Written by AbangNara | January 30th, 2014

Agak terlambat Abang Nara berkongsi mengenai penafian Yana Samsudin atas dakwaan dirinya membuat pembedahan hidung. Desas-desus ini mula kedengaran selepas Yana pulang daripada bercuti. Namun menurut tuan punya badan, perubahan pada wajahnya terjadi kerana memakai pendakap gigi sejak November tahun lalu.

yana bedah hidung

Menurut Yana, penggunaan pendakap gigi ini telah menyebabkan tulang rahangnya berubah. Abang Nara pun pernah dengar mengenai perkara ini. Terang Yana kepada :-Utusan Malaysia

Perubahan pada struktur gigi mengubah bentuk muka saya secara tak langsung. Berat badan saya juga turun. Tambahan pula dengan teknik solekan seolah-olah seperti saya melakukan pembedahan wajah. Walhal saya seorang yang prihatin dengan kecantikan. Saya kerap ke pusat pelangsingan badan dan rawatan muka.

Antara kaedah rawatan wajah yang saya buat termasuk face lifting iaitu urutan yang mampu menegangkan kulit yang menggendur. Sebab saya risau kalau dagu berlapis dan kulit menggelebeh

yana bedah hidung

Logik juga alasan yang diberikan oleh Yana Samsudin ini. Memang pakai pendakap gigi ini akan merubah wajah kita sedikit sebanyak. Lebih-lebih lagi apabila hanya makan sedikit kerana rasa tidak selesa. Itu belum ditambah dengan teknik solekan yang pelbagai macam sekarang ini. Hidung “kemek” Abang Nara pun boleh nampak macam Won Bin. Tegas Yana:-

Sebenarnya dari awal lagi wajah saya ini memang tak pernah sama. Kalau kurus muka berubah begitu juga sebaliknya

yana bedah hidung

Diharap dengan penjelasan ini, spekulasi bedah hidung ini akan berakhir. Abang Nara tak rasa artis Malaysia sudah sampai ke tahap orang Korea yang gilakan pembedahan. Lagipun gadis Melayu memang sudah menawan seperti yang asal. Tak perlu bedah-bedah. Buat jadi lagi pelik je.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

68 responses to Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Hidung

  1. rya says:

    dulu pernah terbaca dia cakap sangat bangga dengan Gigi berlapis dan kenapa nak ubah kurniaan tuhan. itu jawapan bila ada peminat tanya kt twitter dulu. dan sekarang nampak mcm cakap tak serupa bikin pulak. tak tau plk aku kalau orang susut or naik tubuh dengan batang hidung sekali berubah. kalau pipi cengkung tu yelah..

    0
    0
    • Olga says:

      memang lah dia x mengaku sbb dia mmg x bedah hidung. tp dia suntik hidung utk kasi filler kat batang hidung.. mmg ramai artis malaysia yg buat.. antaranya Dato’ CT, Fakezura, Hanez Soraya, Erra… dan ramai lg…

      *seoatutnya wartawan tanye “betulkah ada buat suntikan pd hidung”..
      tp rasanya jawapan mesti sama…

      0
      0
      • N says:

        Yesss betul tu. Aku pernah pergi klinik kulit dkt kepong sbb nk laser freckles. Dkt hall tu ada dia tjk video psl filler tu. Nak batang hidung tinggi, nak dagu lekuk, nak hujung hidung panjang, semua dia boleh buat. hahah.

        0
        0
        • Mr Kangkung says:

          Peristiwa Mi’raj

          Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

          0
          0
        • Didi says:

          Aku pelik dengan artis malaysia ni. Kalau buat pun, jujur jelah. Apa yg diorang duk sibuk rahsiakan? Bukannya kau buat, then kau hilang fans. Ko kan ada kelab kipas yang kuat. Ko tonggeng tunjuk bukan bukan pun kelab kipas ki bckup :))

          0
          0
        • makan donut says:

          mujur tak cakap…

          Alaaa… pakai sympu jer

          0
          0
        • :) says:

          kalau dia buat. dosa dia.
          kalau dia tak buat. dosa fitnah kita kat dia.

          0
          0
        • ustazah jadian says:

          orang bodoh jer percaya cakap Yana ni.
          tak pernah ada lagi orang baiki gigi sampai hidung jadi mancung, jawapan dia tu dah nampak dah dia ni MENIPU.

          0
          0
        • lynn says:

          dari korang gaduh pasal hidung Yana ni, baik korang gi check instagram Emelda Rosmila. tengok hidung dia. itu baru obvious gile! especially kalau dia bare faced. kalau tu pun kata pasal teknik makeup, tak tau lah.

          0
          0
        • aku la.. says:

          agak2 la kalo nk bg alasan.. rahang berubah trs effect kt hidung ke? awat adik aku pakai pendakap gigi, xde berubah pn struktur hidung die.. same jek… aduyai..ngaku jek la kalo de cucuk ke ape ke kan… xyah la nk selindung2..

          0
          0
        • lala says:

          biasa kalau pakai braces bukan hidung yang naik tinggi tapi tulang pipi yang akan naik..

          0
          0
      • Kai EXO says:

        kau tanya artis. memang lah tak kan mengaku smpai bila2.
        tapi aku pasti dia ada buat something kat hidung dia. cer tgk jawapan dia bagi..”perubahan struktur gigi” <—– wkakakaka. untung lerrr gigi berubah..hidung pun berubah, WOW !!! hahahahah :P

        0
        0
        • Mina says:

          AIYO, KALAU KURUS MUKA LAIN,GEMOK MUKA LAIN.?
          ORG YONGPENG PERASAN LA IDUNG KO YANA..TAKPAYAH BOHONG…IDUNG KO MMG MCM ASAL AWAL2 KO JD ARTIS…
          KALAU BUAT GIGI RAHANG AJE YG LAIN KOT..TAPI TAKLAH HIDUNG..TETIBA MANCUNG..
          FARID KAMIL DPT DIANADANIELLE YG CUN, YANA TAKMOLA KALAH…KAN YANA COUPLE NGN ADIK FK..

          0
          0
      • Anonymous says:

        muka Yana without mekap macam pelik jer

        0
        0
      • Anonymous says:

        boleh caya ke cakap Yana ni…kaki kencing

        0
        0
      • keledek says:

        kalau korang nak tengok hidung dia yang lama, boleh tengok cerita mami jarum junior. babak ezat exist dan zahida rafik putus. dia ada nyanyi. atau korang cari kat youtube tajuk ‘yana samsudin aku pasrah’. & korang beza kan la dgn yg sekarang. yang pertahankan hidung dia yg ori, tak payah kipas susah mati la.. tak payah tegakkan benang yang basah hewhewhew :)

        0
        0
    • make up aretiss says:

      yana..jangan jawab soalan mcm perempaun bodoh boleh tak? terang2 hidung kemek ko yang dulu dah tajam mcm hidung Pinocchio skrg. ckp jela inject filler! gigi tu tidak ler pakai braces. ckp je la buat cosmetic teeth treatment. ape masalahnye? ktorg tak lah bodoh sgt nak accept jawapan tu. reporter pun patut tanya soalan ‘yana inject filler ke? batang hidung mcm telebih tebal je”..tu namanya isi filler bang! bukan plastic surgery!” durh!

      0
      0
  2. anonononon says:

    yelah yelah. pape je lah yana oii. tak kisah lah. cuma kalau betul jodoh dengan adik si farid tuh, korang dua jangan jadi kaki kencing cam FK and DD pulak.
    last but not least, hang comel.

    0
    0
  3. Anonymous says:

    yer la apa2 la tetiba idung jawa dh jadi lain kan hehe propa sangatt

    0
    0
  4. Moi says:

    Hahahahaha! Agak-agak la kalau nak menipu. Sayang seribu kali sayang. Kamu lebih comel ketika hidung kamu kemek dan gigi kamu berlapis.

    0
    0
  5. jemi says:

    dia buat rhinoplasty procedure. tgk pun dah tau

    0
    0
  6. cikikaka says:

    dunia dah nak kiamat pun bole lagi nak cucuk2 bagai…

    0
    0
  7. fattyjul says:

    Nampak benor membohong jawapan kamu ni…kesian

    0
    0
  8. Dr. Rozmey says:

    Sebagai seorang doctor, saya ingin beritahu bahawa hidung seperti ini memang telah melalui rhinoplasty procedure
    Saya sudah menjalankan procedure ini keatas beratus-ratus pelanggan saya, namun saya terus dikutuk gara-gara rambut saya. Masyarakat luar tidak memandang bakat saya, sebaliknya terus menerus menjatuhkan maruah rambut saya.
    Saya sedih.
    Walaubagaimanapun, Yana, terserlah keplastikan anda.

    0
    0
    • chronicz says:

      aku baca perenggan ko yang pertama, hati aku cakap.. “ko ni mmg doktor sebenar la”.. cara ko bercerita pon cam ye ye je..
      tp bila aku sambung baca lagi… sentuh plak bab rambut.. aku dah konfius.. ko ni doktor main2 kan? hahahhaha

      0
      0
    • ROSE says:

      Hebat hebat hebat…!!!!
      Sampai doktor pun sempat buat komen pat Blog hiburan ni,
      Tak lama lagi imam besar , pendakwa raya semua pun akan masuk jgk ..

      Hahhahah
      Syabas Abg nara ..

      0
      0
  9. ultraman mebius? says:

    aku pakai braces gak dulu..4 tahun..dari Dec 2005 sampai 2009..tapi takde pulak sampai tulang mana2 bergerak..entah ler..kes lain2 kan..lg pun hidung aku mmg semulajadi mancung..tapi yana ni hanya nampak gigi depan tu aje yg senget, so agak tidak logic utk berlaku pergerakan drastik sampai ke hidung..lagipun nak pakai braces ni kena buang 2 gigi atas, dan 2 gigi bawah, so that boleh ditarik semula gigi bergerak ke arah belakang..so, aku tak nampak macam mana boleh berlaku pergerakan pada rahang mengakibatkan pergerakan hidung..plus hidung ni hanyalah tulang rawan saja..so, kurang logic kot alasan dia ni..

    0
    0
    • ariana rose says:

      yana..jangan jawab soalan mcm perempaun bodoh boleh tak? terang2 hidung kemek ko yang dulu dah tajam mcm hidung Pinocchio skrg. ckp jela inject filler! gigi tu tidak ler pakai braces. ckp je la buat cosmetic teeth treatment. ape masalahnye? ktorg tak lah bodoh sgt nak accept jawapan tu. reporter pun patut tanya soalan ‘yana inject filler ke? batang hidung mcm telebih tebal je”..tu namanya isi filler bang! bukan plastic surgery!” durh!

      0
      0
    • nissa says:

      hahaha.. tau xpa… pkai braces xda mkna nk brubah tang idung…

      macam xlogik… sy pakai da dkt stahun ni, yg brubhnya tang gigi (rahang) ja pun…

      klepet sgt ayat cmni.. huhuhu.. anyway, brp lama da dia pkai? cm xaci jaa :p

      0
      0
  10. Nedz says:

    salam … utk semua pengkomen kt atas tu

    korang ni pernah jumpe face to face ke nk ckp die buat hidung tu? kelakar gak haters ni . ke obses kt die .. aku yg jumpa die ni pun tgk sama je hidung die tu .. tak ubah pun .. lg pun gambar yg nmpk smooth tu kan guna apps camera 360 .. korang tak pernah wat ke … hadoiii

    0
    0
    • nasi ayam says:

      kau ckp orang kat sini obses kat Yana ? eh please lah jangan buat lawak, sape dia yg org nak smpai tahap obses sgt tu ? dah entry ni pasal hidung Yana..org cakap lah pasal hidung dia…abis tu kau nak suruh org komen CANTIK baru kau suka, mcm tuh ?

      0
      0
    • Anonymous says:

      just nak jawab soalan kau yang tanya “tak pernah buat/guna app camera 360 ke?” tu. TAKKK!!! biarlah muka aku sebagaimana yang ada sekarang ni, macam tu la yang keluar dalam gambar. takde kuasa aku nak edit hidung bagai dalam gambar tu XD

      0
      0
  11. POMPUAN MELAYU says:

    Amboi amboi amboi … Bukan main lagi puji Abg nara pompuan melayu menawan..
    Maklum la nk jaga hati isteri ..

    Tapi taste tetap kacukan jgk mcm NEELOFA .. Hehhehe

    0
    0
  12. minah jambu merah biru says:

    biar la kalau yana nk buat idong pon ..kenape ? tk boleh ? pelakon n orang dulu dulu ada yg pakai susok boleh pulak ! mana dosa pakai susok ke buat idong dosa? dua2 dosa? huhu biar lah dorang yg tnggong dosa dorangggg kenape kite2 pulak yg nk sebok pasal dorang punye idong kan ! nk cantek pandai2 la ..

    0
    0
  13. Kunta kinte says:

    Menang abp sebab bos dia beli paper pastu tanda kan nama dia dupaya jaci artis popular…. Oooopssss tak heran kalo tahun ni menang lagi

    0
    0
  14. nedz says:

    hurm rasa semua komen yg menjurus pada bahasa kasar&fitnah dah di screen capture .. tggl nak detect ip address je & jumpe la nnti pengomen di atas … silap2 boleh sue la :)

    0
    0
  15. syamilkedahawe says:

    Sahabat semua tolong la yer fikir sebelum komen…menfitnah itu sesungguh nya lebih besar dosa nya dari membunuh…klu terbukti itu fitnah maka jwbnya seperti memakan daging saudara sendiri…sementara beliau masih ada ne mohon maaf laa andai kata sebalik nya fikirkan laa sendiri

    0
    0
    • Ahmad says:

      kalau betul macam mana, aku dah muak dah dgn artis ni yg suka cakap menipu, siap guna nama agama utk menipu, pura2 alim taik kucing…padahal benda betul. lantak lah tak nak mengaku pun, ader aku kisah.

      0
      0
    • alim taik kucing says:

      kalau Yana yg menipu mcm mana ?
      kena mintak maaf dgn pengomen blog ni ker ? biasalah artis bukan boleh percaya, cakap lain buat lain. iols sebenarnya dah serik dgn artis PROPA..selalunya yg tak nak mengaku tu betul lah tu. hidung pun nmpk lain mcm jer…klau sebab mekap, kenapa dulu tak mcm tu..nk bagi alasan teknik mekap baru ker…such a nonsense !

      0
      0
      • minah jambu merah biru says:

        yana tipu ke tk tipu ke tu dia punye pasal la yg kau sebokkkkkkk sangat pasal idong yana ni dh kenape ? dh tebiat nk mampos ke pe ! pandai2 dia lah nk cantek ape yg dia nk buat tu biarkn aje lah ! kalau dia tk buat idong tu bagossssssssssss lahhhhhhhhhhh ! kalau dia buat idong pon ape salah Nyeeeeeeeeeeeee ! mengarot !

        0
        0
  16. Anonymous says:

    macam lain jerrrr muka yana 2 mcm ad something hahaha ngaku jerrrr larh

    0
    0
  17. Anggerik Biru says:

    dont talk bullshit la bitch.. we are no that stooooooopid!

    0
    0
  18. wak lu says:

    yana kau bagi jawapan biar lah logik sikit kalau nak menipu pun. kau ingt orang bodoh ke hape. typical Malaysian artist..oh saya tak bercinta…oh saya tak kawin…oh saya tak suntik, padahal hipokrit, bila dah kantoi mula lah keluar hadis2 tetiba jd alim taik kucing.

    0
    0
  19. Bodoh takdapt di ajar! says:

    dalam banyak² artis mig, aku rasa yana ni paling bodoh..

    0
    0
  20. aku layan says:

    bedah hidung,rugi je,dah memang cantik pun,lain kali tak mau rugi,kasi bedah lain ler,kasi besarkan yang lain,baru jantan cam aku leleh air liuq…aparaaa..hahaha

    0
    0
  21. anon says:

    Alah…biar lah dia, yg kamu duk sakit hati kat dia tu kenapa? Dia mintak duit kamu ke? Dia nak ubah muka dia ke, dia punya pasallah. Berdosa?? Dlm islam ni banyak bende sngt yg tak boleh/haram. Bukan ubah rupa je. Cer tanya Cik Ta berapa susuk yg dia pakai….. haram jugak kan? Lantak dia orglah.Duk cakap psl dosa pahala, kita yg duk mengata, mengutuk & memfitnah ni dpt pahala ke? Dia wat dia dpt dosalah, bukan kita yg tanggung dosa dia. Sb nak tegor?? Kamu ingat artis2 tu baca ke blog2 gosip ni…

    0
    0
  22. Nina Rashid says:

    Abang Nara selalu update cerita artis lambat ah. Gi tanya Emelda Rosmila tu. Dia buat hidung. Obvious sangat. Tak caya check instagram dia. Cepat!

    0
    0
  23. Anonymous says:

    nape tk tgk hidung elly mazlein.yg tu lagiiila..tgk dlm utube ke cite dia berlakon ngn yasin dlm movie tangkai jering..compare ngn hidung sekarang..si yana ni tak se obvious dia..yg tu mmg sahih tetiba mancung gile dr dulu..tapi nape ek takde plak org pertikai sebelum ni.jom kite bincangkan.heheh

    0
    0
  24. eddy says:

    Salam.

    Abg Nara ni suka sgt copy n paste berita dari sumber lain la..Citer pasal si yana ni dah minggu lepas keluar dah…Cuba cari sendiri citer psl mana-mana artis…apa la cilok2 ni.

    K BYE.

    0
    0
  25. nabila biela says:

    moga entry xjd fitnah kpd dia…hurmm

    0
    0
  26. nara sasau says:

    nara always TERLAMBAT! pencurik..huahua…

    0
    0
  27. mulut celupar says:

    komen artis lawak of the year..

    * sbb pakai pendakap gigi, rahang berubah, hidung pun naik * wakkkkakakaakakaka

    ade ke patut..please ler..

    0
    0
  28. yana shamsidar says:

    menurut yana, muka nya sllu berubah *tetiba muka yana berubah macam kim kardashian..alahai,komen entah ape2 lh,hahahah

    0
    0
  29. Noidentity says:

    Die buat kt thailand. Hahaha kantoi.. Ramai artis buat jgk. Tmpt tu mmg pondan2 rmi buat. N yana buat same lps my fren buat, hhahaha mgaku jela yana oi… Kite jumpe awk mse kt sne opsss

    0
    0
  30. juha says:

    harap2 takde lagilah artis melayu yang buat plastic surgery/cucuk cucuk ni. dah terang2 mengubah ciptaan Allah tu berdosa, tak payah ditambah lagi dgn menipu public.

    tak perlu dah nak mengkritik2 artis luar negara yg buat plastic surgery atau apa2 prosedur kecantikan (diorang tu kafir, apalah yg diorang peduli dgn larangan mengubah ciptaan tuhan), artis tempatan yg muslim ni pun 2×5 je.

    0
    0
  31. su juma says:

    Sy tgk meletop..
    Yana..looks so different..
    Bdn x lh susut sgt..
    Tang hidong je..lain..
    Hmmmmmm..

    0
    0
  32. kak ton comel tak says:

    dia buat filler ke..ape ke..kalau benda tu merubah bentuk yang asal..dikira haram..korang2 semua..termasuk yana sendri ..pikir2 la sebelum buat atau cakap sesuatu..fans ni kalau dah kipas susah mati tu..artis kesayangan dorang buat benda salah pun backup habis habisan..

    0
    0
  33. […] Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Hidung (66) […]

    0
    0
  34. […] Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Hidung (67) […]

    0
    0