Written by Bella | February 26th, 2015

Majlis persandingan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang telah berlangsung di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor pada tanggal 14 Februari lalu cukup meriah dan telah dihadiri lebih daripada 10 ribu orang.

Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan tersebut terdapat sedikit masalah dimana makanan yang disediakan tidak cukup kerana tidak menjangka sambutan yang begitu baik daripada warga Yong Peng. Berikutan hal tersebut, Yana telah tampil memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputan yang tidak dapat menikmati makanan kerana ia telah habis sebelum majlis persandingan lagi.

Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi.

Jika mengikut aturcara pada kad jemputan, jamuan makan bermula jam 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pada jam 8 malam.

Dalam pada itu Yana turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu. Jelas pelakon siri Adnan Sempit itu tempat duduk VVIP turut dirempuh oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.

Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.

Selalunya jika kita mengadakan majlis di tempat terbuka dan boleh dihadiri oleh peminat dan orang awam, semestinya jumlah hadirin yang hadir luar daripada jangkaan. Mereka merasa seronok dan teruja untuk melihat artis pujaan mereka bersanding kerana ia bukanlah satu peluang yang serign mereka dapat bukan?

Sumber Berita: mStar Online

15 responses to Yana Samsudin Mohon Maaf Makanan Kenduri Kahwin Tidak Cukup

  1. MANLAMBONG says:

    tak dapat makan tak per la… janji korang selamat bernikah dah tu yang penting
    selamat pengantin baru yan n suami

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bdk2 kampung kemaruk nak tgk artis sampai sanggup dtg kenduri yg x berjemput.. Heee ntah halal ke tidak makan kat kenduri org x jemput tu??

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      biasa la tu yanaaaaa u ni macm tk tau aje lah ..u jemput dlm fmili tu 2 orang yg ikot 6 orang total 8 orang kalau tk cukop pon memang patuttttttttt…alaaaaa suda laaa u jangan nk pikir2 lagi pasal tk cukop makan ni asalkn u dh selamat nikah n sanding sudaaaaaa ..orang pon pahammmm yg datang tu bukan Nye orang tapi muanass hehe jangan marah k yana minah jambu gurau2 aje heheee..semoga bahgia..

      0

      0
      • ct says:

        dah dia jemput 2 orang dalam family dua orang je la yang kena datang…yang lain tak leh ikut…kalau ikut kira makanan tu tak halal…tak jemput tapii datang makan memang yang dia makan tu tak halal ler…

        0

        0
  2. anon says:

    sampai tak cukop, kene gatecrashed ke. Yelah dah artis kan, mesti ramai yg teringin nak pegi tengok…

    0

    0
  3. emy says:

    bagus btol yana ni…tak marah2 even ramai tetamu tak diundang sampai rempuh kawasan vvip n makanan habis awal…thumbs up!

    0

    0
  4. Yus says:

    Pergi kenduri tengok Yana ke semata2 nak makan free? One thing tak suka pasal roll over wedding ni, orang datang bukan utk jumpa dgn pengantin n family. Datang, makan, balik…

    0

    0
  5. mr.right says:

    dah nama pun nk kenduri..biar la org makan.. nk balik ke nk tido dpn dataran da pa hal?..xsilap ritu yana dah mention untuk peminat bleh dtg kenduri dia kan..klo aku org johor pun dtg gak.. rezeki jgn dtolak..musuh xpyh gatai nk cari…

    0

    0
  6. Ye ke says:

    alaaaa yana…kadang dia org datang bukan nk makan…dia org datang sb nk tengok yana..bila dh dapat tengok yana dh cukup la..dh kenyang…lagi2 klau yana x sombong ngan peminat y datang pd masa tu…rasa lapar n penat terus hilang…betul x?

    0

    0
  7. Bang Mat Misai says:

    Ramai agaknya penduduk Yong Peng punya dapur ‘tak berasap’ lah hari tu sebab harap nak dapat makan free…bawak anak, menantu, cucu…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Kalau dah buat kat Dataran Gemilang Yong Peng, mesti la orang ramai datang. Dah tentu tempat terbuka. Mana cukup dengan jemputan seribu lebih je (kalau kad 700 keping). Kalau kat dewan atau rumah mungkin cukup. Rasanya yang datang tu bukan kerana nak makan tapi kerana nak tengok artis2.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Buat dekat jalan depan rumah pon kira terbuka apa.. Tak payah jadikan isu la bang Nara oi.. Point nya, dia nak mintak maaf pasal tak cukup makanan.. Tu je. Tak payah kau prove dengan ayat manis mu – ‘Selalunya jika kita mengadakan majlis di tempat terbuka dan boleh dihadiri oleh peminat dan orang awam, semestinya jumlah hadirin yang hadir luar daripada jangkaan. Mereka merasa seronok dan teruja untuk melihat artis pujaan mereka bersanding kerana ia bukanlah satu peluang yang serign mereka dapat bukan?’.

    0

    0