Yatt Hamzah Ditegur Peminat Berjubah Serta Berpurdah Ketika Bermain Bowling

Hiburan

Yatt Hamzah Ditegur Peminat Berjubah Serta Berpurdah Ketika Bermain Bowling

Penampilan Yatt Hamzah yang menutup aurat kini telah menjadi sumber inspirasi kepada muslimah di luar sana dan cukup tenang mata memandang bukan. Meskipun pernah melalui episod duka dalam hidupnya kerana hampir bercerai dengan suami, Yatt kini nampaknya sedang dilimpahi dengan kebahagiaan dan ketenangan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang mencari kesalahan beliau dan tebaru salah seorang pengikut Yatt di Instagram telah mempertikaikan cara beliau berpakaian ketika memuat naik foto sedang bermain bowling dengan mengenakan jubah dan berpurdah baru-baru ini.

Individu tersebut telah menegur bahawa pakaian sebegitu tidak sesuai dengan keadaan juga tempat pada waktu itu.

Namun masih ada lagi peminat yang memberikan kata-kata positif kepada Yatt dan menyatakan ia bukanlah satu kesalahan untuk Yatt bergembira dan melepaskan tekanan bermain bowling dengan pakaian sebegitu.

Terus terang kami juga merasakan ianya tidak salah untuk Yatt Hamzah memakai jubah dan purdah sewaktu bermain bowling.  Islam itu cukup mudah janganlah kita merumitkan sesuatu perkara itu. Berpakaian muslimah tidak membataskan pergerakkan seseorang itu.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...