Written by AbangNara | February 1st, 2015

Akhirnya, dalam diam, rupa-rupanya Yana Samsudin bakal mengakhiri zaman gadisnya pada 13 Februari ini. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Jejaka bertuah yang berjaya mencuri hatinya itu tidak lain tidak bukan ialah Fadzil Zahari, adik kepada Farid Kamil. Mereka berdua sebelum ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikan dan memaklumkan hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja.

yana samsudin kahwin fadzil zahari

Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Menariknya Fadzil Zahari pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun Yana Samsudin ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana Samsudin melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun lalu, sekali lagi Fadzil Zahari menghantar rombongan bertunang pada 14 Disember 2014. Kata Yana:-

Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu.

Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. Saya hanya selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui applikasi WhatsApp yang dihantar kakak. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemnu keluarga di Yong Peng.

Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.

yana samsudin kahwin fadzil zahari

Amboi, amboi, amboi. Pandai juga si Fadzil ini buat kejutan. Paling romantis sebab begitu setia menunggu. Lama tue 4 tahun. Memang tulus suci sungguh perasaan yang dimiliki Fadzil terhadap Yana. Terharu Abang Nara dibuatnya. Kata Yana lagi:-

Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikarah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.

Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kena Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya.

yana dan fadzil Tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita gembira ini. Tak sangka dalam diam mereka berdua bakal bergelar suami isteri. Semoga segalanya berjalan lancar. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak sabar mahu melihat anda berdua bersanding di atas pelamin. Tahniah!!! Baca berita gembira ini dengan mendapatkan Berita Harian hari ini. Tahniah!!!

UPDATE: Majlis pernikahan pada 13 Februari akan diadakan di Yong Peng selepas solat Jumaat. Keesokan harinya pula akan diadakan majlis resepsi di Yong Peng. Majlis menyambut menantu akan diadakan di Jitra Kedah pada 7 Maca.

30 responses to (TAHNIAH)Yana Samsudin Kahwini Fadzil Zahari 13 Februari Ini

  1. tahniah2…untungla si fadzil dpt kawin dgn artis kegemaran aku..sedey btol aku…tp aku pasrah dan redha sbb bunga bkn sekuntum…banyak lagi bunga2 kat luar sana…kena pandai pilih je…btw tahniah buat yana!

    0

    0
  2. cik piNgu says:

    akhirnya.. semoga berbahagia.

    0

    0
  3. neffs says:

    ayat ..” Lagipun saya kena Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya. ‘” … ayat memang tak boleh blah..ko ingat dah popular tue kena kawin ngan org yg popular jugak kaa..? hohohohohoh

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dia yg ingat ke ko yg ingat? Aku x terfkr pun yg dia fkr mcm tu. Lbh kpd, Fadzil tu sentiasa ada semasa susah senang, jatuh bangun, dari nobody to somebody, sentiasa menyokong’..Napelah fkr yg buruk2 je.

      0

      0
    • mawar says:

      NEFFS bodoh.kesian.msti hidup forever alone.xde org sayang.pstu jeles dgn yana.haha

      0

      0
    • jeni says:

      Dia punya maksud ..sebenarnya…”lagipun saya kenal fadzil sebelum hidung saya belum buat apa2, beliau(eh?) Senantiasa menerima saya ketika penyek atau bangkit coet sedikit”

      0

      0
  4. […] Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. Saya hanya selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar …read more […]

    0

    0
  5. mmmmm says:

    yana samsudin kahwini fadzil zahari..abg nara pon ayat mcm si yana ni yg akad nikah..

    0

    0
  6. aku says:

    aku suka yana ni…aku ingt lgi ada org kutuk ex dia smbil temuramah dia… dia ckp kt org tu(wartawan) awak xbaik ckp camtu…..cuma ni bkn aku nak kutuk…sbb aku suka la aku hrp yana lps ni xseksi lgi..klu prasan cerita ‘Aku Masih Dara’ memang betul kawan2 dia yg lain dh berhijrah kecuali dia…hopefully dia akn terdetik ke arah tu juga :)…apapun tahniah yana..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    tahniah yana… umur pon bukan muda lagi.. filem mig sila tingkatkan lgi kualiti… tq

    0

    0
  8. lyssa says:

    taniah utk kak yana yang cantik dan comel . semoga berkekalan :)

    myT.com.my

    (RM 10 Tshirt printing)

    i’m myT fan :)

    0

    0
  9. dee says:

    Apa typo banyak sangat ni @_@

    0

    0
  10. haha says:

    Haha thinks muka yana lain sbb dia dah kurus. dulu lain sbb tembam. tak baik taw kutuk yana buat plastik surgery. cian yana.

    0

    0
  11. peah says:

    suka lg muka yg dulu. nmpk asli tak cam skrg nmpk kejung aje.

    0

    0
  12. fairus says:

    hahaha nmpak sgat adik farid kamil ni syok sndiri .. ingat yana tu suka dia padehal yana anggap dia kawan je .dasar xseda dri. hahaha aku kesian kat yana mmg dia dlam dilema klau tolak malu kan family fadzil zahri pulak …

    0

    0
  13. kelas mengaji says:

    bagos lah tuh…dah tue..

    0

    0
  14. katak says:

    Diaorang ni memang lama dah berkawan. Cuba tengok kat FB Yana, memang selalu Yana hastag Fadzil Zahari ni. Sampai suatu ketika (beberapa hari lepas) Yana buat surprise birthday party utk Fadzil.
    Suka tengok cara Yana. Down to earth orangnya…. Cuba lihat kat FB dia. Dia updated status mcm org biasa je. Dia tak malu updated pasal family dia. Dia tak segan tunjuk wajah mak bapak dia walaupun mak bapa dia org biasa je. Takde updated maintain nak glamer je mcm sesetengah artis. Poyo je lebih… Nak tunjuk gbr family pun mesti nak yg glamerrrrr je.

    0

    0
    • fairus says:

      hahahaha ..xboleh pakai kau ni ..kau agung2 kan yana bagai kate dia xmalu tunjuk maka bapak dia dkat fb smbil tu kau attack artis2 laen konon diaorg updated maintain glamer je ,,

      ni la name nye spesies yg selalu bersangka buruk dkat org

      0

      0
  15. entah lerr says:

    Majlis menyambut menantu akan diadakan di Jitra Kedah pada 7 Maca. 7 MACA Okeyhh!!

    0

    0
  16. dna says:

    habis la kluar anak hidung pesek bulat

    0

    0
  17. mak jemmmsss says:

    sian meran keciwa frust menonggeng…huhu
    tahniah yana..semoga bahagia…

    0

    0
  18. […] Ramai yang gembira apabila Yana Samsudin dan Fadzil Zahari akhirnya bakal mendirikan rumah tangga se… […]

    0

    0