Yana Samsudin Nafi Tanggung Makan Pakai Suami

Hiburan

Yana Samsudin Nafi Tanggung Makan Pakai Suami

Baru mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin dihimpit kontroversi dimana ada pihak yang menuduh beliau menanggung  makan minum suaminya Fadzil Zahari. Malah, ramai sebenarnya mempersoalkan apakah pekerjaan sebenar Fadzil.

Yana dalam kenyataan kepada media baru-baru ini telah menepis dakwaan liar tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu salah faham serta tuduhan tidak berasas. Jelas Yana, suaminya itu aktif serta bijak dalam dunia perniagaan dan bersikap rendah diri meskipun beliau merupakan adik kepada pelakon popular Farid Kamil.

Advertisement

Dakwaan itu tidak benar kerana dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan.

Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil.

Untuk pengetahuan anda, Fadzil mempunyai sebuah syarikat dikenali dengan nama Prokuya Studios, yang merupan sebuah agensi pengiklanan dan pengurusan bakat yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. Walaubagaimanapun Yana tidak mahu bernaung di bawah syarikat suami tercinta kerana lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.

Biarlah dia hanya menjadi suami saya dan bukannya terlibat secara profesional dalam kerjaya kerana saya bimbang ia akan memberi kesan kepada hubungan kami nanti.

Saya juga kini selesa menguruskan sendiri karier saya namun saya terbuka dalam menerima pendapat daripada suami berhubung kerjaya saya.

Tidak mengetahui tentang latar belakang seseorang, bukan bermakna kita berhak untuk menuduh sesuka hati tanpa bukti yang kukuh. Fadzil Zahari adalah seorang yang cukup merendah diri. Inilah sikap yang harus di contohi oleh orang lain, buat kerja secara senyap tetapi hasilnya cukup hebat. Jangan hanya pandai cakap tapi kata orang habuk pun tarak.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...