Yana Samsudin Tinggalkan Metrowealth

Hiburan

Yana Samsudin Tinggalkan Metrowealth

Daripada seorang yang tidak dikenali, nama Yana Samsudin menjadi semakin popular apabila bernaung di bawah Metrowealth. Dengan David Teo sebagai mentor, tak salah untuk Abang Nara katakan Yana adalah salah seorang daripada
“Top 5” pelakon wanita di Malaysia. Namun akhirnya setelah 11 tahun jatuh bangun bersama, Yana dan Metrowealth berpisah jua.

yana samsudin tinggalkan metrowealth

Advertisement

Menerusi akaun Instagram MIGOnline, dapat dilihat satu majlis kecil-kecilan meraikan pemergian Yana Samsudin telah dilakukan. Antara caption yang ditulis ialah:-

Farewell party for our Kak Yong. 11 tahun bersama #mig pelbagai suka duka yang ditempuhi bersama. Jatuh bangun #metrowealth berlaku depan mata Yana. Semoga Yana sukses di luar sana. Menjadi artis yang serba boleh

yana samsudin tinggalkan metrowealth

Semoga Yana Samsudin akan terus maju dalam bidang hiburan walaupun tidak lagi bernaung di bawah Metrowealth. Rasanya nama Yana sudah cukup besar untuk bergerak sendiri. Namun yang penting, jangan lupakan jasa dan budi baik mereka yang telah banyak membantu Yana selama ini. Good luck buat Yana. All the best dalam menempuh masa akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...