harap sgt org ziarah kita? Dan kalau org tak ziarah kita akan cakap dia tidak kisah la, tk paham la, tk ingat kawan la dan mcm mcm agi. Sebenanya bila tengah sakit, buat apa nak ingat sama ada kawan dtg ke tak? yg penting bila kita tengah sakit, makna Allah tgh hapuskan dosa- dosa kita di dunianie. jadi bersyukurlan kerana ada dosa-dosa yang Allah telah hapuskan hanya dengan memberi kita sakit. Allah hanya mahu kita redha je dan percaya dengan Allah. Malah Allah rindu dekat kita, sebab tu dia dtgkan kita Sakit atau susah hanya mahu dengar suara tangisan kita kepadanya. Mahu dgr ikhlasnya kita serahkan kepada Allah semua.

    Kalau Amy tak ikhlas pun tak kena mengena. Memang ada yang dtg lawat pun kdg kdg terpaksa jgk. Bukan dari galangan artis je, kita org biasa pun ada. yazit dlm coma, jadi patutla bini dia panggil semua kawan kawan dan ahli keluarga dtg untuk ziarah takot takot Allah akan amek kembali. Itu kan lumrah. Malah kita pun kalau doc sudah cakap org yg terdekat dgn kita akan pergi, kita jugak akan bilang semua org kalau nk ziarah bole dtg sebab doc da cakap gini gitu blah blah… btl kan?

    bukan nak bela Amy pun tapi Yazit punya cerita mcm tak masok akal. Macam da tak ada benda agi untuk tekam Amy tu. Da la Amy, sama ada ko salah ke tak pergi je la mintak maaf kat yazit tu sudah. kalau ko tak salah pun, percaya la mengalah tak semestinya salah. kebenaran akan tertimbul jgk satu hari nanti. bukan kat dunia, kat akhirat nanti. leave it to Allah to punish sapa yang salah dalam hal nie. Remember, doa org yg dianaiya akan diangkat tanpa hisab.

    Tak malu ke kat anak cucu family semua. gado mcm nie… kalau taknak baik2 , masing nk saman each other, den diam je la dari beri keterangan kat Media. Tunggu je la jawapan hakim tu baru cerita kat media kan bgs. Dari sekarang main teka teki semua kuarkan semua so called bukti la katakan… lepas nie tunggu je la Amy nye turn la bukak cerita. Ntah apa pulak gmbr atau ‘rahsia’ yang Amy nk bukak pulak yeee….

    0

    0
  21. Anonymous says:

    aku lagi suka orang tak datang..dari datang tapi tak iklas..

    0

    0
  22. mizz pelik says:

    Ape yg yazit nk buktikan sebenarnya..
    cube berbalik pada qada’ dan qadar dr menyalahkan org len..
    ni lebih nk mntk perhatian dan simpati dr peminat..
    msing2 da tua kot..pk la elok2..

    0

    0
  23. nonama says:

    Klu Allah nk buka hijab seseorang….jubah kemana …
    Sapa sangka yazit yg nobody tu boleh gambarkn amy tu siapa..
    Hmm kita x tau balasan Allah sgt misteri…

    0

    0
  24. Sabar lah says:

    Jika ada masalah potong lah masalah itu bukan potong silaturrahim, jujur aku cakap melalui pengalaman, masa time aq pernah sakit, mmg kawan-kawan tak ada melawat dan ahli keluarga tak ambil kisah sgt, wang juga jadi masalah,

    Tapi sakit yang aq dpt sgt myedarkan aq, hanya Allah tempat aq bsandar, Alhamdullilah aq dah sihat sekarang, tapi tak pula aq simpan dendam pada kawan-kawan dan ahli keluarga aq,

    Pelik pulak aq dgn cara Yazit ni,

    Dulu amy naik turun makamah 8tahun dgn Sony Music, tak ada rakan yg bantu dia, tapi tetap dia ingat Search jgk,tak ada amy kutuk-mengutuk pulak,

    Sesuatu sgt yazit ni,

    Saya hanya doakan yg terbaik,

    0

    0
  25. mem says:

    Serius..,,aku sakit tak suka orang dtg melawat if bukan keluarga.serba salah tgok mereka berdiri,aku plak baring. Dtg ramai2 bukan bleh bt aku sembuh pun. Aku rimas ade la.Aku bukan bleh borak or mkn semua buah tgn tu. Lain lah if mak ayah, laki bini, boleh tolg basuh mana yg patut ringankan kja jururawat.mandikan ke.. Ni setakat hadap kwn nak dtg buat ape.?? Kirim doa dh la kot.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku setuju..aku pun tk suka orng datang waktu aku aakit kat ospital..nak rehat pun susah..makin sakit adalah..

      0

      0
  26. X says:

    Sebab duit,semua boleh jadi musuh.pentingkan diri,abg yazit nie.Dari simpati terus dapat maki.Teruklah siAmy tu kalau dia buat semua tak betul dimata kau.Ikhlas ke tidak tak perlulah dipersoal.dia bawa cameraman sebab dia artis.nanti kau juga mereka cipta kata dia tak melawat.Sudah2la abg yazit.kawan lama gila kot korang.sebab orang mcm abg yazit nie lah member2 kucar kacir.

    0

    0
  27. Anonymous says:

    ah..amy pun tak bleh pakai,masa tengah susah dah bankrap,TGNA dan dan orang alim di carinya,masa dah senang balik,melalak balik atas pentas dan mengarut je lebih..bongok

    0

    0
  28. AwanNano77 says:

    Amy dan Yazit punya masalah,yg manusia lain plak menyibuk bertengkar sesama bangsa dan agama ni apahal..??? Doa yg terbaik utk mereka dah le.

    0

    0