Written by Bella | June 16th, 2015

Beberapa bulan lepas, Yatt Hamzah telah diduga dengan masalah rumah tangga sehingga hampir merobohkan masjid yang dibina bersama suami Abdul Mutalib Abdul Shukor. Berkat kesabaran dan kasih sayang yang masih wujud didalam hati kedua-dua mereka, akhirnya perkahwinan mereka berjaya diselamatkan dan kini Yatt dan suami sedang bahagia bersama anak mereka Suci Hanania Malika.

Alhamdulillah, perkara lepas banyak mengajar dan paling bermakna ialah saya belajar menjadi hamba-Nya yang redha. Sebelum ini bila Allah datangkan ujian dan dugaan, saya mungkin cepat rapuh. Namun, sejak insiden itu saya menjadi lebih redha, sekaligus mendidik saya menjadi insan yang lebih bersyukur.

Lebih bermakna lagi, Yatt sekeluarga telah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah umrah selama dua belas hari dan sekaligus menyambut bulan suci Ramadan di tanah suci Mekah.  Yatt sebenarnya sudah lama memasang niat untuk menyambut dan berbuka puasa di Masjidil  Haram dan sudah berangkat ke Mekah pada hari ini.

Sebenarnya ia perancangan spontan, saya yang ajak suami ke sana sebab memang sudah lama saya teringin sangat mahu menyambut Ramadan di sana, berbuka dengan kurma dan air zam-zam di depan Masjidil Haram.

Pada mulanya proses untuk ke sana agak mustahil sebab kalau kita mahu buat umrah pada bulan Ramadan, kosnya dua kali ganda dan proses seperti visa juga sukar diperolehi dengan cepat tetapi alhamdulillah segala urusan kami berjalan lancar. Insha Allah, sempena Ramadan ini saya mahu cari keredhaan-Nya. Mudah-mudahan umrah ini akan mengakrabkan lagi ikatan kami sekeluarga.Walaupun berpuasa, ini juga kira ‘honeymoon’ saya dan suami.

Ini merupakan umrah kali ketiga bagi Yatt Hamzah tetapi pertama kali ketika Ramadan. Sementara, bagi Abdul Mutalib dan Suci ia merupakan umrah kali kedua buat mereka.

Sejuk mata kami memandang keluarga bahagia Yatt Hamzah, itulah kata orang kadang-kadang kita perlu bermuhasabah diri sebelum membuat keputusan untuk berpisah dengan pasangan. Syukur,Yatt dan suami diberi petunjuk untuk memperbaiki kesalahan lalu dan kini sudah bersatu semula.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

9 responses to Yatt Hamzah Dan Suami Bulan Madu Di Mekah

  1. Insan Biasa says:

    Ntah kenapa aku rasa tak sesuai nak guna ayat “berbulan madu di Mekah” . Pergi sana beribadah bukan bermadu asmara. Niat utama pergi untuk beribadah. Tapi bila baca berbulan madu macam lari sikit plak niatnya tu nanti. Guna je la ayat menunaikan umrah.

    0

    0
  2. pariapa says:

    Happy utk awak yatt..lps2 ni kena bykkan muhasabah diri..kenapa masih mencari yg sempurna..sedangkan sederhana itu lebih membahagiakan???tepok dada tanya iman..

    0

    0
  3. aku says:

    mungkin maksud berbulan madu tu adalah berdua-duaan dgn suami tanpa anak2… cuba kembangkan sket minda tu… berbulan madu tak semestinya nak berasmara je…

    0

    0
  4. fifi says:

    zaman dulu,,manusia ke mekah utk bertemu nabi muhammad,,menuntut 2 kalimah syahadah dan mengucap didepan nabi,,baru diakui umat nabi,beragama dgn agama yg nabi bawa,,skrg nabi dh wafat,,p mekah pn cari nabi xjumpa,,sudahnya mekah jd tmpt berlibur bertopengkan agama,,umpama las vegas versi arab,,so xheran la tanah suci tidak lg suci sbb ramai yg balik dr sana gagal menyucikan diri sbb tanah disan dh tercemar..p mekah bg duit dkt pak2 arab,,yg melayu punya jumud pcaya ke arab,,beli shopping sakan mcm nk rebah heret kurma, tasbih,teko,jubah mekah konon nk ambik berkat,,tp rupanya maid in china hahahaha,,,dh la xdpt tunaikan tuntutan agama,,kena tipu hdp2 dgn keluarga saudi..kesian melayu…bodoooo

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Made in China rupanya…
      Aku ingatkan heret org gaji dari China…

      Ko dah pi Mekah ke?
      Aku dah pergi berkali2 tak pernah aku terpk Mekah tu umpama Las Vegas versi Arab…
      Yang nyata setiap kali aku tiba sana… nampak je Kaabah…
      Jantung aku mcm nak pecah…
      Sebaknya tuhan aje yang tahu…
      Aku berdiri di hadapan kiblat berbilion2 orang Islam.. Seluruh dunia..

      Souvenir beli pun untuk kenang2an…

      0

      0
  5. Seri says:

    dulu Yatt ni pernah keja kat MegaKidz, after dier fames..ex colleague wat open house pon dier tetap datang…bagus..x sombong orgnya…tetibaaaaa

    0

    0