Written by serenity | March 30th, 2015

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelakon Yatt Hamzah, 35, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35.

Sebab-sebabnya tidak diketahui, namun begitu, Yatt telah membuat permohonan kepada pihak mahkamah untuk menangguhkan kes sebutan cerai beliau kerana ingin menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama suami secara baik dan meminta tempoh sehingga sebulan.


 photo 11017581_1481497438737440_216023674_n.jpg

Bagaimanapun, Yatt telah memberitahu mStar Online yang setelah pulang dari Syria, dia menyesali tindakannya memfailkan perceraian terhadap suaminya itu. Ini kerana dia melihat sendiri bagaimana wanita-wanita Syria tetap tabah dan bertahan tidak berkahwin lain kerana ingin ke syurga bersama suami yang telah terkorban.

Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun.

Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.

Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti.

Dia juga memberitahu dia banyak bermuhasabah diri sepanjang berada di Syria bagi memperbaiki hubungan rumah tangganya.


 photo 10979694_391641011016102_1089321139_n.jpg

Apa yang penting, dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.

Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania, 5.

Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya.

Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri.

Rumahtangga mana yang tidak dilanda badai, ya tak? Apa yang penting ialah kematangan untuk menerima sesuatu masalah itu dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin. Mungkin ada hikmahnya yang belum kita tahu.

Semoga Yatt dan suami akan kekal berumahtangga hingga ke akhir hayat.

To all who love martial arts!…We would be honored to have you to join us at Dewan Martabat, Bintulu for our Program…

Posted by JKKN Sarawak on Sunday, 29 March 2015

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Yatt Hamzah Kesali Fail Perceraian Terhadap Suami, Muhasabah Diri Di Syria

  1. qila says:

    Alhamdulilah syukur buat Yatt & suami., itulah yg sebaik2nya. Kehidupan berumahtangga memang penuh dengan onak dan duri.. tp dalam duri itu menusuk, ada hikmah dan kemanisan yg indah disebalik bisa duri itu sendiri…

    0

    0
  2. cik bunga says:

    Alhamdulillah…

    0

    0
  3. bukan peminat yat says:

    muhasabah utk semua yang berumahtangga. bak kata p ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit. kalu ada isu2 kecik, jgnlah diperbesarkan. dan setiap kali ada masalah, jgn mudah fikiran and niat terus nak fikir ‘pisah’ dan ‘cerai’. kita selalu terperangkap dalam dunia sendiri, ingat masalah kita yang paling serius/bsar dan tak boleh diperbaiki. sedangkan kalu kita merenung sedalam2nya dgn akal dan hati dan perasaan yg bersih insya allah boleh diatasi. moral of the story: kalau ada masalah rumahtangga, jgn terus lantang mulut nak cerai/pisah/tergesa2 nak pisah. carik waktu utk ‘bertenang’, mohon diberi petunjuk mudah2an diperjalanan itu nanti, allah detikkan hati apakah jalan terbaik. bukanlah peminat yat, tapi statement dia ada point yg bagus utk kita renungi bersama.

    0

    0
  4. kakak cantik rupanya maknyah says:

    Ye la tu yatt mntang2 join pas suami seniri pon dkatanya kurang iman..muhasarawak la skit ye mekap tu pkai bedak cap nyonya udah le

    0

    0
  5. Tensen Giler says:

    alhamdulillah yatt, syukur ada kesedaran utk selamatkan umahtangga, yg aku ni lak mak aku sibuk atur khidupan aku laki bini n ada masalah sikit suh cerai…tensen

    0

    0
  6. karen kong says:

    Ni pun serupa ustajah segera jugak ni..

    0

    0
  7. minah jambu sayang nenek says:

    ni lah dia pompan bodoh …dh heboh 1malaysia failkn peceraian pastu takot pulak nk di ceraikn huh apeeee punye bodoh si yatt ni huh ! banyak2 tempat kt malaysa ni syria jugak yg dia pileh..kenape nk muhasabah diri sampai kt syria ? kt malaysia tk boleh muhasabah diri ke ? ape malaysia tk bagos ke sampai nk gi syria ?? buat la idop macm biasaaa tk payah la nk susah2 kn diri stress n pikirannnn…ape laki u banyak menyusah kan u ke yatt ? keja jaga anak2 hepiii idop macm biasa kire ok la….ni tak sampai ke syriaaaaaaaa nk muhasabah diri huh !!

    0

    0
    • Anony says:

      @minah jambu sayang nenek.

      Janganlah gelarkan orang begitu.
      Bukan dia yang berniat hebohkan pasal penceraian tu. Orang yang terdengar khabar angina serta media yang sebarkan.
      Dia kan sering ke merata tempat untuk berdakwah dan mendalami Islam.
      Baguslah dia muhasabah diri ke Syria dan melihat situasi lain wanita Islam menangani masalah rumah tangga dan syukur Alhamdulillah dia mendapat jalan penyelesaian dan terbuka minda dan hatinya untuk sedar dengan kesilapannya dan menjadi isteri yang lebih baik.

      Hidup manusia ada pasang surutnya.
      Jika awak rasa Yatt teruk, sekurang-kurangnya Yatt mengakui dia ada melakukan kesilapan failkan penceraian tu dan takde pulak burukkan suaminya.
      Muhasabah diri ke Syria dan ceritakan akhlak baik wanita Syria, kan kita patut tengok dan ambil perkara itu dari sudut positive untuk kita praktikkan pada diri kita.

      Setiap manusia biasa lakukan kesilapan

      0

      0
      • minah jambu sayang nenek says:

        kt malaysia pn ada banyak ibu tungal baik2 jugak ..ada jugak yg tknk kawin pasal dorang nk bersama suami di syurga nanti. ape beza nye ibu tungal syria ngan ibu tungal di malaysia ni ? dorang pon manusia biasa jugak macm ibu tungal kt malaysia ni…ape yg special nye ? babtuuuuuuuuuuuuuuu kalau nk ambek tindakan failkn peceraian tu pikir duluuuu jangan nk main hentammmmmm aje gi makamahhhh cermin diri tu dulu jambu ke tk jambu yg nk gi makamah sangat tu huh !! cakap macm orang cetek pemikiran pulak huh pohdah !!!!

        0

        0
  8. baiduri says:

    Alhamdulillah…. ari khamis lps (26/03/2014) terjmpa Yatt and family kt KLCC, nmpk bahagia sgt….

    0

    0
  9. gigi emas says:

    Cerai je, habis cite……nak tunggu kat syurga konon….kalau masuk neraka macam mana?

    0

    0
  10. mas says:

    Buat gigi emas..x baik tulis macam tu…sepatutnya kita mendoakan yang baik-baik kepada pasangan ni…semoga mereka tetap bersama..apatah lagi ada anak…hidup rumahtangga ni memang penuh cabaran dan dugaan..sedangkan lidah lagi tergigit..apakan pula suami isteri…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    gigi emas masuk neraka dulu laaa…

    0

    0
  12. staring says:

    sebab itu la talak nie di bagi pada suami kalau isteri dah seratus kali kena cerai..

    0

    0
  13. tipah tropedo says:

    akak stuju dgn gigi emas…artis sekrng mentang dah hijab terus confident masuk sorga,ko ingat snang ke dik nak masuk sorga kalau dosa ko seblum tu berlapis2..musahabah diri lah ye…

    0

    0
  14. mey says:

    itu lah yg sebaik2nya.

    0

    0
  15. weng weng says:

    hukum talaq ditangan suami..kalau ditangan isteri penuh dunia ni dgn jande

    0

    0
  16. Anonymous says:

    alhamdulillah..syukur,semoga bahagia hingga ke jannah.Amin…
    saya suka tengok Yatt.cantik :)

    0

    0