Written by Bella | June 30th, 2015

Sekitar bulan lepas pasangan suami isteri dan juga bekas pelajar Akademi Fantasia 3 iaitu Yazer dan Ekin telah menerima pelbagai kritikan dan perhatian daripada orang ramai apabila memuat naik foto mereka bersama di atas katil ke laman sosial.

Walaupun Ekin pernah menjawab kritikan peminatnya dengan menyatakan ia bukan gambar lucah atau aksi melampau. Namun, ia dianggap sebagai satu foto yang tidak manis untuk dikongsikan meskipun sudah bergelar suami isteri.

Terbaru, Yazer menerusi portal mStar Online menyifatkan foto selfie di atas katil bersama isterinya Ekin merupakan satu kesalahan besar dilakukan oleh mereka dan sama sekali tidak menyangka isu tersebut akan menjadi viral kerana niat mereka  hanya  untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen. Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat.

Tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi sebelum ini, Yazer menganggap perkara yang telah terjadi merupakan satu pengajaran buat beliau agar tidak memuat naik sebarang foto yang boleh mengundang fitnah mahupun kritikan ramai selain akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini.

Pasangan Yazer dan Ekin menyulam cinta selama sembilan tahun sebelum membuat keputusan untuk bernikah pada 26 Disember 2014. Ekin kini sedang mengandung anak mereka yang pertama dan dijangka bersalin sekitar bulan September depan.

Sumber Berita: mStar Online

11 responses to Yazer AF Mengaku Lakukan Kesilapan Muat Naik Foto Selfie Atas Katil

  1. Anonymous says:

    nk bg tau dh kt kg pun xyah la selpi atas katil…mcm la org tau bilik tu tilam tu selimut tu kt kg ko kt labuan tu.. bole je snap gmbr cara lain.. byk lagi cara lain..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sudahkan anda “report” Twitter Azwan Ali?
      Kalau belum silakan. Pergi ke lambang skru di sebelah kiri Twitter profile dia @azwanhjali dan klik “report”. Lepas tu klik… “They’re being abusive or harmful”
      Bahasa2 kesat bukan budaya Melayu. Lebih2 lagi bagi artis. Jom…

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      kenape time sondol tknk selfie?

      0

      0
  2. Miss Bunga says:

    Artis suap2 kuku minta maaf .. huhuhuhu !

    0

    0
  3. Anonymous says:

    hairannnn aku mcm mana tak blh fkr foto tu blh mendatangkan kecaman,kritikan?? ingat kta ni kat NY? AS? LONDON? ataupun rs diri tu retis ala2 hollywood? klu mcm tu, tak lah hairannnn =.=

    0

    0
  4. abang yang tak bangang says:

    si nara bodoh. diorang pon dah insaf yang kau g tepek lagi gambar tu dah kenapa. memang orang kelantan ni bangang2 ke. nara ni da la muka indon bini plak gemok cam badak. anak2 semua muka indon ikut kau nara.

    0

    0
  5. abang yang tak bangang says:

    si bella bodoh. si nara baik kau pantau si bella tu bodoh nye la mangkok mana la nama bella ni agak nye.

    0

    0
  6. Xpac says:

    Wow..lma tul nk sdar ksilapan tu ye.awk srg suami,aurat isteri atau dlm blik sklipun x blh share ngn ssape pn.x pham aku retis msia ni..ckit2 brgmbar brdua ats ktil. Islam lak tu.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    “Tidak tahu”, “maaf, kerana tak sangka akan viral”,”rupanya ia sensitif”.. kepala hotak hang.. cuba kalau your parents half naked dan post macam tu? tak suka kan? geli kan? tidak sesuai kan? otak kat mana ntah?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Alahaiii..semak je 2 ekor ni..cite dah lame kan..huh!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Selfie org laki bini yg dah halal hubungannya, org melayu sibuk bising. Abis tu artis yg berlakon bergomol sesame bukan mahram tu takde pulak org melayu bising. Best pulak katanya tu…hampeh.

    0

    0