Written by Bella | February 11th, 2015

Ramai yang gembira apabila Yana Samsudin dan Fadzil Zahari akhirnya bakal mendirikan rumah tangga selepas bertahun menyulam cinta.

Bakal melangsungkan pernikahan pada hari Jumaat ini, Yana mendedahkan beberapa ciri-ciri pada Fadzil yang telah berjaya memikat hatinya.
Buat Yana, sifat penyabar dan memahami Fadzil  antara  faktor beliau terpikat serta menghormati jejaka tersebut. Bakal suaminya itu turut senang dibawa berbincang selain sering mengingatkan beliau tentang soal agama.

Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.

Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama.

Walaupun merasa terkejut dengan lamaran Fadzil yang secara tiba-tiba, Yana masih sempat mempersiapkan diri sebagai seorang isteri dan membuat segala persiapan perkahwinan seperti yang direncana.

Tak sampai tiga bulan untuk saya mempersiapkan diri sebagai isteri termasuk membuat persiapan kahwin. Tapi Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Di sebalik kelancaran itu biasalah kalau ada masalah itu ini, termasuk proses menguruskan borang nikah.

Majlis pernikahan pasangan ini bakal diadakan selepas solat Jumaat di kediaman Yana di Yong Peng Johor, manakala majlis persandingan pula bakal diadakan keesokan harinya di Dataran Gemilang Yong Peng.

Memang sweet bila kami baca ciri-ciri yang membuatkan Yana Samsudin terpikat dengan Fadzil Zahari. Lama juga Fadzil bersabar untuk memiliki wanita yang diminatinya. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu ya.

Sumber Bertia: BHONLINE

16 responses to Yana Samsudin Terpikat Dengan Sikap Penyabar Fadzil Zahari

  1. […] Majlis pernikahan pasangan ini bakal diadakan selepas solat Jumaat di kediaman Yana di Yong Peng Johor, manakala majlis persandingan pula bakal diadakan keesokan harinya di Dataran …read more […]

    0

    0
  2. kemek says:

    muntah ijauuuuuu

    0

    0
  3. wateber says:

    sebelum kahwin ” dia seorang yang sangat penyabar, selalu ingatkan saya tentang agama, bla bla bla bla”…. ko tengok nanti lepas dah kahwin… die belum dapat kau lagi yana oi, lelaki sebelum dapat memang semuanya manis.. dah dapat nanti, baru tahu perangai sebenar.. ap2 pun tahniah ye, semoga x jadi mcm retis2 lain..

    0

    0
    • mawar says:

      eleh WATEBER bunyi komen kau ni macam jeles je.mst kau dapat suami tak guna kan.kau ingat semua laki cm jantan kau tu ke? belum dapat dgn da dapat lain.kau tu yang tak betul .mmg patutla kalau dpt jantan tak guna.tgok komen ko je da tau yg kau ni berhati busuk dan bacin!!!!!

      0

      0
  4. anon says:

    baguslah kalau dia penyabar nampak muka pun mcm baik je, jgn jadi mcm abg dia farid dah lah…..tak penyabar, control bini……sisihkan & memusuhi mentua.

    0

    0
  5. Qaseh suci says:

    Tahniah buat yana dn fadzil,tgk muka dh tau fadzil ni srg yg baik2,
    abg saya satu tmpt study dgn fadzil, dia ni seorg yg softspoken,sopan,dn sgt hormat org, tgk la parents nya sapa, keluarga yg baik2 ..fmly Datuk Dr.Azahari mmg terkenal dgn sikap yg baik dn rendah diri di alor setar.setiap solat jumaat mesti depa kan berada di masjid al bukhary alor setar dan jugak masa terawih satu fmly pergi…mmg kelurga yg dihormati ..adik beradik fadzil pun bgs2 background nya…pandai yana cr bf…tahniah moga dipermudahkan urusan nya…DRFAMILY

    0

    0
  6. kemek says:

    aku dan wateber ckp ni bedasar kan realiti, fakta dunia sebenar..sekarang ni bole la ko nk sweet sweet, esok ko da beranak pinak gud luck to you lahhh…
    ko ni mesti byk sgt tgk drama tv3.

    0

    0
    • dia says:

      mak bapak aku sampai sekarang dok romantik je lagi. sampai kitorang yg menyampah tgk, dah tua tua pun nak romantik lagi.hehe

      0

      0
  7. afina says:

    Alahai…apa lah korang nie..org nk bina mahligai dah pk dan ckp mcm2…doa yg baek2 dah lah..alah…jgn lah samakan dgn semua org..nasib masing2..aku kawin 6thn..ok je..alhamdulillah….biasalah gaduh2 manja…asam garam rumah tangga.. apa2 pun tahniah buat yana dan bakal suami..

    0

    0
  8. APE DAA says:

    selamat pengantin baru yana n fadzil…selamat melayari bahtera rumahtangga yang penuh onak duri..

    ~~kite sebenarnya tak pernah salah dalam memilih pasangan…cuma sifat manusia yang mudah berubah hati..~~

    0

    0
  9. aku says:

    1st- congrats
    2nd- jgn puji melambung sgt bakal suami. kalu jodoh tak panjang lain plak bunyinya nanti.bkn doa..tp kot2 ja..
    3rd- yana, pls stop smiling like that! konon bajet cute awak korea..tp senyumanmu nampak bagai dipaksa. ko paksa bibir dan paksa bulatkan mata ko..x real la beb! biar natural..ko bukan buruk pon…xyah jd awak korea sgt k.

    0

    0
    • kau says:

      Laa, 2 pn ko nk jd kn isu ke?? Ske ati die laa nk puji bakal suami die or jd korea skalipun. X sushkn spe2 pn

      0

      0
  10. mojo says:

    sebab dia kentut sangat wangi….wakakaka…

    0

    0
  11. merve says:

    Muka yana smakin cantik…ada buat pmbedahan plastik ke tu?..

    0

    0